BPL review – Week 11

Leave a Comment
  


Liverpool benam Fulham 4-0




 Tak pasti apa matlamat pasukan Fulham datang ke Anfield minggu ini, macam datang jalan-jalan makan angin. Pastinya mereka dah agak akan kalah dalam perlawanan ini, maka tujuan utama mereka adalah untuk tidak kalah besar.



Dengan bermain dengan tanpa hala tuju, Liverpool mengambil peluang mengutip 3 mata mudah tanpa perlu undangan kedua. Hanya tunggu masa bila Liverpool akan membolosi pintu gol Fulham, dan gol itu datang pemain Fulham sendiri.



Selepas mendapat gol pertama, segala nervous pemain Liverpool hilang, dan mereka lebih selesa dalam setiap gerakan. Tak lama kemudian, 2 gol lagi dijaringkan, Martin Skrtel melalui set-piece dan Luis Suarez melalui through-ball Jordan Hendersen. Di separuh masa kedua Liverpool lebih relaks, dan Suarez sekali lagi menjaringkan gol, peluang yang terhidang dari kesilapan pemain Fulham.



Man of the match: Steven Gerrard.

Pujian harus diberikan pemain veteran dan kapten pasukan ini. Kritikan hebat yang diterima selepas perlawanan minggu lepas dengan Arsenal, dibalas dengan aksi cemerlang. Sumbangan Gerrard; 2 assist, hantaran silang yang menghasilkan gol pertama, dan hantaran cantik kepada Henderson untuk gol ketiga, selain daripada penguasaan bahagian tengah yang mantap.





One nil Surprise Sunday!!



Keputusan mengejutkan terhasil dalam 3 perlawanan pada hari Ahad. Saingan terdekat Liverpool, Tottenham dan Manchester City, tewas mengejut masing-masing kepada Newcastle dan Sunderland dengan jaringan 1-0. Manchester United juga boleh juga boleh dikatakan membuat kejutan (kejutan yang sedikit sahaja) dengan menewaskan pendahulu liga Arsenal, juga dengan jaringan 1-0.



Selain itu, Chelsea juga hampir tewas hari Sabtu kepada West Brom. Nasib mereka baik sedikit, dapat juga seri, namun Liverpool mengambil peluang untuk naik ke kedudukan ke-2 liga dan mengurang jurang mata dengan Arsenal kepada 2 mata. 

Lawan Liverpool selepas ini, Everton, mengutip 1 mata sahaja dari Crystal Palace, dengan memberikan persembahan yang kurang memuaskan. Southamton pula mengejutkan ramai dengan dapat bolos gol Hull City sebanyak 4 kali. 

10 Teratas Liga selepas Week 11


BPL 2013/2014 - Gameweek 11

Leave a Comment


Dah lama tak tulis tentang bola ni, dan juga tentang pasukan fevret saya- Liverpool FC. Kini saya kembali.. hehe.. anyway it's my passion.

Setakat ini sudah 10 perlawanan, pasukan Liverpool boleh saya kata mengejutkan ramai pemerhati dan juga peminat bola bila berada di ke-3 liga (20 mata), di belakang Arsenal (25 mata) dan Chelsea (20 mata).

Itu pada pandangan saya-lah, sebab saya expect saingan hebat dari pasukan lebih kuat; seperti Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspurs. Disebabkan kombinasi masalah antaranya penyesuaian pengurus baru, permulaan perlahan, tak konsisten; tiga pasukan ini berada di bawah Liverpool. Mengejutkan ramai juga adalah kedudukan Everton (ke-6) dan Southamton (ke-7), bila ramai tak menjangka pasukan ini boleh mencabar kedudukan teratas dalam liga. Buat masa sekarang, kedua-dua pasukan ini hanya 1 mata sahaja di belakang Chelsea dan Liverpool.

Selepas ini, bilamana setiap pasukan dah mula "panas badan" dan stabil, saingan untuk mengekalkan kedudukan akan lebih mencabar. Arsenal kelihatan sangat kuat ketika ini (pilihan saya untuk juara musim ini), 2 kelab Manchester pun dah mula stabil dan dapat form, Chelsea ada Jose Mourinho walaupun sekali-sekala tersungkur juga, Tottenham memiliki skuad yang mantap "dibina" dari wang jualan Gareth Bale. Everton dan Southamton memiliki semangat berpasukan yang jitu menjadikan mereka liat untuk dikalahkan.

Liverpool pula? Boleh saya katakan mereka ada di kedudukan sekarang disebabkan kemenangan dalam 3 perlawanan  pertama (semua dengan 1-0). Form Liverpool selepas itu (3-2-2) dilihat tak konsisten, tanpa sebarang clean-sheet. Tewas di tangan Southamton di Anfield adalah kekalahan yang mengejutkan. Manakala kekalahan di Emirates baru-baru ini, menampakkan banyak kekurangan dalam pasukan.

