Tips untuk Azam Tahun Baru

Leave a Comment
picture credit to 123newyear.com

3 hari lagi tahun baru 2012 akan tiba, sudah siap ke azam tahun 2012 anda?

Saya pun tengah merangka azam untuk tahun hadapan sekarang ni, sedikit masa lagi saya akan share dengan anda semua dalam blog ini. Azam saya lebih kepada target dan resolusi untuk saya capai untuk tahun 2012 nanti, secara objektifnya untuk cuba membuang segala perangai buruk, mengubah diri kepada yang lebih baik dan memulakan perancangan untuk hidup yang lebih baik dan selesa.

Bagaimana pula dengan anda?
Macam mana nak buat suatu azam yang berkesan untuk diri kita?

Bila tiba tahun baru, selalunya kebanyakan dari kita buat azam baru, tapi biasanya kita lakukan itu semua lebih kepada kebiasaan (ataupun dengan kata lain: adat - sebab bila tiba tahun baru saja ramai orang akan cakap dan tanya pasal azam tahun baru) dan bukan kepada satu perancangan yang sebenar. Dan juga, sesetengah orang juga malas nak fikir lebih mendalam tentang apa yg dia nak capai pada tahun itu, jadi dia membuat azam secara umum saja, tidak ada langkah-langkah teliti untuk mencapainya. Oleh sebab itu, kebarangkalian seseorang itu berjaya mencapai apa yang di-azamkan adalah kecil dan tipis sekali.

Semoga tips-tips di bawah ini berguna untuk anda dalam membuat azam tahun 2012 anda:

Tetapkan prioriti anda: Apa yang paling penting untuk anda? Apa yang hendak anda capai dalam jangka masa terdekat? Apabila kita tetapkan prioriti yang hendak dicapai, ia akan membantu dalam usaha kita menetapkan azam tahun baru yang lebih baik.

Buat azam yang realistik: Biasanya bila ditanya apa yang kita nak capai, kita nak capai yang besar-besar, yang selalunya sukar untuk berjaya. Kita sepatutnya buat azam yang realistik, yang mempunyai kebarangkalian untuk anda berjaya capai adalah tinggi (disertai dengan perancangan yang betul). Contohnya, kita berazam nak beli rumah, jika kemampuan kewangan kecil, jangan berangan nak beli banglo, tapi cuba tumpu pada rumah teres dulu.

Optimistik dengan azam: Dalam mencapai sesuatu azam, kita kena optimis dan positif, abaikan aspek yang negatif. Jika kita nak jadi seorang yang lebih menepati masa, janji dalam diri - "aku akan tiba tepat pada masanya", dari "saya tak akan lambat lagi", ia dengar lebih positif betul tak.

Tetapkan langkah untuk mencapai azam besar: Jika anda ada azam yang besar untuk dicapai, lagi baik kalau anda huraikan langkah-langkah untuk mencapainya. Contohnya, anda ingin mengurangkan berat badan, bagaimana nak mencapainya? Antara yang boleh anda rancang adalah; join gym, berjogging 3 kali seminggu, tukar diet pemakanan , dan sebagainya. Dengan merangka perancangan sebegini, ianya membantu mencapai target besar itu secara keseluruhan.

Cari dan bina perangai (habit) yang baru: Kita tahu sesetengah perangai (yang buruk) tu memang susah nak dibuang. Oleh itu, cara yang terbaik untuk buang perangai itu ialah dengan melibatkan diri dalam satu aktiviti atau kegemaran yang baru. Contohnya, jika anda buat azam nak berhenti merokok, jadi cuba cari aktiviti yang akan boleh buat diri kita relaks dan mengalihkan minda kita dari keinginan untuk rokok.

Mesti diingat !!: Azam yang dibuat itu mestilah suatu penting untuk diri kita, bukan kerana apa yang anda fikir anda patut buat atau sesuatu yang orang lain inginkan untuk diri anda.


P/S: setiap orang boleh berjaya dalam hidup, yang penting kita jujur dan tahu serta minat apa yang kita lakukan.

