BPL Fantasy Football Review: GW13

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!!

Sudah sedia untuk minggu ke-13? 

Minggu ini saya akan sertakan sekali review untuk beberapa pasukan utama dalam liga Sepanyol, Itali dan Jerman, yang mana pemain-pemainnya ada dalam senarai Euro Scout. 

Ini kerana kebanyakan owner pasukan saya rasa ambil peluang letak pemain-pemain dari luar BPL. Ada yang letak sampai 3 ke 4 orang pemain sekaligus dalam pasukan mereka. Tak dinafikan pemain yang ada memang beri mata yang banyak secara konsisten. 

Apapun, tugasan untuk pilih 9-10 lagi pemain dari BPL dalam pasukan bukan mudah, sebab saya nampak tak banyak pemain yang konsisten musim ini. Baru last 2-3 minggu ini, kita nampak ada beberapa pemain beri banyak mata setiap minggu. Pemain seperti inilah menyenangkan kerja kita, tak perlulah kita nak tukar pemain sepanjang masa. 

Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini (kedudukan liga dan rekod perlawanan semasa dalam kurungan):   

Sabtu (29 November) 
[13] West Brom (3-4-5) vs [8] Arsenal (4-5-3)   
[19] Burnley (2-4-6) vs [16] Aston Villa (3-3-6)
[12] Liverpool (4-2-6) vs [11] Stoke City (4-3-5)
[4] Manchester United (5-4-3) vs [17] Hull City (2-5-5) 
[20] QPR (2-2-8) vs [18] Leicester (2-4-6)
[7] Swansea City (5-3-4) vs [15] Crystal Palace (3-3-6)
[6] West Ham (5-3-4) vs [5] Newcastle (5-4-3)    
[14] Sunderland (2-7-3) vs [1] Chelsea (10-2-0)
La Liga: [6] Malaga (6-3-3) vs [1] Real Madrid (10-0-2)
Bundesliga: [13] Hertha Berlin (4-2-6) vs [1] Bayern Munich (9-3-0)

Ahad (30 November) 
[2] Southampton (8-2-2) vs [3] Manchester City (7-3-2)  
[10] Tottenham (5-2-5) vs [9] Everton (4-5-3) 
La Liga: [3] Atletico Madrid (8-2-2) vs [18] Deportivo la Caruna (2-4-6)
La Liga: [4] Valencia (7-3-2) vs [2] Barcelona (9-1-2)
Bundesliga: [12] Eintracht Frankfurt (4-3-5) vs [18] Borussia Dortmund (3-2-7)  
Serie A: [1] Juventus (10-1-1) vs [15] Torino (3-3-6) 
  
Isnin (1 Disember) 
Serie A: [4] Sampdoria (5-6-1) vs [3] Napoli (6-4-2)  

 
Tips pemain dan pasukan:
1. Penyerang tumpuan minggu ini: 
  • Sergio Aguero - penjaring terbanyak liga masa kini, dan baru jaring hattrik lawan Bayern Munich dalam UCL GW5.
  • Alexis Sanchez - pemain Arsenal yang paling boleh diharap, juga jaring gol tengah minggu lepas dalam UCL GW5.
  • Rickie Lambert - Berani pilih? Balotelli dan Sturrigde cedera, dia adalah penyerang utama Liverpool sekarang. Jaring dalam 2 perlawanan terakhir.
  • Wayne Rooney - kembali dari penggantungan minggu lepas, dan jaring gol lawan Arsenal. Dijangka bakal menyerlah dalam 2-3 GW akan datang.
  • Diego Costa - aka Suarez musim lepas, pemain pasti pilih setiap minggu. Persoalan utama: perlu jadi kapten atau tak minggu ini lawan Sunderland.
2.  Pasukan Southampton - dengan 4 perlawanan berikutnya lawan 4 pasukan top (Man. City, Arsenal, Man. United dan Everton), adakah pertahanan yang hanya bolos 1 gol dalam 5 perlawanan terakhir ini mampu bertahan. Mungkin ini masa sesuai untuk tukar pemain pasukan ini ke pemain pasukan lain.


