Berakhirnya perlawanan ke-38 semalam, maka berakhir sudah
Barclay Premier League (EPL) untuk musim 2012/2013. Liverpool menamatkan aksi musim
kali ini dengan mengalahkan QPR 1-0 melalui jaringan Phillipe Coutinho.
Dah agak lama Abang Long tak menulis tentang pasukan fevret ni. Sebabnya mungkin moral sikit kurang selepas tengok prestasi yang tak
konsisten pasukan Liverpool. Tambah pula kedudukan “keramat” tempat ke-4 dalam liga awal-awal lagi dah
terkubur.
Buat pertama kalinya, Abang Long tergerak untuk buat review akhir musim pasukan Liverpool FC untuk musim 2012/2013. Apapun, ini cuma kongsian pandangan tak seberapa, daripada
kaca mata seorang pemerhati bolasepak dari Malaysia.
Pencapaian musim 2012/13:
Liverpool FC, dilatih oleh pengurus baru Brendan Rodgers,
memulakan musim dengan kekalahan mengejut di WBA, dan seterusnya hanya mengutip 2 mata
dalam 4 perlawanan berikutnya (2D 3L). Faktor prestasi lemah awal musim boleh
dikaitan dengan jadual awal perlawanan Liverpool yang mana bertemu dengan 3 pasukan
teratas dari musim lepas, disamping pemain belum serasi dengan sistem permainan baru.
Liverpool kemudian menunjukkan peningkatan yang menyaksikan pasukan tidak
tewas dalam 8 perlawanan berikutnya (3W 5D). Seterusnya pada bulan Disember, Liverpool mencatat 4 kemenangan
dari 6 perlawanan dalam bulan itu. Tapi ekalahan dalam 2 perlawanan
lagi, telah mendapat kritikan apabila Liverpool menunjukkan persembahan yang kurang baik.
Memasuki tahun 2013 telah menyaksikan persembahan
Liverpool menjadi lebih mantap, dibantu dengan 2 pemain baru yang dibeli semasa musim
perpindahan pemain Januari. Dari 11 perlawanan dalam sehingga Mac, Liverpool
mengutip 3 mata penuh dalam 6 perlawanan dan tewas hanya 3 perlawanan.
Yang lebih memberangsangkan dan memberi sedikit harapan kepada
peminat untuk musim akan datang, Liverpool mengakhiri musim tanpa tewas
dalam 7 perlawanan (3W 4D). Secara keseluruhan, Liverpool berjaya menduduki
tempat ke-7 dalam liga dengan mengutip 61 mata.
Review prestasi pasukan:
Pasukan Liverpool kelihatan kurang serasi dalam persembahan
mereka awal musim, dengan pengurus baru cuba menerapkan system baru kepada
pasukan. Dari masa ke semasa, setelah sedikit perubahan dilakukan untuk
menyesuaikan sistem permainan dengan kebolehan pemain yang ada, Liverpool menunjukkan
persembahan yang lebih mantap terutama dalam bahagian menyerang. Ini dibuktikan
dengan beberapa kemenangan besar (menjaringkan 4 gol atau lebih) dalam 6 perlawanan.
Bagaimanapun, kelemahan serius dapat dilihat dalam bahagian
pertahanan. Pemain pertahan agak kerap melakukan kesilapan mudah pada awal
musim yang menyumbang kepada kehilangan mata dalam beberapa
perlawanan. Liverpool juga dilihat gugup ketika bertahan dalam situasi set-piece.
Review pemain:
Luis Suarez, pemain yang telah menimbulkan banyak pandangan
yang kritikal dari senua orang tak kira peminat dan pemerhati. Suarez telah terbukti pemain terpenting Liverpool musim ini. Dia mengetuai barisan serangan
berseorangan pada awal hingga pertengahan musim dan merupakan penjaring terbanyak
dalam liga dengan 21 gol. Suarez mencetuskan kontroversi lagi musim ini apabila dia mengigit seorang
pemain Chelsea, yang mengakibatkan dia digantung 10 perlawanan.
Selain Suarez, pemain lain yang menyerlah adalah ketua
pasukan, Steven Gerrard dan 2 pemain baru dibeli semasa perpindahan Januari, Phillipe
Coutinho dan Daniel Strurigde. Manakala Steward Downing dan Stephen Henderson
pula sedikit sebanyak membaiki reputasi mereka dengan prestasi yang jauh lebih baik dari musim
lepas.
Berita akhir musim penting:
Jamie Carragher telah mengumumkan persaraannya pada Mac lalu
dan menamatkan karier Liverpoolnya selepas 737 perlawanan. Carragher, yang tidak
pernah beraksi dengan pasukan lain selain Liverpool, telah diangkat sebagai
salah seorang lagenda dalam sejarah pasukan Liverpool.
Selain itu, Sir Alex Fergusen juga telah bersara dari
menjadi pengurus pasukan Manchester United setelah melalui karier pengurusan selama 26 tahun yang berjaya. Pengurus
Everton, David Moyes bakal mengantikannya pada musim depan.
Impian musim panas:
Untuk Abang Long, Liverpool sudah pasti perlu membeli pemain pertahanan tengah
baru untuk menggantikan Jamie Carragher yang telah bersara. Selain itu, pemain
bek kiri baru juga mungkin perlu untuk memberi option dan support lebih baik selain Jose Enrique.
Diharapkan juga penjaga utama gol Pepe Reina tidak akan berpindah ke pasukan Barcelona.
Walaupun bahagian midfield tengah nampak cukup mantap, Liverpool
mungkin boleh menambah pemain baru yang bertindak sebagai playmaker. Kalau
jumpa pemain sayap baru yang berbakat macam Coutinho pun baik juga.
Bahagian serangan, dengan tanda tanya masa depan Luis Suarez dalam pasukan, ada baiknya Liverpool tambah seorang lain penyerang yang proven.
Ini bukan saja nak tampung jika ada kecederaan kepada Suarez dan Sturridge, tapi
ianya adalah satu keperluan untuk memiliki 3 atau 4 pemain penyerang utama untuk mencabar kedudukan teratas dalam liga.
Harapan musim 2013/14:
Mengambil kira prestasi akhir musim dan senarai pemain yang
sedia ada, Liverpool boleh menjadi antara 6 pasukan terbaik musim depan yang
memberi saingan untuk merebut 4 tempat terbaik. Faktor lain yang bakal menambah rating
saingan Liverpool musim depan adalah bergantung kepada urusan perpindahan pemain
Liverpool.
Bagi Abang Long, sudah tiba masanya Liverpool untuk mencabar kedudukan teratas dengan lebih serius. Sepatutnya, musim depan bakal meletakkan kembali Liverpool sebagai satu pasukan yang disegani semula. Walaubagaimanapun, Abang Long rasa Liverpool bukan
pasukan pilihan untuk menjuarai liga bagi musim 2013/2014 nanti.
p/s: ini adalah post blog ke-100!! :)