Masa untuk Update Blog dan Diri Sendiri

Leave a Comment

Pejam celik sudah lebih 2 minggu tak update atau post sesuatu dalam blog ini. Akhir sekali saya mengomel pasal Money Drop episod pertama yg mengecewakan sedikit pada pandangan saya.

Alhamdullilah, sepanjang 2 minggu lebih ini banyak perkara yg berlaku, sedikit sebanyak saya akan dikongsikan dalam post kali ini. Tidak ada yg istimewa tapi untuk saya ada signifikan tersendiri dalam kehidupan saya dan juga keluarga kecil saya.

Lagipun kita akan melangkah ke tahun baru 2012 dalam masa 9 hari lagi, jadi macam biasa, selalunya kita akan mengimbas kembali apa yg telah dilalui sepanjang tahun 2011 ini dan apa yg telah kita berjaya capai serta apa yg masih belum berjaya. Selepas itu kita akan buat kesimpulan dan fikirkan pula apa perancangan kita untuk tahun hadapan.

OK-lah, sekarang saya nak cerita tentang peristiwa 2 minggu lalu:
  • Syukur pada Allah,isteri saya dah dapat kerja baru di Bandar Kinrara dan akan mula berkerja pada pertengahan bulan Januari tahun depan.
  • Saya juga telah beli handphone baru menggantikan handphone lama yg telah rosak. Sebelum ini saya setia menggunakan jenama dari Nokia, tapi kali ini saya beralih angin mencuba jenama Samsung pula (Corby 2 series). Sepanjang satu minggu lebih guna yg baru ini memang puas hatilah dgn handphone baru ini (harga agak murah, boleh wi-fi & touchscreen lagi..).
  • Menyambut ulangtahun perkahwinan yg kedua pada 18hb Disember yg lalu. Untuk meraikan ulangtahun ini, kami akan pergi melancong pada hujung tahun ini (dekat-dekat aje la.. hehehe..).
  • Biasalah hujung tahun dan musim cuti sekolah ni, pergi jemputan kenduri kahwin, banyak kenduri kahwin kena hadiri terutamanya saudara mara terdekat (selamat pengantin baru untuk sdr. Hafiz Yaakob, sepupu isteri saya).
  • Disebabkan isteri saya telah dapat kerja baru di tempat lain, kami sekarang tengah bertungkus lumus mencari rumah sewa baru serta membuat perancangan baru setelah pindah nanti (kesian haaziq kena jaga oleh pengasuh, kesian gak dengan nani dia).
  • Sekarang Money Drop Malaysia sudah jadi my favorite gameshow, tak boleh miss setiap Sabtu dan Ahad jam 10 malam. Nasib baik gameshow ini dah improve banyak selepas minggu pertama hari itu, semakin menarik untuk ditonton. Tahniah kepada pasangan pertama yg telah menang wang sebanyak RM100,000 (bestnya kalu aku dapat menang banyak tu.. ermmm..).
  • Jadi babysitter haaziq waktu masa cuti dan hujung minggu (hehehe..). Apapun, enjoy dan seronok jaga anak sendiri ni, semakin dia besar semakin banyak keletahnya, penat pun tak terasa, Haaziq pun tak susah nak jaga.
Ada 9 hari saja lagi untuk kita lakukan apa-apa yg kita rancangan dalam tahun 2011 ini, dan untuk 9 hari ini pun ada banyak lagi rancangan telah dirancang. Semoga semua berjalan dengan lancar, insya-allah.


Komen untuk Rancangan Money Drop Minggu Pertama

Leave a Comment

Akhirnya setelah lama menanti, rancangan RM1,000,000 Money Drop versi Malaysia bermula siaran di ASTRO RIA 104, jam 10 malam hari Sabtu & Ahad (3 & 4 Disember yg lepas). Di samping dapat melihat rancangan ini di TV, penonton juga berpeluang bermain secara online di laman rasmi Money Drop.

Untuk minggu pertama ini, secara keseluruhan boleh dikatakan menghiburkan dan menarik, paling penting dapat memahami lebih lanjut cara permainan serta selok belok taktik yg diperlukan ketika bermain.
Tiga pasangan telah terpilih untuk 2 episod pertama ini, dua telah menamatkan permainan tanpa memperoleh sebarang wang, manakala pasangan terakhir masih dalam permainan ketika episod 2 tamat.

