Siapakah Aleeya Maisara ni?? (hehehe…)
Sebenarnya ini adalah nama anak Abang Long yang baru lahir
minggu lepas, 2 April 2013. Alhamdullilah, sekarang dah ada sepasang anak,
seorang lelaki dan seorang perempuan, dah lengkap satu lagi impian dalam hidup
saya.
Untuk kali ini, tak upload gambar comel Aleeya lagi, sebab
sekarang ini dia masih berada dalam wad NICU Hospital Selayang. Insya-Allah
bila dah keluar nanti pasti dia akan buat kemunculan sulung dalam blog daddy
dia.
Buat masa sekarang ini juga, Aleeya sedang menjalani
pemeriksaan dan rawatan pemulihan supaya dia dapat survive dengan sendiri.
Untuk makluman semua, Aleaya adalah baby pra-matang (lahir pada 34 minggu)
dengan berat hanya 1.63kg sahaja. Keadaan dia hampir serupa dengan abang Haaziq
dulu dan harap dia ada semangat hidup yang kuat seperti abangnya juga, dan
pulih secepat yang mungkin.
Saya setiap hari berdoa agar dia cepat sembuh dan membesar
dengan sihat selalu. Bila keadaan dia memang sedih sikit tapi sebagai bapa
kenalah kuatkan semangat.
Abang Long juga ingin berterima kasih banyak dengan usaha
dan perhatian khusus kakitangan Hospital Selayang (doktor dan jururawat),
sehingga isteri dan anak selamat dilahirkan. Semoga ALLAH merahmati hidup dan
membalas jasa anda semua.
Credit: ashbybears.com |
0 comments:
Post a Comment