Liverpool FC update – Jan 29 2013

Leave a Comment
  
EPL – Game week 23


Liverpool FC mencapai keputusan terbaik dalam musim ini dengan membelasah Norwich City 5-0. Ini juga merupakan persembahan terbaik dari kesebelasan utama Liverpool setakat musim ini.

Yang paling memberansangkan adalah apabila menyaksikan keserasian yang ditunjukkan oleh pasangan penyerang Luis Suarez dan Daniel Sturridge. Masing-masing berjaya menjaring satu gol sementara 3 lagi gol dijaringkan oleh Steven Gerrard, Jordan Herdersen dan gol sendiri pemain Norwich.

Walaupun nampak hanya menang dengan pasukan yang dianggap lemah dan berada di kelompok bawahan liga, tapi apa yang penting pasukan Liverpool dapat bermain dengan baik dan berjaya menjaring gol untuk memenangi perlawanan.

Kalau pemain yang diturunkan tak main dengan baik dan merendahkan kemampuan lawan, mungkin Liverpool pula yang malu besar. Betul tak?


FA Cup 2012/2013 – 4th Round

Liverpool FC telah tersingkir awal tahun ini dan dimalukan oleh pasukan League 1 Oldham Athletic dengan keputusan 3-2 pada hari Ahad lalu.

Pic credit to BBC Sport
Brendan Rodgers dalam perlawanan ini mengambil keputusan menurunkan pemain muda dan merehatkan beberapa pemain utama. Namun begitu gandingan sepasukan agak goyah pada separuh masa pertama dan Oldham berjaya mengambil kesempatan dengan menjaringkan gol yang mudah.

Rodgers juga mengkritik persembahan pemain-pemain muda dan juga pemain yang jarang diturunkan. Mereka dikritik gagal mengambil peluang bermain dan juga tidak menunjukkan semangat dan mentaliti yang sepatutnya untuk memenangi perlawanan itu.

Sepatutnya Liverpool memang boleh menang dengan Oldham ini, dengan prestasi semasa pasukan itu pun terumbang ambing (tewas dalam 7 daripada 8 perlawanan terakhir liga) dan pengurusnya pula hampir untuk dipecat.

Tapi itulah keputusannya, terpaksalah peminat tunggu tahun depan pula, dengan harapan Liverpool mampu ke Final lagi.


EPL Prediction

Liverpool FC bakal bertemu dua lawan yang hebat dalam dua pelawanan berikutnya – menentang Arsenal dan kemudian Manchester City di tempat lawan.

Harap-harap Liverpool dapat kaut 4 mata dari 2 perlawanan ini. Berikut Abang Long punya jangkaan keputusan:

30 Jan 2013 (Rabu) – Arsenal vs Liverpool (Emirates Stadium) : 1-2
[Probable lineup: Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Wisdom, Lucas, Gerrard, Henderson, Downing, Suarez, Sturrigde)

3 Feb 2013 (Ahad) – Manchester City vs Liverpool (Etihad Stadium) : 1-1
[Probable lineup: Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Agger, Enrique, Lucas, Gerrard, Henderson, Downing, Suarez, Sturrigde)
  

Salam Maulidur Rasul 1434H

Leave a Comment


Sempena hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi MUHAMMAD SAW hari ini, Abang Long nak menyeru semua yang beragama Islam agar meluangkan masa sejenak untuk berselawat dan bersyukur dengan nikmat Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad lebih 1400 tahun dahulu. 

Tanpa berkat pertolongan ALLAH and usaha gigih baginda, kita tak akan merasai keindahan dan keagungan agama Ilahi ini.

Mari juga bersama berjuang untuk menegakkan dakwah Islam dan mempertahankan maruah agama dari diganggu gugat oleh musuh-musuh agama yang iri hati dan mahu melihat ummat Islam berpecah antara satu sama lain.

ALLAHU AKBAR!!!



Tips keselamatan kanak-kanak di tempat awam

Leave a Comment
  
Dari kesinambungan peristiwa kehilangan kanak-kanak, yang terbaru melibatkan adik William Yau, Abang Long nak kongsi sedikit info tentang tips-tips untuk keselamatan anak-anak kita di tempat-tempat awam.

Bawah ini adalah sedikit info yang patut & tak patut dilakukan demi keselamatan anak-anak kita. (InfoPic credit courtesy of the Star Online)

Sebagai seorang bapa, Abang Long pun risau juga kalau anak sendiri yang hilang. Dari pengalaman bawa Haaziq jalan-jalan selama ini, memang anak-anak kecil ini lasak dan tak reti duduk diam. Bila diorang lari ke sana ke mari, kadang-kadang hilang sekejap dari pandangan. Dahlah kecil molek saja Haaziq tu.

Jadi, sama-sama kita mengambil langkah yang awal mengelak kejadian kehilangan ini terjadi pada orang yang kita sayang. 
Tak susahpun nak buat, cuma ambil sedikit masa dan usaha.
  

P/S: dimanakah adik William sekarang ini... jom bantu sebarkan maklumat..