Jika dibandingkan rancangan “Who Want to be Millionaire” yg pernah disiarkan dulu, Money Drop masih jauh ketinggalan dari banyak segi. Antaranya yg saya boleh lihat:
  • Tahap soalan yg lebih mudah dan tak konsisten antara satu soalan dgn soalan yg berikutnya. Soalan yg mudah dan mencabar bersilih ganti dan pilihan jawapan untuk kebanyakan soalan juga membantu peserta “buang” pilihan jawapan yg diberikan.
  • Kualiti peserta yg bermain juga agak mengecewakan. Pasangan-pasangan ini sepatutnya menunjukkan mereka adalah yg terbaik antara ramai yg melepasi semua audition yg dijalankan. Tapi bila tengok cara mereka memilih jawapan, macam-macam “persoalan” yg timbul (tak perlu komen lebih lanjut, anda tengok sendiri nanti).
  • Pengacara yg nampak kurang serasi dan berkarisma, tapi mungkin awal lagi untuk kita komen, harap-harap dapat improve selepas ini.

Ini hanya pandangan dan komen peribadi saya saja, takda kena mengena dengan apa-apa yg terjadi sebelum ini (hehehe…).
Walaupun kecewa sebab tak terpilih, saya mengharapkan dapat melihat peserta yg tampil menunjukkan “kehebatan” mereka sebenar, dari segi pengetahuan dan juga mental. Mereka yg terpilih adalah yg bertuah, dan diharap dapat beri “entertainment” kepada penonton dengan taktik bermain dan ketahanan mental yg baik, kalah atau menang itu perkara kedua, asalkan mereka telah mencuba terbaik.

Harap-harap episod selepas ini lebih menarik dan peserta yg tampil dapat menjawab semua soalan dan sekaligus menang baki wang yg masih tinggal selepas soalan ke-8.
ALL THE BEST TO ALL FUTURE CONTESTANTS.





P/S: bukan nak cakap besar, cuma terlintas dalam kepala, kalaulah aku yg terpilih untuk bermain, sure boleh menang banyak… alahai…

Berkelah di Pantai Port Dickson

Leave a Comment
Seperti mana post yg sebelum ni, weekend hujung bulan yg lepas saya sekeluarga balik kampung di Melaka. Tapi kami tak sempat nak pergi ke River Cruise seperti yg dirancangkan pada hari Sabtu tu, sebab masa nak pergi Haaziq dah tidur dalam kereta. Jadi kami cuma pergi makan-makan sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg kedua, mengikut kalendar Islam (kitaorang kawin pada 1 Muharam bersamaan 18 Disember 2009).

Minta maaf yer sayang, tak dapat bawa ke River Cruise lagi kali ini. Lain kali kita boleh pergi, lagipun kita pun selalu balik kampung kat Melaka tu.

Hari Ahad pula, sebenarnya tk rancang pun nak pergi ke Pantai Port Dickson, tiba-tiba saja terasa nak pergi. Adik saya cadang nak pergi Pantai Puteri, tapi saya cakap lebih baik kita pergi PD saja, pantai pun cantik, boleh mandi-mandi kalau hendak.
Yang paling best, emak pun ikut sekali sama-sama ke pantai, nak rehat-rehat katanya. Jadi dalam pukul 10 pagi kami sekeluarga bertolak ke Port Dickson ikut jalan kampung, lebih kurang sejam perjalanan.

Sempena cuti hujung minggu, ramai orang berkunjung ke PD tu, nasib baik dapat juga parking kereta kat tempat yg tak jauh dari pantai. Nasib kami memang baik hari tu, selepas dapat parking, kami dapat sewa satu khemah untuk letak barang dan berehat. Taklah kami piknik kat atas pasir atau kaki lima.

Haaziq pula kali pertama pergi main kat pantai, jadi dia takut-takut sikit. Kami pun kena jaga-jaga tengok dia takut jatuh atas pasir atau dalam air pantai, dah lah masin nanti dia minum pula.

