Akhirnya acara 4 tahun sekali ini berakhir dengan gilang gemilang pagi tadi (malam ahad waktu London). Edisi yang berikutnya akan diadakan di Bandaraya Rio De Janiero, Brazil pada tahun 2016 nanti.
Persiapan sudahpun tengah rancak dilakukan walaupun masa panjang lagi. Ya lah bukan mudah nak menganjurkan acara sukan yang sebesar ini. Apapun, tahniah kepada penganjur sukan Olimpik London 2012 di atas kejayaan mereka melaksanakan semua agenda dan tugasan dengan lancar, tanpa banyak masalah. Boleh dikatakan edisi kali ini amat menarik untuk diikuti dan terdapat banyak peristiwa yang bakal diingat selepas ini.
Suatu masa dahulu sewaktu awal-awal bandaraya London diberi hak penganjuran, pada masa yang sama saya pun baru mula berkerja, berangan juga nak bercuti ke sana dan mengikuti acara-acara sukan secara live. terfikir juga waktu itu yang saya dah pun berkahwin dan ke sana bersama-sama isteri dan anak. Tapi rezeki masih belum cukup nampaknya, kenalah postpone 4 tahun lagi.
Untuk saya, Olimpik London 2012 kali ini banyak diingati atas kejayaan (atau kekalahan) Lee Chong Wei di final perseorangan badmintan kepada Lin Dan. Selepas itu atlit terjun kita pula, Pandalela Rinong, berjaya meraih pingat gangsa pertama negara dalam acara itu. Semua ini saya tonton secara langsung di TV (terima kasih juga pada ASTRO atas liputan yang bagus, ditambah lagi siaran HD-nya).
Banyak tumpuan dan harapan adalah untuk mengikuti dan menyokong aksi atlit negara, patriotik lah katakan. Tapi, rugilah kalau tak tengok atlit-atlit lain beraksi. Paling tak lupa ialah bila tengok antara atlit paling popular sukan Olimpik kali ini, Usain Bolt, menang 3 pingat emas. Juga sukan-sukan lain yang saya selalu tonton, sepert bolasepak, bola keranjang, hoki dan tenis.
Tahniah kepada atlit yang berjaya rangkul pingat di temasya kali ini. Lee Chong Wei pun dah dah dapat RM500,000 untuk pingat peraknya, berbaloi kan. Jadi untuk sesiapa yang ada angan-angan nak jadi atlit bertaraf dunia dan beraksi di Olimpik, ini bukan satu impian yang tak bermakna, anda mungkin dapat ganjaran yang besar daripadanya.
Berikut adalah pungutan pingat di akhir 17 hari pertandingan:
P/S: musim baru EPL dah nak mula, demam bola lah kita selepas ni.. hehehe...
0 comments:
Post a Comment