Carling Cup - Liverpool berjaya melangkah ke Final
Yeayy..
Lega perasaan bila wisel pemamat ditiupkan oleh pengadil selepas 90 minit perlawanan. berbanding dengan perlawanan pertama, perlawanan pusingan kedua di Anfield ini lebih menarik dan mendebarkan. Liverpool dan Manchester City sama memburu kemenangan, dengan Liverpool cuba mempertahankan kelebihan satu gol, hasil kemenangan di perlawanan pertama di tempat lawan dua minggu lepas.
Nasib lebih menyebelahi Liverpool malam tadi, dua kali ketinggalan dan berjaya mengekalkan kelebihan aggregat dengan keputusan akhir seri 2-2. Gol pertama Liverpool hasil penalti dari Steven Gerrard di hujung separuh masa pertama boleh dilihat sebagai hadiah dari pengadil, kerana kalau dilihat replay, mungkin keputusan pengadil boleh dianggap "harsh".
Apapun, Craig Bellamy, "Man of the Match" perlawanan, menjadi wira dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke 74 yang sekaligus memberi kelebihan aggregat kepada Liverpool. Setelah mendapat kritikan pedas dari pengurus, Kenny Daglish, selepas perlawanan terakhir liga dengan Bolton hujung minggu lepas, pada perlawanan ini dapat dilihat kesungguhan pemain-pemain dan mereka bermain dengan penuh bersemangat sehingga ke akhir perlawanan.
Tahniah kepada pemain-pemain dan juga pengurus Liverpool, job well done.
Target berikutnya adalah perlawanan Piala FA Inggeris bertemu Manchester United, perlawanan tumpuan hari Sabtu ini. Bukan sahaja amat menarik dan ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua pasukan, tapi juga pemerhati dan peminat pasukan lain, setelah pelbagai isu yang berlaku sejak perlawanan pertama 3 bulan yang lepas.
LIVERPOOL [Rating]: Reina 6, Johnson 7.5, Skrtel 7.5, Agger 7, Enrique 7, Henderson 6.5, Adam 6.5, Gerrard 7.5, Bellamy 8 (Kelly 6), Downing 7, Kuyt 7 (Carroll 6)
Powered by Blogger.
|| INILAH AKU ||
- Abang Long
- a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com
0 comments:
Post a Comment