BPL Fantasy Football Review: GW19

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 


Sama isu dengan GW17 yang lepas, saya terlepas juga buat review untuk GW19 sebelum sepak mula untuk perlawanan pertama. Untuk itu, bagi GW19 kita tengok rumusan apa yang berlaku bagi perlawanan-perlawanan pada minggu itu. 

Dengan berakhirnya GW19, maka musim 2014/2015 berada di pertengahan jalan ketika ini. tinggal lagi 19 perlawanan untuk menentukan siapa juara musim ini. Chelsea masih lagi bagi saya favourite dengan dua kelab dari Manchester saya agak pencabar yang paling rapat.

Berikut adalah keputusan untuk GW19 (dengan kedudukan dan rekod semasa dalam kurungan):

Ahad (28 Disember) 
[7] Tottenham (9-4-6) 0-0 [3] Manchester United (10-6-3)
[4] Southampton (10-3-6) 1-1 [1] Chelsea (14-4-1)
[6] West Ham (9-4-6) 1-2 [5] Arsenal (9-6-4)
[11] Stoke (7-4-8) 2-0 [16] West Brom (4-5-10)
[15] QPR (5-3-11) 0-0 [18] Crystal Palace (3-7-9)
[2] Manchester City (13-4-2) 2-2 [19] Burnley (3-7-9)
[17] Hull City (3-7-9) 0-1 [20] Leicester (3-4-12)
[13] Aston Villa (5-6-8) 0-0 [14] Sunderland (3-11-5)
[10] Newcastle (7-5-7) 3-2 [12] Everton (5-6-8)
Isnin (29 Disember)  
[8] Liverpool (8-4-7) 4-1 [9] Swansea City (8-4-7)


Rumusan GW19

Pemain terbaik GW19: 
Adam Lallana, Liverpool (jaringkan 2 gol minggu ini menentang Swansea City, menjadikan dia merekodkan 2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir).

Mame Diouf, Stoke City (Wira Stoke yang menewaskan WBA dengan menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan itu. Ini jaringan pertamanya selepas 8 perlawanan. Awas! akan tidak beraksi dalam EPL untuk wakili negaranya ke ANC mulai Jan 17).

Pemain on form ketika ini: 

Eden Hazard, Chelsea (2 gol dan 3 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Cesc Fabregas, Chelsea (1 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
David Silva, Man City (4 gol dalam 3 perlawanan terahkir)
Santi Cazorla, Arsenal (4 gol dan 1 assist dalam 5 perlawanan terahir)
Gylfi Sigurdsson, Swansea City (2 gol dalam 2 perlawanan terahkir)
Phillipe Coutinho, Liverpool (1 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
Kevin Mirallas, Everton (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Sadia Mane, Southampton (2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 
Ashley Barnes, Burnley (3 gol dalam 4 perlawanan terakhir) 

Gol pertama untuk musim ini:
Jack Colback, Newcastle.
Riyad Mahrez, Leicester.
Cheikhou Kouyate, West Ham.
Fernandinho, Manchester City.
Arouna Kone, Everton.
Martin Skrtel,  Liverpool.
John Terry, Chelsea.

Awas, untuk perhatian!!
Pasukan Everton (kekalahan ketiga berturut-turut dalam EPL dan bolos 12 gol dalam 7 GW terakhir, tiada cleansheet sejak Nov 1. Romelu Lukaku juga off form ketika ini, tiada gol dalam 5 perlawanan terakhir)

Yaya Toure, Man City (pemain popular, tanpa dijangka ramai, 'direhatkan' oleh jurulatih City menentang Burnley. Harap-harap tak ada yang serius berlaku kepada pemain ini).


Papiss Cisse, Newcastle (menjaringkan satu gol menentang Everton, merekodkan 2 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Tapi menghadapi masalah apabila pihak FA mendakwa dia menyiku Seamus Coleman dalam perlawanan itu. Kemungkinan besar akan digantung perlawanan).

