Persiapan Menghadapai Bulan Ramadhan @ Puasa

Leave a Comment
  
As-salam,

Apa khabar semua?
Agak lama abang long tak update blog ni, kepala masuk jerebu kot. hehehe...
 
Sekarang ini tengah mood nak pindah tak lama lagi. Sambil tu ada juga mood nak masuk bulan puasa. Ye la, dah tak lama lagi kan, dalam kurang 2 minggu lagi. Rasanya, puasa tahun ini akan jatuh pada 10 Julai nanti.

Jadi macam mana persiapan anda? Adakah anda tak sabar-sabar nak sambut bulan puasa ni macam abang long?

Untuk post kali ini, abang long nak kongsi tips-tips untuk persediaan menghadapi bulan puasa.

Kita adalah digalakkan untuk melakukan persediaan menjelang dua atau sebulan menjelang puasa. Antara sebabnya supaya badan kita tak rasa "terkejut" dengan perubahan drastik bila kita mula berpuasa nanti.

Ini dilakukan oleh nabi junjungan besar kita sendiri. Baginda biasanya buat persediaan sejak bulan Rejab lagi iaitu dengan mula berpuasa penuh sehinggalah ke bulan Ramadhan. 

Bagaimana dengan kita pula? Adakah kita bersiap untuk puasa atau untuk raya?

Apapun, berikut adalah tips-tips persediaan untuk bulan Ramadhan:

- Lakukan "warm-up" berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

- Ulangkaji dan juga tambah ilmu tentang amalan puasa. bagi yang dah lupa niat puasa, baik buka buku balik. Bagi orang-orang dah bersedia, tambah lagi ilmu untuk jadikan puasa tahun ini lebih baik dan mantap.

- Banyakkan bersedekah, memberi sumbangan kepada orang memerlukan. Jika ada kemampuan lebih, buat sponsor jamuan moreh kat surau dan masjid.

-  Lakukan perubahan diri untuk berpuasa seperti latih diri untuk bangun lebih awal.

- Mendekati diri dengan amalan-amalan untuk menambah pahala dalam bulan puasa. Antaranya adalah banyakkan membaca dan mendengar al-quran, berzikir, solat sunat, quamullail, dan lain-lain lagi.

- Luangkan masa dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai desekiling anda untuk berbincang dan berkongi tentang Ramadhan yang bakal tiba, harapan dan persediaan, dan sebagainya.

Semoga dengan sedikit ilmu ini akan menjadikan Ramadhan kita tahun ini lebih HEBAT. INSYA-ALLAH!!



Selamat Hari Bapa 2013

Leave a Comment
  

Sekarang ini, hampir setiap hari ada aje sambutan untuk memperingati atau menyambut sesuatu. Hari ini pula, satu dunia menyambut hari untuk menghargai seorang lelaki yang bergelar "BAPA"

Jadi dengan ini, abang long tak terkecuali, berbangga sangat nak mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua warga bapa, ayah, abuya, daddy dan apa-apa saja panggilan untuk mereka-mereka ini. Tak lupa juga ucapan untuk diri sendiri (hehehehe..).

Sedikit info tentang hari bapa:

  •  Hari bapa ini disambut setiap tahun pada hari Ahad ketiga setiap bulan Jun. Oleh itu, tahun 2014 nanti, kita akan sambut pada 15 Jun pula.
  • Idea hari bapa pertama kali diutarakan pada 1909, oleh seorang anak perempuan kepada seorang wira perang - Sonora Louise. Ianya untuk memperingati bapanya yang amat disayanginya.
 


Sunnah Hari Jumaat

Leave a Comment

As-salam semua,


Untuk kongsian semoga hari Jumaat kita lebih diberkati.



Kredit: FB Page I Believe in Allah 
  


Hari Alam Sekitar Sedunia 2013

Leave a Comment

As-salam & selamat sejahtera untuk semua.

Abang long kembali menulis semula. Dah agak lama tak post something baru. Kali ini saya nak sentuh bab “PEMBAZIRAN MAKANAN”.

Sempena hari Alam Sekitar dunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, jom luangkan masa sikit ambil tahu sikit fakta dan renung sejenak tentang diri kita. 

Malaysia bukan saja syurga makanan, tapi juga tong sampah makanan terbesar

Pertama sekali, tema hari Alam Sekitar tahun ini adalah - “Think. Eat. Save” atau saya boleh translate-kan kepada “Fikir. Makan. Jimat” (betul kot).

Cuba bayangan: Setiap hari dianggarkan sebanyak 15,000 tan sisa makanan telah dibuang oleh RAKYAT MALAYSIA. Jumlah ini kalau dapat dijimatkan boleh beri makan pada lebih kurang 7.5 juta orang! (sumber dari TheStar).

Dalam 2 tahun ini, jumlah pembaziran ini meningkat dari hanya 930 tan pada tahun 2011. Untuk tahun 2009 pula jumlahnya hanyalah separuh dari tahun 2011.


Banyak kan?? Adakah anda jenis yang makan tak abis setiap hari??

Jika jawapannya “YA”, anda adalah salah seorang penyumbang kepada statistik di atas. Jangan lupa dalam Islam, pembazir adalah disamakan dengan amalan dan sahabat kepada syaitan. Adakah anda nak tiru amalan dan nak jadi sahabat kepada syaitan gak ke? Fikirlah sendiri.

Abang Long adalah seorang yang bila makan, akan makan sampai licin pinggan, pantang sekali nak tinggal sisa makanan. Kecualilah yang tak boleh makan seperti tulang ikan dan ayam, yang lain semuanya saya telan.

Paling penting bila masa makan, abang long ambil pada kadar yang boleh habis makan. Kalaulah dah kenyang sekalipun dan ada lagi baki dalam pinggan, saya akan usaha makan semuanya juga. Itulah sifat semulajadi atau mungkin dari apa yang diajar oleh orang tua abang long.

Dari pemerhatian abang long, daripada orang terdekat dan juga orang ramai disekeliling, amalan pembaziran ini diamalkan dengan meluas. Cuba perhatikan kat meja makan rumah anda bersama famili anda atau di kedai-kedai makan, selepas setiap yang makan tu kenyang, pasti separuh daripada mereka ada baki makanan lagi.

Ada satu tabiat orang yang paling abang long pelik, bila mana dah makan tu mesti tinggal baki sikit dalam pinggan. Sebabnya nak bagi orang lain tahu kita dah kenyang katanya, tapi yang pastinya INI DAH NAMANYA MEMBAZIR.

Ada banyak sebab pembaziran ini berlaku, salah satunya dihuraikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dari link ini.

Apapun, abang long nak semua orang ambil berat sikit tentang pembaziran makanan ini. Masak ikut apa yang perlu, pastikan habis dimakan setiap hari. Bila makan di kedai, ambil saja sikit dulu, pastu tambah bila tak kenyag lagi.

Jika amalan ini dapat dilakukan dengan konsisten sepanjang masa, pasti ini boleh kurangkan masalah pembaziran makanan dan dalam masa sama menjimat pembelanjaan seharian kita. Ini adalah juga salah satu petua atau tips pengurusan kewangan peribadi yang berhemah.

Tolong amalkan bersama ya, semoga kita jadi seorang insan yang lebih bertakwa kepada ALLAH!! INSYAALLAH!!
  
  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com