Pasukan pilihan saya untuk GW12 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Robert Green (David de Gea) 
Pertahanan: Steven Caulker, Kevin Trippier, Branislav Ivanovic (Aaron Cresswell) 
Midfield: Gylfi Siggurdson, Cristian Eriksen, Cesc Fabregas, Angel di Maria (Bojan Krkic) 
Penyerang: Wayne Rooney, Diego Costa, Andy Carroll (Charlie Austin)
Kapten disyorkan: Diego Costa, Cesc Fabregas, Eden Hazard, Sergio Aguero, Alexis Sanchez, Wayne Rooney.


P/S: Bonus transfer code untuk GW12 adalah MKLOSE101 dan Euro code 11SC00.

BPL Fantasy Football Review: GW12

Leave a Comment


*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!!
  
Kembali kita ke liga kelab selepas rehat minggu perlawanan antarabangsa.

Mestinya ramai yang berharap tak ada pemain utama yang cedera ketika bermain mahupun berlatih dengan pasukan kebangsaan. Efeknya bukan sahaja dirasai dalam kesebelasan utama kelab pemain terlibat, tetapi juga pada pasukan fantasi yang kita telah pilih. 

Dari perkembangan yang saya baca, minggu perlawanan antarabangsa minggu ini tak terlepas dari memberi nasib kurang baik kepada beberapa pemain pilihan fantasy league manager. Antaranya; Leighton Baines (!!!), Phil Jagielka, James McCarthy, Cesc Fabregas, Ron Vlaar, Andre Schurle, Mario Balotelli, Daley Blind dan David de Gea. Selain dari yang sudah confirm cedera untuk jangka masa panjang, pemain yang terjejas lain ada peluang 50-50 untuk bermain hujung minggu ini.  

Jadi, berhati-hati dengan pemain-pemain ini, dan ikuti perkembangan hingga ke saat akhir sebelum melakukan perubahan. Jika ingin mata maksimum yang mungkin, mahu tak mahu kena gunakan kuota transfer juga.

Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini (rekod perlawanan semasa dalam kurungan):   

Sabtu (22 November) 

[4] Manchester City (6-3-2) vs [5] Swansea City (5-3-3)
 
[18] Leicester City (2-3-6) vs [14] Sunderland (2-6-3)
[1] Chelsea (9-2-0) vs [13] West Brom (3-4-4)
[9] Stoke City (4-3-4) vs [20] Burnley (1-4-6) 
[10] Everton (3-5-3) vs [4] West Ham (5-3-3)
[8] Newcastle (4-4-3) vs [19] QPR (2-2-7)
[6] Arsenal (4-5-2) vs [7] Manchester United (4-4-3)    

Ahad (23 November) 

[17] Crystal Palace (2-3-6) vs [11] Liverpool (4-2-5)  
[15] Hull City (2-5-4) vs [12] Tothenham (4-2-5)

Isnin (24 November) 

[16] Aston Villa (3-2-6) vs [2] Southampton (8-1-2)


Tips pemain dan pasukan:

1.    5 Pasukan top form masa kini (6 perlawanan terakhir): Chelsea, Southampton, Newcastle, Manchester City, Manchester United. 

2.    Pasukan berpotensi mata besar berdasarkan sequence perlawanan. 
  • Chelsea (5 perlawanan akan dating): WBA (H), Sunderland (A), Tothenham (H), Newcastle (A), Hull (H) – pasukan yang belum kalah setakat ini, ada potensi terus kekal tanpa kalah yang kutip banyak kemenangan. 
  • West Ham (5 game akan datang): Everton (A), Newcastle (H), West Brom (A), Swansea (H), Sunderland (A) – ada potensi mata besar dan cleansheet jika form pasukan terus konsisten, terutamanya di tempat sendiri. 
  • QPR (5 game akan datang): Newcastle (A), leicester (H), Swansea (A), Burnley (H), Everton (A) – prestasi dalam 2-3 perlawanan terakhir adalah baik dan boleh berikan pulangan baik jika pasukan ini meneruskan momentum. 
  • Manchester City (5 game akan datang): Swansea (H), Southampton (A), Sunderland (A), Everton (H), Leicester (A) – Kalau juara bertahan liga ini dapat rentak seperti tahun lepas, 3-4 perlawanan mudah saja bagi mereka.
3.    Pemain on form: Sergio Aguero, Diego Costa, Leighton Baines, Ryan Bertrand, Charlie Austin, Victor Moses, Fraser Forster, Alexis Sanchez, Tim Krul, Stewart Downing, Diafra Sakho, Ayoze Perez.  