Pantai Port Dickson yg meriah


Emak rehat-rehat dengan cucunya

Haaziq yg takut air :)

Dah OK sikit masa ni

Haaziq & daddy 1

Haaziq & daddy 2


Main air la pulak

Kena ombak besar

Jom balik naik atas

Haaziq lari dari mami.. eeiii...

Alisha & mama siap-siap nak balik

Seronok dapat berkelah kali ini, kali pertama dapat bersama-sama keluarga jalan-jalan makan angin dan berehat. Ingat nak tinggal lama sikit, tapi emak pula dapat panggilan untk ganti orang kat tempat kerja. Jadi kami kena balik sebelum pukul 4 petang.
Apapun, selepas banyak perkara dan peristiwa yg berlaku pada hari Sabtu, kami dapat bersantai di pantai dengan aman kat PD ni, memang best.

P/S: dah plan untuk cuti hujung tahun ni, sempena menyambut anniversary dan birthday, harap berjalan lancar.

RM1 juta Money Drop bermula 3 Disember ini... di ASTRO RIA (104)

Leave a Comment
Akhirnya, rancangan yg ditunggu-tunggu ini oleh saya & wife (dan patut jadi antara peserta gak.. huhuhu..) akan bersiaran kat ASTRO RIA (saluran 104) bermula 3 Disember ini, setiap hari Khamis jam 10 malam.
Boleh tengok promo gameshow tu kat youtube:


RM1,000,000 Money Drop - Mulai 3 Disember Setiap Sabtu dan Ahad 10 malam Astro Ria (104)

Dari ramai-ramai yg diorang jemput untuk ke rakaman, bukan semua yg dapat naik pentas untuk bermain permainan sebenar pun. Yang dapat naik pentas tu kira yg paling bertuahlah, menang atau kalah tu lain cerita.
Tapi kedengaran ada juga yg komplain pengurusan Endemol tu, tentang cara diorang mengendalikan perjalanan rakaman gameshow ini. Walaupun kebanyakannya baik, ada juga kekurangan yg perlu diperbaiki untuk musim akan datang, terutamanya dari segi pemberitahuan status tentang gameshow atau kepada peserta yg terlibat. Kadang-kadang tu buat peserta tertunggu dan tertanya-tanya apa yg berlaku.

Apapun, walaupun saya & wife kecewa tak dapat masuk rakaman (and win something..) tapi harap-harap dapat belajar sesuatu dari musim pertama ini. Untung-untung dapat terpilih untuk musim kedua and jadi pasangan pertama menang hadiah RM1 juta tu.



P.S: Tahniah kepada yg menang hadiah dari rancangan ni.. jangan lupa melabur sikit duit tu ek...

Cuti Panjang di Hujung Bulan

Leave a Comment
Dah 2 minggu sibuk, kurang masa nak post sesuatu kat sini. Akhir sekali pun pasal pelupa punya hal (hehehe..).
Kali ini takda apa yg menarik sangat, cuma nak umumkan lagi kesibukan yg bakal melanda di hujung bulan November ini.

Hujung minggu ini pun cuti lebih sikit, cuti hujung minggu campur cuti ganti hari Isnin untuk Awal Muharram dan lagi cuti sendiri hari Jumaat.
Destinasi cuti empat hari itu akan bertempat di Melaka, lebih tepat lagi Sungai Udang, tempat tinggal ibu & bapa saya. Ini juga bersempena untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kat kampung dan sambil itu nak bawa wife jalan kat bandar Melaka. Selalu sangat dah dengar dia nak pergi jalan naik bot River Cruise kat Sungai Melaka tu.


Jadi jumpa kat Melaka lah kita ek..

Bila Diri Ini Jadi Pelupa

Leave a Comment

Hai..
Hari ini tertinggal handphone kat atas katil kat rumah lah pula, macam mana lah aku ni dah jadi pelupa sangat semenjak dua menjak ni. Ada hari tu, aku tertinggal laptop company sendiri kat rumah, macam mana nak buat kerja (hahahaha.. pelik pelik). Umur pun baru aja nak masuk 32 tahun (hujung tahun ini la).