BPL Fantasy Football Review: GW18

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 

Apa khabar?
Minggu terakhir tahun adalah masa untuk bercuti dan juga masa untuk bola juga, kan??
Di Britain, atau England, menjadi tradisi untuk melangsungkan perlawanan pada hari Boxing Day, yang jatuh pada 26 Disember. Biasanya juga EPL akan aturkan 2 lagi perlawanan berturutan selepas itu, iaitu 2 hari selepas Boxing Day dan pada tahun baru. Jadi, kita ada 3 perlawanan untuk jangka masa 7 hari (Jumaat hingga Khamis ini).

Diingatkan sekali lagi, kita cuma ada 5 transfer untuk kesemua perlawanan ini (termasuk satu bonus transfer). Adalah bijak untuk kita memilih pemain dari pasukan yang mempunyai senarai perlawanan yang favourable untuk 3 GW akan datang.

Oleh kerana GW18 ini berlangsung dalam masa kurang seminggu dari GW17, kita takkan dapat menukar 'kapten' untuk GW18. Jika anda tukar pun sebelum sepak mula, perubahan hanya berlaku untuk GW 19 & 20.

Berikut adalah senarai perlawanan untuk GW18 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):
 
Sabtu (26 Disember) 
[1] Chelsea (13-3-1) vs [4] West Ham (9-4-4) 8.45pm
[15] West Brom (4-5-8) vs [2] Manchester City (12-3-2) 11.00pm
[14] Sunderland (3-10-4) vs [19] Hull City (2-7-8) 11.00pm
[11] Everton (5-6-6) vs [13] Stoke City (5-4-8) 11.00pm
[16] Leicester City (2-4-11) vs [7] Tottenham (8-3-6) 11.00pm
[18] Burnley (3-6-8) vs [10] Liverpool (6-4-7) 11.00pm
[12] Crystal Palace (5-5-7) vs [3] Southampton (9-5-3) 11.00pm
[9] Swansea City (7-4-6) vs [12] Aston Villa (5-5-7) 11.00pm
[3] Manchester united (9-5-3) vs [9] Newcastle (6-5-6) 11.00pm
[6] Arsenal (7-6-4) vs [15] QPR (5-2-10) 1.30pm 


Tips untuk GW18 (dan juga sedikit untuk GW19& GW20)

Pasukan mempunyai favourable fixtures (5 perlawanan akan datang):
Liverpool - Burnley (A), Swansea (H), Leicester (H), Sunderland (A) Aston Villa (A).
Manchester United -  Newcastle (H), Tottenham (A), Stoke (A), Southampton (H), QPR (A).
Sunderland - Hull (H), Aston Villa (A), Manchester City (A), Liverpool (H), Tottenham (A).
Crystal Palace - Southampton (H), QPR (A), Aston Villa (A), Tottenham (H), Burnley (A).
Boleh juga consider (for next 3 games).. 
Manchester City - WBA (A), Burnley (H), Sunderland (H)
QPR - Arsenal (A), Crystal Palace (H), Swansea City (H)

Pemain on form ketika ini (diambil dari post sebelum ini): 
Yaya Toure, Man City (4 gol dalam 6 perlawanan terakhir)
Stewart Downing, West Ham (2 gol & 2 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Andy Carroll, West Ham (3 gol & 1 assist dalam 3 perlawanan terahkir)
Graziano Pelle, Southampton (2 gol dalam 3 perlawanan terahkir)
Ashley Barnes, Burnley (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Harry Kane, Tottenham (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Christian Benteke, Aston Villa (2 gol & 1 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Ki Sung-Yeung, Swansea (2 gol dalam 4 perlawanan terakhir)
Santi Cazorla, Arsenal (3 gol & 2 assist dalam 3 perlawanan terahir)
Olivier Giroud, Arsenal (3 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Eden Hazard, Chelsea (2 gol & 2 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Costel Pantalimon, Sunderland (2 cleansheet dalam 3 perlawanan terahkir)



