SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA WARGA BURUH MALAYSIA.
Hari ini seharusnya bukan sahaja dihayati sebagai hari cuti umum, tapi ianya adalah hari untuk menghargai dan meraikan kejayaan ekonomi dan sosial yang telah dicapai oleh warga kerja di Malaysia ini. Tanpa warga kerja yang mencurahkan seluruh usaha dan mempertahankan paras produktiviti yang tinggi ini, kejayaan sesebuah syarikat dan organisasi itu tak akan berjaya.
Malah jangan lupa, kemajuan sesebuah negara juga bergantung pada usaha keras semua tenaga pekerja di dalam pelbagai sektor ekonomi.
Bagi saya, kita haruslah menilai diri sendiri, setakat mana usaha dan sumbangan kita kepada kejayaan syarikat yang kita berkhidmat sekarang ini. Jangan terlalu memikirkan pasal imbuhan yang tinggi walhal sumbangan dan prestasi kita tidak sampai ke mana. Usah risau, jika kita melakukan kerja dengan jujur dan sepenuh perhatian, insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Tidak lupa, kerajaan juga telah mengumumkan polisi gaji minimum untuk sector swasta malam semalam. PM kita, Datuk Seri Najib telah membuat pengumuman ini dalam satu rancangan khas perutusan hari pekerja tahun 2012.
Secara umum, polisi ini dijangka akan memberi faedah kepada 33% tenaga kerja swasta yang sekarang ini menerima gaji di bawah paras kemiskinan. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan negara kita ini kepada tenaga kerja asing. Dengan adanya polisi ini, ianya rakyat Malaysia akan lebih berminat untuk bekerja dalam beberapa sektor industri yang sekarang didominasi oleh warga asing.
Apapun, yang pasti saya takdalah dapat apa-apa dengan polisi ini.
P/S: apa rancangan anda hari ini?
0 comments:
Post a Comment