Bila ingat-ingat balik, renung-renung sebab-sebab mengapa aku ni jadi pelupa, nampak juga ada beberapa sebabnya. Antara penyumbang utama penyakit baru aku ini adalah stress atau tekanan dalam menjalani hidup. Yelah, sekarang dah berkeluarga, ada tanggungjawab yang lebih, tambah pula dengan beban dekat tempat kerja.

Kadang-kala tu otak ni terganggu dengan banyak hal yang berlaku di sekeliling, jadi overload, terlalu banyak benda yang nak kena ingat dan buat, walhal bukan semua kita boleh ingat.
Hopefully, aku tak ada kena penyakit-penyakit yang mengakibatkan seseorang tu jadi pelupa.

Dari kajian ringkas kat internet, berikut antara sebab-sebab lain kita ini jadi pelupa:

1) Keletihan
    Sebab keletihan ini antaranya kerja yang berlebihan, kurang tidur, badan lemah dan sebagainya.

2) Beban harian
    Macam yang terjadi kat diri aku ini, beban kehidupan seharian menyebabkan kita jadi pelupa. Stress, letih, gangguan tidur, gangguan perasaan dan keresah antara sebab-sebabnya. Ibu yang sedang mengandung pun boleh jadi pelupa sebab nak adjust dengan tugas tambahan menjaga anak dalam kandungan.

3) Keadaan Otak (Brain Condition)
    Antara keadaan otak yang boleh menggangu memori kita adalah seperti migrain, jangkitan kuman atau fungus pada otak, tumor, AIDS, mini strok, trauma pada otak, dispression disorder, dementia, minigitis dan lain-lain sindrom penyakit otak lagi.

4) Penggunaan dadah
    Pengunaan dadah yang kronik boleh menyebabkan orang pelupa, disamping itu, ketagihan alkohol (arak) dan ubat-ubat penahan sakit juga antara penyebabnya.

5) Penyakit

    Ada banyak penyakit yang antara simptomnya adalah lupa. Contohnya Alzheimer, Parkinson dan sarcoidosis.

Semua orang kadang-kadang pernah jadi pelupa, jadi ia normal dan tak ada apa yang perlu dirisaukan atau jadi panik. Tapi simptom-simptom pelupa ini, boleh jadi satu indikasi pada masalah yang lebih besar.
Jadi kita kena perhati baik-baik diri kita ini, dan ambil langkah perubatan jika perlu.




p/s: perlu rehat dan pergi bercuti… tapi adakah peluang itu…

11-11-11 Apa Yang Ada Pada Tarikh Ini

Leave a Comment

11.11.11 
Esok kita semua akan lalui satu tarikh yg akan datang sekali dalam 100 tahun. Kalau kita tengok surat khabar atau portal berita online, ramai yg bersedia merancang menggunakan tarikh ini untuk meraikan peristiwa penting dalam hidup orang atau pasangan itu. Tarikh ini telah menjadi satu fenomena bukan saja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Antara yg kita dengar dan baca, yg bakal berlaku di tarikh ini: orang memilih untuk melahirkan anak mereka, ada yg melangsungkan perkahwinan dan lain-lain event lagi.

Tidak ada apa salahnya tarikh ini, cuma senang nak ingat sikit. Orang Cina pula percaya tarikh ini membawa tuah pada mereka dan orang yg berkaitan dengan tarikh ini, sebab tu mereka cuba rancang acara pada tarikh ini.
Sebagai orang Islam, kita tak bergantung pada kelebihan sesuatu tarikh bila merancang melakukan sesuatu.

Apa signifikan tarikh ini pada saya?
Actually, tidak ada apa-apa yg menarik (as far as i expected) akan terjadi pada hari esok, cuma satu hari biasa saja.Bangun dari tidur, pergi kerja, balik kerja, tidur balik (hehehe..).
Yang istimewanya, esok adalah hari Jumaat, hari mulia antara semua hari, untuk saya yg lelaki ni, wajib pergi sembahyang Jumaat. Esok juga hari terakhir untuk minggu kerja, jadi selepas itu cuti hujung minggu dua hari. Semua orang yg berkerja mesti suka dan lega bila Jumaat sampai.