Pasukan pilihan untuk GW18 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Costel Pantilimon (Asmir Begovic) 
Pertahanan: Gael Clichy, Pablo Zabaleta, Martin Skrtel (Johny Evans) 
Midfield: David Silva, Raheem Sterling, Angel di Maria, Yaya Toure (Harry Kane) 
Penyerang: Robin van Persie, Wilfred Bony, Olivier Giroud (Mario Ballotelli)


P/S: Bonus transfer code kali untuk valid dalam masa 2 hari sahaja dari Dis 26-27, bonus code untuk GW18 adalah JH4RT55 dan Euro code 4GRIEZMANN77.


P/P/S: In advance, saya share bonus transfer code untuk GW19&20, saya akan mention lagi untuk review GW19 lagis ekali nanti. Bonus code untuk GW19 & 20 (sah pada Dis 28) adalah DEGE411 dan Euro code DS1LVA88.

BPL Fantasy Football Review: GW17

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 

Apa khabar?
Pertama sekali minggu ini tak ada review awal seperti biasa. Ter-'miss' nak buat post untuk GW17 atas sebab kesibukan hujung minggu. Anyway, untuk ganti, saya buat rumusan untuk keputusan dan prestasi pemain untuk GW17.

Berikut adalah keputusan kesemua perlawanan minggu ini (kedudukan dan rekod perlawanan semasa dalam kurungan):

Sabtu (20 Disember) 
[2] Manchester City (12-3-2) 3-0 [17] Crystal Palace (3-6-8)
[4] West Ham (9-4-4) 2-0 [20] Leicester City (2-4-11)
[7] Tottenham (8-3-6) 2-1 [18] Burnley (3-6-8)
[5] Southampton (9-2-6) 3-0 [11] Everton (5-6-6)
[16] QPR (5-2-10) 3-2 [15] West Brom (4-5-8)
[19] Hull City (2-7-8) 0-1 [8] Swansea City (7-4-6)
[12] Aston Villa (5-5-7) 1-1 [3] Manchester united (9-5-3)
Ahad (21 Disember)
[9] Newcastle (6-5-6) 0-1 [14] Sunderland (3-10-4)
[10] Liverpool (6-4-7) 2-2 [6] Arsenal (7-6-4)
Isnin (22 Disember)  
[13] Stoke City (5-4-8) 0-2 [1] Chelsea (13-3-1)


Rumusan GW17

Pemain terbaik GW17: 
Charlie Austin, QPR (jaringkan hatrik minggu ini, menjadikan keseluruhan 11 gol untuk musim ini. Mempunyai 4 gol & 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir).

David Silva, Man City (perlawanan kedua selepas kembali dari kecederaan, menjaringkan 2 gol melawan Crystal Palace, gol pertamanya sejak Oct 25).

Cesc Fabregas, Chelsea (menyumbang 1 gol & 1 assist dalam perlawanan menentang Stoke, penyumbang assist terbanyak liga dengan 11 assist, merekodkan 1 gol & 2 assist dalam 2 perlawanan terahkirnya).

Pemain on form ketika ini: 
Yaya Toure, Man City (4 gol dalam 6 perlawanan terakhir)
Stewart Downing, West Ham (2 gol & 2 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Andy Carroll, West Ham (3 gol & 1 assist dalam 3 perlawanan terahkir)
Graziano Pelle, Southampton (2 gol dalam 3 perlawanan terahkir)
Ashley Barnes, Burnley (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Harry Kane, Tottenham (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Christian Benteke, Aston Villa (2 gol & 1 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Ki Sung-Yeung, Swansea (2 gol dalam 4 perlawanan terakhir)
Santi Cazorla, Arsenal (3 gol & 2 assist dalam 3 perlawanan terahir)
Olivier Giroud, Arsenal (3 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Eden Hazard, Chelsea (2 gol & 2 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Costel Pantalimon, Sunderland (2 cleansheet dalam 3 perlawanan terahkir)

Gol pertama untuk musim ini:
Jolean Lescott, West Brom.
Erik Lamela, Tottenham.
Silvestre Varela, West Brom.
Maya Yoshida, Southampton.
Mathieu Debuchy,  Arsenal.
Martin Skrtel,  Liverpool.
John Terry, Chelsea.