Pasukan pilihan saya untuk GW12 (formasi 1-3-4-3):

Penjaga Gol: Asmir Begovic (Thibaut Cortouis) 
Pertahanan: Leighton Baines, Ryan Bertrand, Branislav Ivanovic (Aaron Cresswell) 
Midfield: Victor Moses, Dusan Tadic, Cesc Fabregas, Angel di Maria (Stewart Downing) 
Penyerang: Sergio Aguero, Diego Costa, Graziano Pelle (Saido Berahino)

Kapten disyorkan: Diego Costa, Sergio Aguero, Alexis Sanchez, Graziano Pelle.


P/S: Bonus transfer code untuk GW12 adalah 4GUER000 dan Euro code H4Z4RD11.

Fantasy Football: Tips Berguna Untuk Semua

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!!

Apa khabar semua? Semoga anda sihat-sihat selalu.

Minggu ini tidak ada satu pun perlawanan di liga BPL (termasuklah di liga-liga lain di seluruh Eropah) disebabkan 'international break'. Biasanya seminggu dalam sebulan dalam kalendar bolasepak anjuran FIFA akan dikhususkan untuk perlawanan peringkat kebangsaan. Maknanya  semua pasukan kelab diwajibkan melepaskan pemain-pemain yang dipanggil oleh pasukan antarabangsa sama ada untuk perlawanan kelayakan atau persahabatan.

Kita sebagai 'pengurus' pun dapat rehat. Tapi sebenarnya ada juga beberapa perkara yang perlu dilakukan dengan pasukan masing-masing. Tak boleh tinggal terus, sebab minggu ini juga kita diberikan 2 transfer, yang expired dalam masa seminggu. Jika ada keperluan dan tidak guna transfer maka rugilah.

Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu rehat ini?

Dalam pengalaman dan pemerhatian saya, kita kena buat beberapa perkara seperti:

  • Tinjau-tinjau berita mana-mana pemain yang dapat kecederaan. Kalau kena pemain yang ada dalam lineup kita, maka inilah masanya untuk tukar kepada pemain lain. Itupun jika pemain itu cedera dalam jangka masa yang panjang. 
  • Periksa statistik setiap pemain dalam pasukan kita untuk tengok sama ada pemain kita pilih ada form dan berbaloi untuk dikekalkan dalam pasukan kita. Jika rasa pemain itu tak sumbang mata yang memuaskan, pilih pemain lain yang terbaik.
  • Bagus juga untuk survey pasukan overall top 20 dan monthly top 20. Boleh juga tengok strategi dan pemain pilihan yang dipilih oleh pengurusnya. Kekadang kita terlepas pandang sesetengah pemain yang bagus.
  • Yang ini kalau anda rajin bagus juga buat. Anda boleh periksa senarai perlawanan untuk 3-4 gameweek seterusnya. Lihat perlawanan akan datang untuk setiap pasukan, tak kira yang mana-mana pasukan. Jika mana-mana pasukan yang ada sequence perlawanan yang mudah, it's a good to pick player dalam pasukan itu, sebab kemungkinan dapat mata besar adalah lebih tinggi.
Ok, itu beberapa tips untuk masa rehat perlawanan antarabangsa. Jika anda ada tips-tips lain, share-share lah ya.


P/S: Tak ada bonus code untuk minggu ini.

Fantasy Footbal Review: GW11

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola!!

Apa khabar semua? Harap anda terus bersemangat nak main liga fantasi. Tak kiralah masuk liga fantasi yang dalam negara atau di luar negara. Untuk saya, pasukan saya dah sedikit menurun ranking atas beberapa faktor. Moga-moga selepas susun balik line-up, dapat kutip point yang banyak seperti minggu-minggu awal dulu.

OK, untuk minggu ini, fokus kita adalah memaksimumkan mata sebanyak mungkin dengan 10 perlawanan yang ada minggu ini. Jika kita pilih pemain yang tepat mengikut prestasi semasa pasukan, sepatutnya team fantasy kita akan kutip mata yang baik.

Minggu ini juga adalah minggu terakhir sebelum liga BPL berehat 2 minggu untuk perlawanan antarabangsa (termasuklah semua liga di Eropah).

