Intro: Hidup saya buat masa terdekat ini, tak banyak yang
nak diceritakan, macam robot, sama saja setiap hari. Jadi baik kongsi info menarik
untuk manfaat bersama. Tema post: Sharing is caring.
Semalam terbaca satu artikel menarik dalam The Sun Online,
tentang penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar lepasan pusat pengajian
tinggi di negara kita ini.
Cuba baca esei yang dikarang di bawah:
Sedih betul. Nak tergelak pun ada. Memang menyedihkan mutu
karangannya.
Bukan nak kata saya ini hebat sangat dalam English, tapi
setakat simple esei untuk peperiksaan, saya yakin boleh karang jauh lebih baik.
Dari apa yang ditulis oleh penulis artikel, pengarang esei
ini hampir nak graduate. Penulis juga menimbulkan tanda tanya macam mana dia
boleh lulus paper bahasa English nanti (pertolongan dari pensyarah mungkin).
Cabaran yang cuba dibangkitkan: apakah graduan yang
lulus dan mempunyai penguasaan bahasa English yang lemah ini, mampu mengharungi
cabaran semasa berkerja nanti.
Betul juga bila difikirkan, kalaulah dia kerja dalam syarikat
multinasional, boleh ke dia tulis email kepada pelanggan di luar negara dengan
baik.
Gelak besar Mat Saleh tu nanti.
Selama saya berkerja ini pun (dalam syarikat multinasional
juga), banyak kali terbaca karangan
rakan sekerja yang banyak yang boleh dibaiki. Ada satu masa tu, seorang dari rakan
ini, minta tolong check email dia nak hantar kat orang.
Saya anggap masalah ini berlaku pada pelajar-pelajar semua bangsa di
negara ini. Tak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, isunya tetap
sama jika bahasa Inggeris itu bukan bahasa ibunda mereka.
Kadang-kadang kita tengok dan dengar seorang itu cakap bahasa Inggeris
sepanjang masa, tapi adakah kita fikir dia bercakap dengan tatabahasa yang betul
(proper English).
Mungkin anda pernah dengar ‘Mang-lish’ atau ‘Sing-lish’? Itu merujuk slang
atau gaya bahasa Inggeris tempatan yang selalunya direct-translate dari percakapan
bahasa tempatan. Banyak orang biasanya bercakap mengikut gaya macam inilah.
Harap-harap ada kesedaran dari diri semua orang yang perlunya
kita memahami bahasa Inggeris dengan baik (juga termasuk dengan bahasa lain). Jangan
nak hentam keromo dan ambil endah tentang tatabahasa sesuatu bahasa itu.
P/S: Entah-entah, selepas ini mungkin ada rancangan “Oh, Bahasa
Malaysia Saya!!!”..
0 comments:
Post a Comment