Hari terakhir di JJVC Uptown 2

Leave a Comment

Waktunya dah tiba akhirnya. Bermacam perasaan bercampur baur rasanya hari ini. Terkenang banyak peristiwa pahit manis ketika berada di sini. Tambah lagi hari ini adalah hari terakhir berkerja di pejabat Johnson & Johnson Vision Care (JJVC).

Sejak diterima berkerja di Visualogic Resources Sdn Bhd, inilah tempat pertama saya ditugaskan (posting). Itupun baru 1 bulan kerja dan belum pun habis training, bermula dari bulan Jun tahun 2008. Awalnya tak jangka berapa lama nak posting sini, sebabnya ikut kontrak. Alih-alih dah 5 tahun 11 bulan kerja kat sini.

Banyaklah cerita dan kenangan sepanjang berada di sini. Sebagai kerja seorang IT system support, tugas saya kebanyakannya kena melayan aduan dan masalah pelanggan tentang application. Bermacam-macam orang dah jumpa, mostly orang dari luar negara. Kerenah pun banyak, ada yang sporting dan senang nak urus, ada juga yang cerewet. Tapi itulah asam garam kerja ini.

Disinilah saya berjumpa ramai orang dan belajar dari banyak pengalaman kerja. Rakan-rakan sama posting pun ramai yang datang dan pergi. Rasanya saya adalah batch pertama yang awal ditugaskan yang masih kekal. Bukan nak tunjuk hebat ke apa, tapi memang saya dapat bertahan sampai hari ini. Alhamdulillah.

Selepas ini saya akan balik ke pejabat HQ, dah tunggu posting baru. Dari situ bermula kembali cabaran baru untuk saya. Semoga ianya akan lebih baik dan memberi saya banyak pengalaman baru yang berguna.

Selamat tinggal JJVC, kenangan di sini tak akan dilupakan.

Ruang masuk depan
Pantry tempat makan
Ruang kerja bahagian IT
Meja kerja aku
Selfie hari terakhir. thanks JJVC!!


Membakar semangat yang pudar

Leave a Comment
  

As-salam dan semoga sihat selalu.

[I] 
Semangat blogging yang datang baliklah yang membuatkan saya menaip kembali sekarang ini. Haa, kalau check tarikh last post, date-nya bulan lepas, pasal tragedi MH370.

Buat beberapa hari yang lepas, tergerak untuk buat "blog-walking", ronda-ronda ke blog-blog yang biasa saya lawat. Tak ada apa tujuan sangat selain nak tengok update atau post terkini tuan punya blog dalam blog diorang. Tiba-tiba "ter-merenung" kembali blog sendiri dan mengira progress terkini setakat ini. Rasanya tak banyak yang maju, masih tercari-cari rentak sendiri.

Apa nak jadi ini?? tiba-tiba terfikir sendiri. 
Bukankah dah buat tujuan awal tahun hari tu kan, dah hilang arah aje.

Ok-lah, mula baliklah dari mula dan tengok serta belajar dari blog yang dah "berjaya". Erti berjaya tu maksudnya bertahan lama dan konsisten postingnya. selain komitmen yang tinggi dari tuan blog sendiri. Mungkin dorongan mereka ini bukan saja setakat minat, tapi ada juga imbuhan yang berbaloi (duit ringgit, kawan kenalan, dan lain-lain).

Apapun, jom mula balik yer Encik Haizal a.k.a Abang Long.

  
[II]
Bulan ini Aleeya dah masuk setahun usianya. Makin besar dah anak perempuan saya tu, Pembangan terkini: berat dah lebih 10kg, gigi baru tumbuh 2 batang, masih belum boleh berjalan sendiri, setakat tatih-tatih pegang apa-apa yang dia boleh pegang.


Alhamdulillah, kesihatan Aleeya sekarang OK selepas last masuk hospital masa Thaipusam awal tahun ini akibat pnuemonia - Jangkitan kuman pada paru-paru. Biasalah penyakit ni, budak-budak kecik senang kena. Haaziq pun banyak kali masuk hospital, sampailah masa badan dah kuat lawan penyakit tu.

Keletahnya pun makin banyak, lasak betul budak ni, terikut-ikut rentak budak laki lagaknya. Pengaruh dari abangnya agaknya. Biar apapun, Aleeya ini 100% berbeza dari abangnya dari banyak segi, ada yang susah nak jaga dari abangnya, ada yang lebih mudah. Tambah tolak sebenarnya tak susah sangat nak jaganya selama satu tahun ini. Lebih-lebih lagi Aleeya ni bertuah sebab mami-nya tak kerja sepenuh masa, jadi tak pernah hantar mana-mana pengasuh (kecuali nenek dia).

Sempena ulangtahun pertama ALEEYA MAISARAH ini, daddy doakan semoga Aleeya membesar dengan sihat walafiat, keep grow up perfectly and nicely, untuk tahun yang mendatang. AMIN!! In Sha ALLAH!!


p.s: maaf, tak ada gambar Aleeya kali ini, nanti-nanti lah yer.. hehe..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com