Pengorbanan di Aidil-Adha Yang Suci

Leave a Comment
As-Salam kepada semua,


Kali ni Bro pakai tajuk yg "puitis" sikit, tak direct to the posit macam selalu (hehehe.. puitis la tu).
Apapun, mesejnya direct, khas untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha atau Korban untuk tahun 1432 Hijrah/ 2011 Masihi kepada semua umat Isalam di Malaysia dan serata dunia.

Niat pengorbanan Bro & keluarga tahun ini (dan untuk seterusnya), adalah untuk meninggalkan sifat-sifat buruk dan perangai yg tidak berfaedah serta seterusnya menjadi satu keluarga yg lebih bahagia dan bertanggungjawab kepada Allah SWT, ibu bapa, saudara mara dan semua insan manusia. Semoga niat baik ini diberkati oleh Allah SWT dan dipermudahkan oleh-Nya. AMIN.

Bila tengok orang yg bertuah dapat berada di Tanah Suci dan mengerjakan ibadah haji, terasa teringin juga diri ini untuk satu hari berada di tanah suci dan mengerjakan ibadat itu sendiri, kalau diizinkan oleh-Nya bersama keluarga. Terasa keamanan dan ketenangan di wajah semua yg hamba Allah yg diberkati itu bilamana mereka kusyuk menyembah Allah yg satu.
Bro juga berdoa mereka semua bakal selamat pulang ke tanah air tercinta ini.

Sempena musim haji tahun ini, Bro letak gambar-gambar (dari Yahoo!, thanks) untuk sama-sama kita hayati suasana di sana.








p/s: Allahuakbar - Allah yg maha besar.

Kami Tak Terpilih untuk Money Drop

Leave a Comment
Minggu ini Bro dapat berita sedih yg Bro dan wife tak terpilih sebagai antara peserta untuk Gameshow "RM 1 Juta Money Drop". Memang rasa kecewa kerana tak dapat berjaya walaupun tunggu panggilan bagai nak rak.

Apapun, kami dah buat yg terbaik untuk audition hari tu, tapi apakan daya, takda rezeki kami anak beranak. Harap-harap tahun depan boleh cuba lagi untuk season kedua pula.

Kepada yg terpilih, tahniah dan selamat berjuang untuk berebut hadiah lumayan sejuta ringgit tu.Bro dan kaluarga pasti akan menonton rancangan tu nanti kat Astro, boleh juga tengok dan ambil tahu selok belok pertandingan, tuah-tuah boleh guna jika nanti dapat peluang berdiri akan pentas pertanding sebenar.

Sebenarnya, ada jugalah berdoa dapat panggilan "emergency" dari Endemol, kalau mereka nak peserta ganti untuk pasangan yg tak dapat hadir atau tarik diri di saat-saat akhir.
Insya-allah.

P.S: Pengalaman berharga audition pertama tak dapat dilupakan, semoga lebih berjaya untuk audition seterusnya.

Selamat Hari Deepavali

Leave a Comment
As-Salam kepada semua.

Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari Deepavali kepasa semua yg beragama Hindu dan kepada kawan-kawan serta semua yg menyambut perayaan ini.

Inilah yg bestnya menjadi seorang rakyat Malaysia, bila sampai hari kebesaran agama atau bangsa di Malaysia, kita sama-sama dapat meraikannya bersama-sama (dan juga dapat cuti satu hari.. hehehe…).
Ambillah peluang cuti ini untuk berkunjung ke rumah terbuka kawan-kawan yg menjemput.

Tokoh-tokoh dari kerajaan dan parti-parti politik juga ada buat rumah terbuka umum untuk semua rakyat Malaysia, kalau ada masa dan berminat bolehlah pergi, tambah lagi yg mana yg buat dekat dengan rumah kita.

Apapun, paling penting untuk mereka yg memandu hendak pergi mana-mana sekali pun, berhati-hatilah di jalan raya.



p/s: enjoy your holiday.. :)

Endemol is Calling... Erkk...

Leave a Comment
Baru je dapat tahu yg pihak Endemol (producer rancangan RM 1 juta Money Drop tu, awal bulan hari tu pergi audition tu), dah buat panggilan untuk peserta yg layak ke rakaman rancangan in kat Astro nanti.