Awas, untuk perhatian!!
Pertahanan Everton (lepaskan 10 gol dalam 7 GW terakhir, tiada cleansheet sejak Nov 1)

Leighton Baines, Everton (pemain popular, namun berada dalam krisis pertahanan pasukan dan tiada scoring point dalam 7 GW terahir).


Raheem Sterling, Liverpool (bermain sebagai penyerang akhir-akhir ini, tapi tidak menjaring gol dalam 12 perlawanan berturut-turut ketika ini).


Tips untuk GW akan datang

Untuk 3 GW berikutnya (GW18 - 20), semua perlawanan akan dilangsungkan dalam masa 7 hari (Dis 26 - Jan 1). Jadi kena berhati-hati dengan pilihan pemain oleh sebab tak banyak koata transfer yang ada, dan hanya satu bonus code (keseluruhan 5 transfer code sahaja).

Oleh demikian, adalah penting kita pilih pemain yang mempunyai fitness yang terbaik dan juga yang tahan lasak serta tidak mudah cedera. Biasanya dalam perlawanan musim Krismas dan tahun baru ini, jurulatih pasukan akan banyak melakukan rotation.

Semoga rumusan GW17 di atas  dapat membantu anda semua memilih pemain terbaik untuk mendapat point tertinggi. 
Jika anda ada apa-apa tips lagi sila share sama ya!!


P/S: Bonus transfer code untuk GW15 adalah KHED1RA dan Euro code 9AGIRRETXE9.

BPL Fantasy Football Review: GW16

Leave a Comment



*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 

Apa khabar?
Saya harap anda bersedia untuk GW minggu ini. Mulai minggu depan kita akan sibuk kembali nak susun strategi dan pilih pasukan terbaik, juga nak luangkan masa nak tengok pasukan fevret beraksi dan game lain yang menarik perhatian.

Minggu ini, perlawanan paling menarik perhatian ramai sudah pasti perlawanan Man United-Liverpool di Old Traffiord pada hari Ahad jam 9.30 malam. Saya kemungkinan besar tak dapat tengok game ini sebab dalam perjalanan pulang dari Alor Star. Biasalah hujung tahun dan musim cuti sekolah orang ramai yang kahwin.

Untuk menghadapi GW16 saya ramal ramai yang terpaksa buat pertukaran disebabkan kecederaan kepada penyerang Sergio Aguero. Mungkin juga ada yang buat pertukaran untuk Cesc Fabregas kerana pemain ini kena ban satu game. Berita baiknya, Diego Costa kembali semula minggu ini dari pergantungan, dan dengan Chelsea bertemu Hull di tempat sendiri, sudah pasti ramai yang letak kembali Costa sebagai pilihan untuk kapten.
OK, berikut adalah senarai perlawanan minggu ini (kedudukan liga dan rekod perlawanan semasa dalam kurungan, dan juga waktu perlawanan):    

Jumaat(12 Disember)
La Liga: [17] Almeria (2-4-8) vs [1] Real Madrid (12-0-2) 3.45am