Help find William (NUR ALERT)

Leave a Comment
  
UPDATED (28/01/2013): Takziah kepada keluarga mendiang adik William Yau. Polis telah menemui mayat adik William di Klang dalam keadaan menyayat hati. Semoga tuhan merahmati mendiang dan kita berdoa untuk kebenaran dan keadilan akan muncul nanti.


Semalam pihak polis telah mengaktifkan satu lagi NUR ALERT (emergency alert untuk kanak-kanak hilang) untuk kehilangan seorang budak lelaki berusia 6 tahun - William Yau Zhen Zhong.


Untuk menghargai usaha dan pertolongan orang ramai yang dapat memberi maklumat tepat sehingga terjumpanya adik William, wang tunai sebanyak RM20,000 telah ditawarkan.

The Star juga telah mengambil tindakan proaktif dengan laporan muka depan dalam akhbar mingguan Ahad-nya, dengan menyebarkan berita kehilangan ini sekaligus menggesa orang ramai bersama membantu dalam usaha pencarian.
Tahniah untuk akhbar The Star serta pihak-pihak lain yang membantu.


Dalam laporan akhbar mereka juga, didedahkan kisah sebenar bagaimana adik William ini hilang. Di harap janganlah orang ramai memberi komen negatif kepada ibubapa adik William kita ini buat masa ini, walaupun kecuaian mereka menyebabkan kejadian ini berlaku.

Lebih baik kalau kita buka mata dan membantu sekiranya ada ternampak kelibat adik William. Kita berharap ibubapanya belajar dari kesilapan mereka dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Abang Long berdoa supaya adik William dapat dijumpai dengan segera dan dalam keadaan selamat. AMIN.
  
  

P/S: seriau nya kalau terjadi kat anak sendiri kan... 
  

Liverpool FC update – Jan 16 2013

Leave a Comment

EPL – Game week 22


Minggu yang mengecewakan bagi penyokong Liverpool, tambah pula tewas kepada musuh ketat – Manchester United kat Old Trafford. 


Apapun, biarpun kalah 2-1, mungkin ramai dah jangka keputusan macam ini, sebab pasukan Liverpool memang belum setanding dengan pasukan lawan. Banyak yang perlu diperbaiki antaranya yang paling ketara perlawanan itu adalah strategi & mentaliliti.

Pada separuh masa pertama, Liverpool bermain dengan terlalu berhati-hati. Mungkin terlalu defensive dan ‘takut’ dengan keupayaan pasukan United. Tidak ada langsung percubaan yang boleh menggugat penjaga gol United.

Pemain pula tak berani untuk naik ke atas dan menyerang pasukan lawan. Intensiti perlawanan juga kurang, menyumbang kepada penguasaan penuh United.

Perubahan yang dilakukan pada separuh masa kedua oleh Rodgers dengan memasukkan Sturridge, dan mengarahkan pemain lebih menyerang, banyak membaiki persembahan Liverpool. Rasanya kalau ada lebih masa lagi 5-10 minit, mungkin Liverpool boleh dapat gol penyamaan.

Sturridge jaring gol tunggal Liverpool (pic credit: liverpoolfc.com)
Saya mengharapkan pasukan Liverpool selepas ini, tak kiralah siapa pun lawan, bermain dengan strategi yang lebih offensive. Lebih banyak gol yang dijaringkan lebih tinggi peluang untuk menang. Tidak perlu juga takut dengan keupayaan pasukan lawan.

Next game: Jan 19th – vs Norwich City at Anfield 


FA Cup – 4th round


Ramai yang pastinya tak lupa pada perlawanan pusingan ke-3 menentang Mansfield Town tempoh hari. Ini semua gara-gara gol Luis Suarez yang sebelum itu ‘terkena’ tangan penyerang itu.

Kalau nak join debat tentang gol itu memang tak habis-habis. Ada yang menyebelahi Suarez dan ada yang melabelkan Suarez sebagai ‘the cheat’ (pengelat). Tambah pula gol itu adalah gol yang memberi kemenangan pasukan Liverpool.

Apapun, pusingan ke-4 FA Cup akan menemukan Liverpool dengan pasukan dari League 1 (division 3) – Oldham Athletic. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Boundary Park pada 27 Januari 2013.

Dalam pusingan ke-3, Oldham telah menewaskan Nothingham Forest dengan 3-2 di tempat lawan. Itu adalah satu keputusan yang hebat bagi pasukan Oldham, kalau dikira dari prestasi liga semasa (tempat ke-19 dari 24 pasukan). 

Jangkaan: seperti juga melawan Mansfield sebelum ini, Liverpool akan bertemu dengan pasukan yang tiada banyak tekanan dan akan beri persembahan lebih dari biasa (Orang cakap – ‘nothing to lose’).


Happy Wednesday!!

Leave a Comment



Oh my English!!! Realitinya..

Leave a Comment
  
Intro: Hidup saya buat masa terdekat ini, tak banyak yang nak diceritakan, macam robot, sama saja setiap hari. Jadi baik kongsi info menarik untuk manfaat bersama. Tema post: Sharing is caring.