Dah 3 batch nombor-nombor yg diorang dah expose dekat facebook rasmi diorang. tapi nombor Bro (3766) tak keluar-keluar lagi.

Doa-doa dapatlah panggilan hari ni. Hadiah Deepavali kami untuk esok.

Hehehehe...

p/s: alamak berdebarnya aku...

Audition RM Sejuta Money Drop @ Astro 104

6 comments
-->
Hari Ahad, 9 oktober yg lepas, bro dengan isteri pergi menyertai audition rancangan terbaru yg bakal disiarkan kat ASTRO nanti – RM 1,000,000 Money Drop. Rancangan ni adalah satu rancangan gameshow dgn peserta yg terpilih nanti dapat berpeluang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1 juta. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang gameshow ini, rajin-rajinlah surf kat intenet.



Gameshow ini diterbitkan oleh Endemol Malaysia Entertainment Group Sdn Bhd. Asalnya gameshow ini berasal dari UK dan sudah diterbitkan di banyak negara lain, termasuklah Singapura baru-baru ini. Audition pula diadakan kat 3 lokasi saja untuk rancangan kali pertama ini (nak test market dulu agaknya), kat Penang, Johor dan last weekend kat SACC Shah Alam, selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Dari apa yg dilihat, hari Ahad lebih ramai yg datang, mungkin hari Sabtu ramai yg ada hal, termasuk lah bro & isteri (wife keje hari sabru, terpaksa lah datang hari Ahad). Apapun, Bro nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada isteri yg sudi jadi pasangan Bro (hehehe..), sporting dan sabar menunggu giliran dan audition sampai habis (hampir 6 jam baru lepas semua). I LOVE YOU darling.
Mami pun berbanyak thanks sebab jaga baby Haaziq untuk kami (kira overtime lah hari tu… hehehe..).

Untuk audition ini, setiap pasangan perlu melalui dua stage, stage pertama kena jawab soalan (macam exam juga la..) beraneka pilihan jawapan berjumlah 19 soalan. kedua-dua peserta dalam satu pasangan kena jawab betul sekurang-kurangan 11 soalan untuk layak ke pusinagn audition yg seterusnya, kalau salah seorang tak dapat jawab dgn jumlah yg ditetapkan, pasangan itu tak layak. Pusingan berikutnya, stage 2, pasangan yg layak, kena berlakon di depan kamera, beraksi seolah sedang bermain secara game itu. Diorang nak tengok keserasian, keceriaan, dan macam mana setiap pasangan bermain dalam situasi sebenar (memang mencabar jugak..).

suasana kat luar, ramainya orang

Hari audition tu kami berdua sampai dalam pukul 10.35 pagi, lambat sikit sebab nak siapkan baby dan hantar ke rumah nani dia. Sampai saja tengok dah ramai org dah beratur tunggu giliran. Dekat satu jam juga baru dapat nombor giliran (3766 – our lucky number.. hehe…).  Selepas tanya-tanya dan tengok situasi semasa, dapat tahu lambat lagi nak sampai giliran nak masuk stage pertama audition. Jadi pergi makan dulu lah kat SACC Mall seberang jalan tu. Bila datang balik pukul 1.30, nombor baru 3600 lebih baru, apa lagi, kena tunggu lama jugalah sampai dipanggil nombor.

Dah nak dekat sampai ke meja pendaftaran

menghilangkan boring dgn membaca

Ada video gameshow versi-UK ditayangkan

Kat SACC Mall, ada pameran hartanah PKNS

Zainal Abidin tengah buat live show :)

Pameran Hartanah PKNS @ SACC Mall

masa audition, dapat tengok macam-macam orang yg datang, ada datang dengan isteri (macam aku ni), dengan adik, degan kawan, girlfriend dan ada yg datang sorang-sorang sebab takda pasangan lagi (cari orang kalau ade yg senasib utk buat pasangan). Beraneka ragam ada, sambil tu hilangkan boring dgn sembang-sembang antara peserta, sempat jugalah buat “kawan segera”, kongsi pengalaman dan soalan (bagi yg dah lepas stage 1).