Sabtu (13 Disember) 
[20] Leicester City (2-4-9) vs [2] Manchester City (10-3-2) 11pm
[14] Sunderland (2-9-4) vs [4] West Ham (8-3-4) 11pm
[15] Crystal Palace (3-5-7) vs [13] Stoke City (5-3-7) 11pm
[19] Burnley (2-6-7) vs [5] Southampton (8-2-5) 11pm
[1] Chelsea (11-3-1) vs [18] Hull City (2-7-6) 11pm
[16] WBA (3-5-7) vs [11] Aston Villa (5-4-6) 11pm
[6] Arsenal (6-5-4) vs [7] Newcastle (6-5-4) 1.30am
La Liga: [12] Getafe (4-3-7) vs [2] Barcelona (11-1-2) 11pm
Bundesliga: [3] FC Augsburg (8-0-6) vs [1] Bayern Munich (11-3-0) 10.30pm
Bundesliga: [15] Hertha BSC (4-2-8) vs [14] Borussia Dortmund (4-2-8) 10.30pm
Serie A: [1] Juventus (11-2-1) vs [4] Sampdoria (6-7-1) 7.30pm

Ahad (14 Disember)
[3] Manchester United (8-4-3) vs [9] Liverpool (6-3-6) 9.30pm
[8] Swansea City (6-4-5) vs [10] Totenham Hotspur (6-3-6) 12am
La Liga: [3] Atletico Madrid (10-2-2) vs [6] Villareal (7-3-4) 2am
Serie A: [7] AC Milan (5-6-3) vs [5] Napoli (6-6-2) 3.45am

Isnin (15 Disember) 
[12] Everton (4-6-5) vs [17] QPR (4-2-9) 4am


Tips pemain dan pasukan: 
1.  Peluang mata besar - Chelsea dan Manchester City minggu ini melawan pasukan bawahan liga dan dua perlawanan ini prospek baik untuk hasilkan gol yang banyak. Walaupun dua pasukan teratas liga ini kehilangan tonggak utama mereka di bahagian serangan (Cesc Fabregas & Sergio Aguero), saya rasa peluang masih baik untuk pemain yang lain jaring sekurangnya 3 gol. Yang pasti lawan mereka akan main secara ultra defensive, ini akan menyukarkan sedikit (dan juga mengurangkan jumlah gol) serangan.

2. Arsenal & Southampton - dua pasukan ini mempunyai sequence perlawanan yang sukar dan tricky untuk 5 perlawanan berikutnya. Arsenal akan melawan Liverpool, West Ham dan Southampton di tempat lawan, Southampton pula selepas Burnley di tempat lawan minggu ini, akan bertemu Everton, Chelsea dan Arsenal di tempat sendiri. jadi pilih dengan bijak ya.

Pasukan pilihan saya untuk GW15 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Thibaut Courtois (Fraser Forster) 
Pertahanan: Gael Clichy, Aaron Cresswell, Branislav Ivanovic (Maya Yoshida) 
Midfield: Aaron Ramsey, Mile Jedinak, Eden Hazard, Yaya Toure (Stewart Downing) 
Penyerang: Robin van Persie, Diego Costa, Andy Carroll (Wilfred Bony)
Kapten disyorkan: Diego Costa, Eden Hazard, Alexis Sanchez, Wayne Rooney, Robin van Persie, Andy Carroll.

P/S: Bonus transfer code untuk GW15 adalah DIEG0COST4 dan Euro code G10VAN1.
 

BPL Fantasy Football Review: GW15

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 

Apa khabar? Harap anda semua masih dapat cari masa untuk rancang pasukan anda dan buat pertukaran pemain sekiranya perlu.

Minggu ini memang padat dengan jadual perlawanan. Hari ini hingga hari Isnin, kita akan sibuk lagi dengan GW15 pula, menjadikan 3 minggu GW dalam masa 10 hari. dua minggu GW selepas ini (GW16 & 17) lebih releks sebelum sekali lagi kita akan sibuk dengan 3 GW (GW18-20) dari 26 Disember hingga 2 Januari.

Kesinambungan dari GW14, saya rasa ramai pengurus pasukan fantasi tak akan buat banyak pertukaran untuk GW15, kecualilah yang mana ada kecederaan atau pergantungan. Jangan lupa yang Diego Costa akan main kembali minggu ini, begitu juga dengan Wayne Rooney (kemungkinan besar main).

untuk minggu ini, senarai perlawanan mingguan saya telah dimasukkan sekali waktu game akan bermula (kickoff time waktu MY). Semoga ini akan dapat tolong anda rancang strategi pemain mana nak pilih dan bila masa sesuai nak tukar pemain lain, terutamanya dari liga luar BPL.

Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini (kedudukan liga dan rekod perlawanan semasa dalam kurungan):    

Jumaat(5 Disember)
Serie A: [8] Fiorentina (5-4-4) vs [1] Juventus (11-1-1) 4am
Bundesliga: [18] Borussia Dortmund (3-2-8) vs [7] Hoffenheim(5-5-3) 4am
 
Sabtu (6 Disember) 
[9] Newcastle (5-5-4) vs [1] Chelsea (11-3-0) 8.45pm
[17] Hull City (2-6-6) vs [16] WBA (3-4-7) 11pm
[8] Liverpool (6-2-6) vs [14] Sunderland (2-8-4) 11pm
[13] Stoke City (4-3-7) vs [6] Arsenal (6-5-3) 11pm
[19] QPR (3-2-9) vs [18] Burnley (2-6-6) 11pm
[10] Tottenham (6-2-6) vs [15] Crystal Palace (3-4-7) 11pm
[2] Manchester City (9-3-2) vs [11] Everton (4-6-4) 1.30am
La Liga: [1] Real Madrid (11-0-2) vs [8] Celta Vigo (5-5-3) 3am
La Liga: [19] Elche (2-4-7) vs [3] Atletico Madrid (9-2-2) 11pm
Bundesliga: [1] Bayern Munich (10-3-0) vs [3] Bayer Leverkusen (6-5-2) 1.30am

Ahad (7 Disember)
[5] West Ham (7-3-4) vs [7] Swansea City (6-4-4) 9.30pm
[12] Aston Villa (4-4-6) vs [20] Leicester City (2-4-8) 12am
La Liga: [2] Barcelona (10-1-2) vs [12] Espanyol (3-5-5) 12am
Serie A: [3] Napoli (6-5-2) vs [13] Empoli (3-5-5) 7.30pm

Isnin (8 Disember) 
[3] Southampton (8-2-3) vs [4] Manchester United (7-3-2) 4am


Tips pemain dan pasukan: 

1.  Pasukan Liverpool - Menang dalam 2 perlawanan terakhir walaupun dengan aksi yang tak begitu menarik. Menentang Sunderland beri peluang Liverpool catat 3 kemenangan berturut-turut sebelum 2 game sukar menentang Man. United (away) dan Arsenal (home). Saya jangkakan Liverpool bakal menang game ini dan pemain seperti Steven Gerrard dan Raheem Sterling akan menyerlah.

2. Pemain bajet rendah - ada beberapa perlawanan yang beri kita peluang untuk pilih pemain yang berbajet rendah yang boleh sumbang mata yang baik. Jadi tinjau-tinjaulah pemain yang anda berkenan dalam game seperti QPR-Burnley, Hull-WBA dan A.Villa-Leicester. Saya syorkan: Charlie Austin, Danny Ings, Nikica Jelavic, Brad Guzan dan Christian Benteke (pemain ini mungkin mahal sikit).

3. Pertahanan Arsenal - dengan mencatatkan 3 cleansheet dalam 3 game terakhir, ditambah kembalinya Lauren Koncielny dari kecederaan, pertahanan Arsenal nampak lebih kebal. Ini adalah peluang yang baik untuk letak seorang pemain Arsenal dalam senarai pasukan anda (mengikut bajet pasukan anda).

Pasukan pilihan saya untuk GW15 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Brad Guzan (Emiliano Martinez) 
Pertahanan: James Tomkins, Aaron Chambers, Branislav Ivanovic (James Chester) 
Midfield: Stewart Downing, Juan Mata, Eden Hazard, Yaya Toure (Raheem Sterling) 
Penyerang: Wayne Rooney, Diego Costa, Sergio Aguero (Christian Benteke)
Kapten disyorkan: Diego Costa, Eden Hazard, Sergio Aguero, Alexis Sanchez, Wayne Rooney.


