Hari ini 14 Februari, tarikh yang dah sinonim dengan hari valentine atau hari kekasih. Tak kira di mana-mana pelusuk dunia, semua terhegeh-hegeh buat persiapan nak sambut hari "bermakna" ini - hari untuk mengenang orang yang tercinta.
Hari ini untuk saya adalah hanya hari Jumaat seperti biasa.
Bagi saya, macam hujah kebanyakan orang lain, untuk mengenang orang yang tersayang, bukan hanya pada 14 Februari sahaja, tapi kalau boleh setiap hari. Tambah pula dah kahwin macam saya juga, lagilah boleh berkasih-sayang sepanjang masa, hari-hari adalah hari kekasih.
Nak berhujah bab agama berkenaan hari kekasih ini, taklah pandai sangat. Secara keseluruhan dari apa yang saya baca dan dengar dari orang ilmuan agama, kesimpulannya saya anggap hari kekasih ini tidak begitu signifikan. Kalau boleh saya cakap, ada cara dan masanya boleh jatuh hukum HARAM.
Saya cuba bandingkan hari ini dengan hari Ibu dan hari bapa. Benar, hujah yang saya beri di atas boleh juga menyangkal kepentingan wujudnya dua hari ini. Hari-hari pun kena sayang ibu dan bapa kita, tapi rasanya bagus juga untuk adakan hari istimewa untuk mereka ini, sebab utamanya atas dasar pengorbanan mereka yang sangat besar.
Pada pandangan saya, hari kekasih ini patut tukar sahaja pada "hari suami & isteri" atau "hari famili". Supaya tak akan ada gejala tak sihat dan tak bermoral hasil dari sambutan oleh orang yang berkahwin. Kita sebagai orang Islam kenalah dahulukan hukum agama dulu.
Apapun, buatlah baik kepada orang yang palin kita sayangi setiap hari. Bagi "couple" yang keluar "dating" sempena hari ini, berjaga dengan "unsur" yang anda tak nampak (syaitan la tu). Jangan tersimpang kelain ya!!
P/S: hari ini hari kerja, takda maknanya nak kuar sambut.
P/S/S: untuk peringatan untuk umat Islam.