Tuan blog punya cerita…
Sebulan sudah tak ada apa-apa post, memang sikit malas
rasanya. Tak bagus betul bila “penyakit” ni datang menyerang, dah jadi typical
melayu.
Apapun, banyak perkara berlaku sepanjang September yang
lepas. Alhamdulillah, Haaziq masuk umurnya 3 tahun 29hb yang lepas. Aleeya pun
semakin membesar dan comel, walaupun ada sedikit masalah kesihatan sampai kena
admit ke hospital. Kereta punya masalah satu hal, sampaikan bajet bulanan pun
jadi sempit.
Walaupun cabarannya banyak dalam hidup ini, tapi kenalah
hadapi dengan sabar. Jangan putus harapan kerana bila harapan dah putus, kita
cepat mengalah. Boleh jadi huru-hara hidup jawabnya.
Satu lagi tak lupa, abang long nak ucapkan tahniah pada adik yang semakin rancak dan berjaya dengan bisnes otak-otaknya. Semoga lebih maju lagi bisnesnya dan dipermudahkan segala perancangan.
0 comments:
Post a Comment