P/S: Bonus transfer code untuk GW15 adalah RF4LC4O dan Euro code B0JAN111.

BPL Fantasy Football Review: GW14

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!!

Buat kali pertama, minggu perlawanan BPL akan berlangsung di pertengahan minggu. Bagi yang belum tahu, bulan Disember adalah bulan yang paling padat dengan banyak perlawanan dijadualkan, termasuk di pertengahan minggu. 

Saya pun mulanya tak perasan yang minggu ini ada perlawanan. Tiba-tiba semasa nak tukar pemain untuk perlawanan hari Ahad, saya perasan yang hari Selasa dan Rabu akan ada perlawanan untuk GW14. Terus kena atur balik strategi dan utamakan untuk tukar pemain yang cedera dan digantung (Di Maria dan Diego Costa).

Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini (kedudukan liga dan rekod perlawanan semasa dalam kurungan):  

Selasa (2 Disember) 
[4] Manchester United (6-4-3) vs [12] Stoke City (4-3-6)   
[20] Leicieter City (2-4-7) vs [11] Liverpool (5-2-6)
[19] Burnley (2-5-6) vs [9] Newcastle United (5-4-4)
[14] Crystal Palace (3-4-6) vs [16] Aston Villa (3-4-6) 
[15] West Brom (3-4-6) vs [5] West Ham (6-3-4)
[8] Swansea City (5-4-4) vs [18] QPR (3-2-8)
 Rabu (3 Disember) 
[13] Sunderland (2-8-3) vs [2] Manchester City (8-3-2)  
[1] Chelsea (10-3-0) vs [7] Tottenham (6-2-5) 
[10] Everton (4-5-4) vs [17] Hull City (2-5-6)    
[6] Arsenal (5-5-3) vs [3] Southampton (8-2-3)

Tips pemain dan pasukan:
1. Rotation, rotation, rotation!! - Sudah pasti rotation akan menjadi isu utama untuk perlawanan tengah minggu, dan juga untuk perlawanan-perlawanan yang bakal menimbun dalam bulan Disember ini. Bagi pasukan yang akan bertanding dalam banyak pertandingan, sudah pasti kena aturkan bagaimana nak gunakan pemain agar prestasi mereka berada di tahap terbaik dan paling penting TIDAK CEDERA.
Jadi kena perhatikan pola pertukaran dan tabiat jurulatih/pengurus pasukan berkenaan. Jika jurulatih yang rajin buat rotation, kena perhati pula jenis pemain. Jenis yang perlukan masa yang lebih untuk pulihkan tenaga dan yang kerap cedera, pastinya kena rehat dan biasanya hanya main pada separuh masa kedua.

2. Transfer dan GW15 - Oleh kerana hanya satu bonus code untuk 2 GW, maka kena gunakan sebaik mungkin transfer yang ada, sebelum sistem reset kembali baki transfer pada petang Selasa. Jadi kita hanya ada 6 transfer untuk digunakan untuk 3 GW (GW13-15). Apa-apa terjadi untuk GW14, kena taruk satu mata pada taktikal pasukan anda untuk GW15 ya!!


Pasukan pilihan saya untuk GW14 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: David de Gea (Tim Howard)
Pertahanan: Scott Dann, Leighton Baines, Branislav Ivanovic (Aaron Cresswell) 
Midfield: Gylfi Siggurdson, Yaya Toure, Cesc Fabregas, Raheem Sterling (Ross Barkley) 
Penyerang: Robin van Persie,  Romelu Lukaku, Sergio Aguero (Ayoze Perez)
Kapten disyorkan: Romelu Lukaku, Eden Hazard, Sergio Aguero, Alexis Sanchez.
Gud Luck!!!

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com