Olympic London 2012 bermula hari ini

Leave a Comment
  

Sukan Olimpik, acara yang hanya berlangsung 4 tahun sekali ini, adalah satu event yang berprestij dan ditunggu-tunggu oleh semua atlit sukan di dunia. Saya rasa pastinya impian seorang atlit yang serius dalam bidang sukan, adalah mahu beraksi di sukan olimpik, lagi hebat kalau boleh menang pingat.

Sebanyak 30 atlit Malaysia berjaya layak (atau telah dipilih) untuk mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik. Mereka-mereka ini meneruskan misi utama negara semenjak menyertai sukan Olimpik untuk memenangi pingat emas pertama. Setakat edisi terakhir tahun 2008 di Beijing, atlit Malaysia sudah pun berjaya menang pingat perak dan gangsa sahaja.



Potensi pingat emas negara dijangka boleh diperolehi dari acara badminton, dengan Lee Chong Wei menjaga sandaran utama. Selain itu, acara lumba basikal trek juga dijangka boleh menghasilkan keputusan yang mengejutkan. Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama berdoa dan memberi sokongan padu untuk atlit-atlit kita ini berjaya, tak kiralah apa warna pingat sekalipun.

Kalau tak berjaya menang pingat pun, saya berharap atlit negara dapat member persembahan yang membanggakan. Cuma ingat, mungkin ini peluang terakhir mereka beraksi di sukan Olimpik ini.

Sebenarnya acara untuk bolasepak sukan Olimpik dah pun mula dua hari lepas. Tapi Malaysia taklah layak dalam acara bolasepak ini. Acara-acara lain akan bermula hari ini sampai hari penutupnya pada 12 Ogos nanti. Oleh kerana London berada di zon waktu yang 7 jam lewat dari kita, nak tengok live event Olimpik, kenalah tunggu waktu malam. 




P/S: Malaysia Boleh-lah!!!
  
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com