Semalam terbaca satu artikel menarik dalam The Sun Online, tentang penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar lepasan pusat pengajian tinggi di negara kita ini.

Cuba baca esei yang dikarang di bawah:
 

Sedih betul. Nak tergelak pun ada. Memang menyedihkan mutu karangannya.

Bukan nak kata saya ini hebat sangat dalam English, tapi setakat simple esei untuk peperiksaan, saya yakin boleh karang jauh lebih baik.

Dari apa yang ditulis oleh penulis artikel, pengarang esei ini hampir nak graduate. Penulis juga menimbulkan tanda tanya macam mana dia boleh lulus paper bahasa English nanti (pertolongan dari pensyarah mungkin).

Cabaran yang cuba dibangkitkan: apakah graduan yang lulus dan mempunyai penguasaan bahasa English yang lemah ini, mampu mengharungi cabaran semasa berkerja nanti. 


Betul juga bila difikirkan, kalaulah dia kerja dalam syarikat multinasional, boleh ke dia tulis email kepada pelanggan di luar negara dengan baik.
Gelak besar Mat Saleh tu nanti.

Selama saya berkerja ini pun (dalam syarikat multinasional juga),  banyak kali terbaca karangan rakan sekerja yang banyak yang boleh dibaiki. Ada satu masa tu, seorang dari rakan ini, minta tolong check email dia nak hantar kat orang.

Saya anggap masalah ini berlaku pada pelajar-pelajar semua bangsa di negara ini. Tak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, isunya tetap sama jika bahasa Inggeris itu bukan bahasa ibunda mereka.

Kadang-kadang kita tengok dan dengar seorang itu cakap bahasa Inggeris sepanjang masa, tapi adakah kita fikir dia bercakap dengan tatabahasa yang betul (proper English).

Mungkin anda pernah dengar ‘Mang-lish’ atau ‘Sing-lish’? Itu merujuk slang atau gaya bahasa Inggeris tempatan yang selalunya direct-translate dari percakapan bahasa tempatan. Banyak orang biasanya bercakap mengikut gaya macam inilah.

Harap-harap ada kesedaran dari diri semua orang yang perlunya kita memahami bahasa Inggeris dengan baik (juga termasuk dengan bahasa lain). Jangan nak hentam keromo dan ambil endah tentang tatabahasa sesuatu bahasa itu.


P/S: Entah-entah, selepas ini mungkin ada rancangan “Oh, Bahasa Malaysia Saya!!!”..
  
  

Liverpool FC update - Jan 2 2013

Leave a Comment
  

Premier League - Game week 21

Satu persembahan yang hebat dan Liverpool menang sekali lagi 3-0, kali ini menewaskan Sunderland. Permulaan yang baik untuk tahun 2013!!

Luis Suarez sekali lagi menyumbangkan 2 gol (4 hari yang lepas 2 gol vs QPR), dan budak 18 tahun, Raheem Sterling menjaringkan gol pertama perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Liverpool naik ke kedudukan ke-8 dalam liga.

Credit pic: liverpoolfc.com
Keseluruhan, hampir kesemua pemain bermain dengan baik, dengan Suarez sudah pasti MOTM (2 gol & 1 assist) selain Gerrard menyerlah dengan 2 assist (hantaran hebat 50 meter untuk jaringan ke-3). Keserasian permainan sepasukan semakin baik, terutamanya dalam separuh masa kedua.

Bring on Man. Utd, Arsenal & Man. City!!!


Selamat Datang Mr. Sturridge ke Anfield

Liverpool secara rasminya telah membeli pemain penyerang, Daniel Sturridge dari Chelsea dengan bayaran 12 juta pound. Sturridge yang juga menonton perlawanan menentang Sunderland, akan menjadi 'backup' kepada Suarez sebagai penyerang kedua.

Sturridge akan memakai jersi no. 15 dalam pasukan Liverpool (maybe dia target at least 15 gol satu musim!!).

Credit pic: liverpoolfc.com
Semoga dia teruja dengan persembahan hebat Liverpool semalam, dan faham apa yang diharapkan dari peminat dari dirinya bila dia turun sebagai pemain Liverpool nanti.

Antara gosip hangat perpindahan yg lain:
- Nuri Sahin akan kembali ke Real Madrid.
- Joe Cole semakin hampir ke West Ham (atau ke QPR)


Selamat tahun baru untuk untuk semua penyokong tegar LIVERPOOL FC!!!

Lupakan tahun 2012 dan mari kita harapkan tahun 2013 membawa lebih khabar gembira kepada semua yang mengikuti setiap perkembangan pasukan Liverpool di seluruh dunia.

Wish saya untuk 2013: 
- Liverpool menamatkan musim 2012/2013 di tangga ke 6 dan menjadi 4 pasukan terbaik untuk musim 2013/2014.
- Lebih ramai pemain bertaraf dunia dapat dibeli oleh Liverpool!!!!


Selamat Datang 2013!!

Leave a Comment
  
Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan..

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!!!!


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com