Berikut adalah senarai kesemua perlawanan minggu ini (rekod semasa dalam kurungan): 

Sabtu (8 November) 

Liverpool (4-2-4) vs Chelsea (8-2-0)
Manchester United(3-4-3) vs Crystal Palace (2-3-5)
West Ham (5-3-2) vs Aston Villa (3-1-6)
Burnley (0-4-6) vs Hull City (2-5-3)
Southampton (7-1-2) vs Leicester City (2-3-4)
QPR (2-1-7) vs Manchester City (6-2-2) 

Ahad (9 November)

Sunderland (2-5-3) vs Everton (3-4-3) 
WBA (3-4-3) vs Newcastle (3-4-3) 
Tothenham (4-2-4) vs Stoke City (3-3-4)
Swansea City (4-3-3) vs Arsenal (4-5-1) 
 
Untuk bahagian penjaga gol dan pertahanan, pasukan yang mempunyai  rekod defensive yang baik buat masa ini adalah Southampton. Jadi dengan lawan minggu ini adalah Leicester City, peluang untuk satu lagi clean sheet adalah tinggi. Jadi pemain pertahanan seperti Nathaniel Clyne (kos $4.98), Ryan Bertrand ($6.2) dan Jose Fonte ($4.95) boleh jadi pilihan. Penjaga golnya adalah Fraser Forster ($5.85).

Satu lagi faktor dalam memilih pemain pertahanan adalah untuk mencari pemain yang ada rekod yang baik menjaringkan gol atau assist.

Pasukan lain yang saya jangka boleh dapat clean sheet minggu ini adalah Chelsea, WBA dan West Ham. Saya syorkan Branislav Ivanovic ($6.0), Andre Wisdom ($4.55) dan Aaron Cresswell ($3.15). Untuk penjaga gol, Thibaut Courtois ($6.81) dan Adrian ($3.55) adalah pilihan yang baik, buat jangka masa panjang juga.

Lain-lain pemain pertahanan pilihan minggu ini adalah: Leighton Baines ($6.85), Calum Chambers ($4.59) dan Kyle Naughton ($5.22).

Di bahagian midfield, pemain seperti Dusan Tadic ($9.75), Angel di Maria ($11.67), Cesc Fabregas ($11.37), Eden Hazard ($11.64) dan Gylfi Sigurdson ($10.48) adalah pilihan ramai dan kebanyakan dari pemain-pemain ini ada dalam line-up midfield hampir semua pasukan. Adalah baik untuk terus pilih pemain ini selagi pemain ini tak cedera atau hilang form.

Namun ada banyak lagi pemain yang boleh juga dijadikan pilihan, aytas faktor kos yang lebih murah dan form semasa. Antaranya seperti Stewart Downing ($9.76), Victor Wanyama ($9.17), Oscar ($11.26), Mohamed Diame ($9.1) dan Victor Moses ($10.46).

Pemain serangan pula ramai pastinya memilih Sergio Aguero ($14.8) buat masa ini. Selain itu Graziano Pelle ($10.23) juga jadi pilihan dan juga tak lupa Diego Costa ($14.22), jika tak cederalah. Ketiga-tiga pemain ini adalah penjaring terbanyak liga BPL buat masa ini. Alexis Sanchez ($14.23) pula adalah pemain form buat masa kini (3 gol dalam 5 last game).

Jika anda nak cari pemain penyerang yang lebih murah dan boleh sumbang mata yang baik, boleh cari pemain seperti Diafro Sakho ($9.17) dan Saido Berahino ($10.19).

Salah satu feature menarik dalam liga BPL anjuran AIA dan Astro ini ialah kemampuan kita untuk pilih pemain dari liga lain di Eropah dalam pasukan kita. Terdapat beberapa pemain yang boleh dijadikan pilihan walaupun dengan kos yang tinggi. Anda boleh dapat pemain ini dalam senarai pemain ketika memilih pemain.

Bagi saya, feature ini perlu ada had, seperti hanya seorang pemain saja boleh pilih dalam satu pasukan. Buat masa kini, kita boleh lihat ada pasukan pilih sehingga 5-6 pemain dalam satu pasukan. Ini menjejas dan juga mencemar tema permainan ini. Dah namanya Liga Fantasi BPL, patutnya hanya boleh pilih pemain dari BPL sajalah kan?

Apapun, good luck untuk semua minggu ini!!!
 

P/S: Bonus transfer code untuk GW11 adalah 3MULLER3 dan Euro code YT0URE46.