Kembalinya Luis Suarez dari pengantungan, form yang hebat dari penjaring terbanyak liga Sturridge, memberi impak besar dan boleh dikatakan mereka penyumbang terbesar dalam pasukan. Mana tidaknya, 14 gol liga Liverpool dari keseluruhan 17 gol, dijaringkan oleh 2 penyerang ini. Tanpa mereka, Liverpool mungkin tiada sengat di bahagian serangan.

Minggu ini Liverpool akan melawan Fulham di Anfield. Perlawanan yang boleh menang, kalau tidak pun bagi saya wajib menang. Kekalahan kepada Arsenal telah mengecewakan ramai peminat. Nasib baik tak sempat tengok game itu (atas sebab tak dapat dielakkan), lagi frust-lah saya. 

Antara faktor utama yang menjadikan perlawanan dengan Fulham wajib menang:

1. Liverpool boleh menurunkan 11 pemain terbaik mereka dalam perlawanan ini, buat kali pertama (Jose Enrique sedikit doubtful untuk game ini).

2. Bermain dihadapan penyokong sendiri, dan perlu menang untuk menebus kekecewaan peminat. Kemenangan juga penting untuk terus kekal di kedudukan ke-3 liga.

3. Fulham pula berada dalam keadaan tak menentu, away form yang tak menentu, di tambah tekanan hebat kepada pengurus disebabkan kedudukan terkini liga (ke-16, 10 mata). Liverpool perlu mengambil peluang ini.  

Saya menjangkakan Liverpool akan menang dan berpeluang menambah beza jaringan gol yang lebih besar dalam perlawanan ini. Gol awal dan jika jaring sebanyak mungkin (3 gol sekurangnya) sebelum halftime adalah penting. Saya mengharapkan gandingan "SAS" menjaringkan 3 atau 4 gol, supaya dapat memberi mata yang lebih untuk fantasy team saya.


Barisan Kemungkinan: (4-3-3) Mignolet, Enrique, Johnson, Agger, Toure, Lucas, Gerrard, Henderson, Coutinho, Suarez, Sturridge. Simpanan: Jones, Skrtel, Cissokho, Sakho, Allen, Sterling, Moses.

Prediction: 4-0



Sibukkan diri anda mencari ILMU

Leave a Comment
  
Sebab ILMU penentu kejayaan ANDA!!!

As-salam dan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1435 kepada semua pembaca blog abang long. 

Harap-harap Awal Muharram ini bukan sekadar cuti sahaja. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya menanam semangat untuk berubah dan terus maju dalam hidup.

Salah satu penentu kejayaan dalam apa yang anda lakukan adalah ilmu. Nak buat apa pun kalau tiada ilmu susah nak berjaya. 

Ilmu apa yang perlu dicari?

Paling penting adalah ilmu untuk membangun diri anda untuk menjadi insan yang lebih baik, seperti ilmu agama. Seterusnya baik juga mencari ilmu untuk perubahan dan nemambah motivasi diri.

Jika anda ada minat dalam sesuatu bidang, jadi kenalah cari ilmu secukupnya supaya anda mahir dan tahu selok belok bidang itu. nanti orang tanya, tidaklah tergagap-gagap. Tambah pula kalu bidang itu adalah periuk nasi anda dan apa yang anda buat untuk cari pendapatan. 

Sekarang ini hendak buat bisnes pun kena tahu banyak hal. Macam mana nak buka syarikat, urus perbelanjaan dan modal, kelebihan produk yang nak dijual, dan banyak lagilah. Itu belum lagi masuk ilmu tentang pemasaran.

Di mana ilmu nak boleh dicari?

Carilah ilmu dengan cara belajar dari orang yang pandai dan mahir dalam ilmu itu. Orang yang dah lama buat kerja dalam hal-hal berkenaan ilmu itu. Kalau boleh jadikan dia sebagai mentor.

Ada duit lebih, bagus juga beli buku-buku tentang apa yang anda nak tahu itu. Sekarang ini banyak kedai buku tak kira dalam bangunan atau dalam talian (online). Mana-mana pun ada janji ada keinginan dan usaha.

Lagi satu yang boleh dilakukan adalah dengan buat diskusi dan join seminar atau kursus berkaitan. Memanglah modal duit kena keluar, tapi rasanya kalau kena gayanya, hasilnya lebih besar dari duit yang anda laburkan.

Kesimpulan

Untuk peringatan diri juga, marilah tambah ilmu setiap masa. ianya boleh melancarkan perjalanan dalam apa sahaja yang kita lakukan. Lupakan dan tinggalkan perkara yang sia-sia dan tak mendatang manfaat. Lakukan apa yang penting untuk masa depan.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com