Who will be first player signing by Brendan Rogers for LIVERPOOL FC?
Siapakah pemain pertama akan tiba ke Liverpool untuk musim baru 2012/2013 ini?
Inilah persoalan ramai peminat Liverpool sekarang ini. Ramai yang dah tak sabar dan tertunggu-tunggu pemain itu tiba dan diumumkan kat sidang akhbar. Tapi buat masa ini, impian ini masih belum jadi kenyataan lagi.
Dah letih rasanya asyik baca ruangan gosip perpindahan pemain ni kat internet dan surat khabar. Kadang-kadang tu, bukan semua boleh percaya, walaupun penulis dakwa dapat berita dari sumber dalaman. Ada berita tu memang boleh dikatakan boleh diambil kisah jika banyak portal berita yang melaporkan hal yang sama.
Setengah orang harapkan nama-nama besar yang gah dan terkenal. Realitinya, Liverpool bukan tergolong dalam pasukan yang mampu bayar harga yang tinggi pada seseorang pemain yang mereka inginkan. Sebab utamanya, kita dimiliki oleh satu entiti perniagaan, bukan seorang pemilik yang bilionaire atau "mega-rich".
Apapun antara dengan bajet yang ada dan bayaran yang sederhana (5-12 juta), Liverpool masih boleh membeli pemain yang berkaliber. Antara yang kemungkinan besar akan tiba ke Liverpool (berdasarkan berita semasa):
1) Fabio Borini (70% kemungkinan)- banyak berita dan gosip tentang pemain ini yang mana Liverpool dipercayai telah buat tawaran, dan disahkan oleh pasukan asal pemain ini sendiri - AS Roma.
2) Clint Dempsey (30% kemungkinan) - pemain dari Fulham ini dah masuk 29 tahun, re-sale value mungkin rendah, jadi tak pasti jika Liverpool berminat nak beli. Tapi pemain ini terbukti efektif dan "proven performer" di dalam EPL.
3) Ki Sung-Yueng (20% kemungkinan) - dengan prospek menjana pendapatan besar dari jualan jersi dan lain-lain cenderamata kelab di Korea, idea membeli pemain ini nampak bijak. Selain itu, aksi dan prestasi pemain dari Celtic ini juga baik.
4) Demba Ba, Jose Callejon, Gaston Ramirez (10% kemungkinan) -Dengan pendapat Liverpool bakal membeli seorang pemain penyerang, sudah pasti beberapa pemain yang digosipkan mendapat perhatian dari Liverpool.
P/S: just want the club to buy a committed player to play for Liverpool.
0 comments:
Post a Comment