Fantasy Footbal Review: GW10

Leave a Comment


*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola Hola!!

Selamat datang ke review ketiga di blog ini. Saya harap dapat teruskan 'kerajinan' saya buat review berterusan, itupun jika takda apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan.

Minggu ini dah masuk minggu ke-10 liga EPL untuk musim 2014/2015. Kejap je kan? Kini rasanya semua pasukan dan pemain dah betul-betul "panas" dan fully game fitness ready. Ada yang dah pun tunjuk tanda-tanda keletihan sekaligus prestasi pun terjejas. Contoh nyata lihat saja Raheem Sterling.

Ok, kembali kepada review minggu ke-10 ini. Seperti biasa minggu ini akan ada 10 perlawanan dari hari Sabtu hingga Isnin (Selasa pagi waktu MY). Berikut adalah senarai semua perlawanan (prestasi pasukan dalam kurungan).

Sabtu (1 November)

Newcastle United (2-4-3) vs Liverpool (4-2-3)
Chelsea (7-2-0) vs QPR (2-1-6)
Hull City (2-5-2) vs Southampton (6-1-2)
Arsenal (3-5-1) vs Burnley (0-4-5)
Everton (3-3-3) vs Swansea City (4-2-3)
Leicester City (2-3-4) vs WBA (2-4-3)
Stoke City (3-2-4) vs West Ham (5-1-3)

Ahad (2 November)

Aston Villa (3-1-5) vs Tothenham (3-2-4)
Manchester City (5-2-2) vs Manchester United (3-4-2)

Isnin (3 November)

Crystal Palace (2-3-4) vs Sunderland (1-5-3) 
Untuk tumpuan kutipan masa fantasy, 2 game pastinya akan jadi tumpuan: Chelsea-QPR dan Arsenal-Burnley. Chelsea dan Arsenal diketahui mempunyai bahagian serangan yang mantap dan berbahaya. Lawan mereka pula adalah 2 pasukan terbawah liga, tambah menarik, mereka bermain di tempat sendiri. 

Untuk Chelsea, disyorkan Cesc Fabregas, Eden Hazard dan mungkin Diego Costa (jika dia tak cedera). Pemain di bahagian pertahanan juga mungkin dapat menyumbang mata yang lebih dari biasa, jadi Branislav Ivanovic, John Terry dan Thibaut Cortuois boleh dipilih.

Untuk Arsenal, bahagian pertahanan mereka terjejas teruk akibat kecederaan, mungkin baik untuk elak pilih pemain Arsenal. Jika anda nak juga, mungkin Adam Chambers boleh jadi pilihan sebab kosnya pun lebih rendah dari pemain utama lain. Di bahagian serangan, Alexis Sanchez adalah pemain yang paling disyorkan sebab form yang baik dalam 2 perlawanan terakhir. Saya juga mengesyorkan Aaron Ramsey dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Perlawanan menarik minggu ini semestilah "Manchester derby". Tapi saya lihat perlawanan ini mungkin hanya libatkan 2-3 gol sahaja. Pemain yang direkomen adalah seperti Sergio Aguero, Stevan Jovetic (saya jangka dia diturunkan), dan Robin van Persie.

Untuk mendapat mata fantasy terbaik, kita kena sasarkan pada pasukan yang kemungkinan besar akan menang dalam perlawanan mereka. Tak kiralah di tempat sendiri atau di tempat lawan. Saya lihat minggu ini, Southampton dan Crystal Palace berpeluang besar menang untuk menang dengan lawan masain-masing. Saya syorkan pemain berikut dari dua-dua pasukan: CrP - Mile Jedinak, Wilfred Zaha; SOU - Graziano Pelle, Dusan Tadic.

Antara pemain lain yang saya syorkan untuk GW10:
Everton - Romelu Lukaku, Ross Barkley, Leighton Baines
Newcastle - Ayoze Perez
Liverpool - Raheem Sterling, Phillipe Coutinho
Hull - Mohamed Diame
Swansea - Wilfred Bony, Nathan Dyer
Tothenham - Cristian Eriksen, Nacer Chadli
WBA - Saido Berahino, Chris Brunt
West Ham - Diafro Sakho


P/S: Bonus transfer code minggu ini adalah 17ZURUTUZ4 dan DG4YLE77.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com