Our lucky number :)

Suasana kat luar bilik "exam"

Akhirnya dalam pukul 4.30 baru nombir kami dipanggil masuk untuk audition stage 1. Adalah 25 pasangan yg dipanggil dan masing kena duduk berasingan daripada pasangan masing-masing semasa menjawab soalan (untuk mengelak meniru la tu, tapi ada juga yg menjeling-jeling sebelah tengok jawapan).
Semua 19 soalan tu perlu dijawab dalam masa 10 minit sahaja. Selepas itu urussetia akan semak jawapan keputusan dan pasangan yg layak ke stage 2 akan diumumkan selepas sesi menjawab tu.

kat dalam bilik stage 1

Alhamdullillah, Bro dan wife berjaya melepasi Stage 1 dengan jayanya (bangganya, dari 25 couples, 4 saja yg lepas… hehehe…).
Then, kena tunggu panggilan untuk Audition Stage 2 pulalah, nervous-nya jangan cakaplah (hehehe…).

Tak lama selepas itu (dalam 30 minit), kami dipanggil masuk untuk audition depan kamera. Selepas memperlenalkan diri, kami diberi pilihan jawapan untuk soalan yg akan diberi. Pengacara “sementara” pastu memberi  soalan dan kami kena fikir jawapan dan letakkan longgokan duit ke jawapan yg betul. Actually, dekat luar tadi kami dah tahu jawapan untuk soalan itu, sebab ada soalan peserta tu dah beritahu (nasib kkami baiklah… hehehe..). Jadi jawapan kami pun memang sure betullah, dan kami kena berlakon memberi reaksi spontan bila jawapan diumumkan.
Dekat pukul 6.15 baru la audition kami selesai, itu pun ramai lagi yg belum dipanggil untuk stage 1 lagi. Dengar kata, ada yg malam baru habis audition.



Good luck for us

Apapun, memang best-lah first audition untuk rancanagn TV ni. Satu pengalaman yg amat berharga dan tak dapat dilupakan. Berbaloi jugalah susah payah dan penat menunggu giliran. Yang paling penting, kena percaya dengan diri sendiri dan letakkan niat yg baik sertai pertandingan ini.

So, we’ll wait for our luck now, hope we’ll the precious call.

P.S.: Good luck for others couples also, hope meet you all in real show.

Kenduri Kesyukuran Ulang Tahun Kelahiran Haaziq yang Pertama

Leave a Comment
-->
Hari Sabtu yg lepas, Bro & isteri telah membuat satu majlis kesyukuran untuk ulang tahun kelahiran putera sulong kami, Nur Haaziq, yg genap usianya setahun pada September 29 yg lepas. Majlis yg kami buat ni tidaklah secara besar-besaran dan sekadar yg mampu saja. Syukur kepada Allah SWT ke atas nikmatnya yg membolehkan majlis ini berjalan lancar dan penuh kegembiraan. Terima kasih jugak kami ucapan kepada jemputan yg hadir meraikan hari bermakna buat kami sekeluarga.

Majlis bermula selepas Asar dgn doa oleh Mama Yaakub and kemudian diteruskan dgn jamuan makan serta acara potong kek untuk anak bro yg sorang tu. Jadi “star” kejap la dia hari tu, semua orang nak amik gambar dgn dia sambil suap kek. J

Dgn kesempatan ini, bro dan isteri ingin mengucapkan terima kasih kepada emak abah, mami dan abah, adik beradik, saudara mara dan kenalan rapat yg hadir meraikan hari yg penuh bermakna utk kami sekeluarga ini.
Kepada yg membantu menjayakan dan menguruskan majlis ini, saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih. Semoga Allah saja membalas budi baik & jasa semua itu.


 Happy birthday darling, sayang haaziq.

 Acara potong kek

 Haaziq geram tengok kek, pantang je tangan nak pegang kek tu.

Belated first birthday cake

kontrol cute je budak ni

Nani Masi dgn Haaziq, dia semakin geram tgk kek

 Mama Amin kena gigit jari

Haaziq dgn Tokwan kesayangan

Jangan la nangis, Pak Ngah dukung je. Kakak Alisya cubit ke.

Happy family ever and forever

 Haaziq dgn hadiah, tak tau camna nak buka

Acara buka hadiah plak, kereta yg ketiga

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com