Musim liga yang suram bagi Liverpool

Leave a Comment


Saya nak kongsi kekecewaan dengan prestasi semasa pasukan favourite saya, Liverpool FC, dalam musim Liga Perdana Inggeris 2011/12 ini. Selepas 30 perlawanan liga, Liverpool hanya menduduki tempat ke-7 dengan mengutip sebanyak 42 mata (average 1.4 mata setiap perlawanan), dengan perbezaan gol  +5 sahaja.

Sepanjang tahun 2012 ini, Liverpool hanya kutip 8 mata dari 11 perlawanan liga - 33 mata keseluruhan (average 0.72 mata setiap perlawanan). Kalau ikut kutipan mata untuk tahun 2012, sah Liverpool akan duduk di kelompok bawahan liga. Nasib baik kedudukan sebenar dalam liga tak banyak terjejas, masih di tempat ke-7, namun begitu dah ada beberapa pasukan di belakang semakin hampir mengejar kedudukan Liverpool.

Kekalahan dalam dua perlawanan terakhir kepada dua pasukan di kedudukan tercorot, QPR & Wigan, paling mengejutkan. Sepatutnya dua perlawanan ini boleh menghasilkan 6 mata pasti, sebab kalau tengok barisan pemain yang ada, Liverpool lebih berkelebihan dari kedua-dua pasukan itu. Tak tahu lah apa dah jadi dengan prestasi Liverpool dalam perlawanan itu.

Kenny Dalglish pun sudah mula dipersoalkan sekarang, terutama tentang keupayaannya untuk mengembalikan kegemilangan pasukan Liverpool macam masa dulu dan paling penting kemampuannya untuk menjadikan Liverpool sebagai juara Liga Perdana Inggeris. Kalau saya tengok dalam pasukan Liverpool secara keseluruhan, banyak lagi kena diperbaiki dan saya berharap penyokong tidak cepat untuk meminta perubahan drastik. Kita kena beri masa dan peluang yang cukup untuk Dalglish membuat perubahan.


P/S: in dalglish we believed… hope he can make the change…
  

Anak masuk hospital kena jangkitan kuman

Leave a Comment
Kesian Haaziq, kecil-kecil lagi dah dua kali kena masuk wad. Kali ini dia kena jangkitan kuman di paru-paru, kenalah masuk wad untuk rawatan lanjut. Sejak hari Khamis minggu lepas saya dan isteri juga kena tinggal kat Hospital Selayang untuk jaga anak.

Ingatkan nak mula aktif dan konsisten untuk menulis blog, selalu buat posting dan praktis skil menulis, tapi disebabkan kejadian yang tak terduga ini, tertangguh kejap niat saya. Hari ini baru mula nak update sasuatu dalam blog ni. Harap-harap selepas ini tak ada halangan yang besar mengganggu.

Apapun, kali ini kami dapat pengajaran bermakna untuk lebih berwaspada dan mengambil tindakan segera kalau demam dan batuk anak tak sembuh selepas lama mengambil ubat. Kadang-kadang kita ini percaya pada doktor di klinik, berharap dengan ubat yang diberi dan pemeriksaan yang dibuat, anak akan sembuh seperti biasa. Tapi bila penyakit tak sembuh walaupun dah makan ubat berhari-hari, lebih elok segera bawa anak tu buat pemerikaan lanjut kat hospital, mana tahu dia kena penyakit yang lebih serius.

Di sini juga, kami juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat kakitangan Wad 8A hospital Selayang (doktor dan jururawat yang bertugas), kerana usaha mereka dalam memberi rawatan terbaik untuk Haaziq sehingga sembuh. Setelah 4 hari di hospital, Alhamdullilah anak kami kembali sihat dan pulang ke rumah dengan gembira.



P/S: puas hati dengan perkhidmatan di Hospital Selayang.. terima kasih....

Keputusan SPM 2011 esok - 21 Mac

Leave a Comment

Esok debaran untuk adik-adik kita ni akan tamat. Mereka  akan melihat hasil penat lelah usaha mereka sepanjang tahun lepas (atau sepanjang 2 tahun lepas, bagi yang mula dari tingkatan 4).
Keputusan SPM tahun 2011 akan dikeluarkan esok, 21 Mac 2012 di semua sekolah seluruh Malaysia.

Bagi semua adik-adik yang menunggu keputusan tu, abang nasihatkan just rileks, jangan risau-risau, pergi dengan yakin ke sekolah tu. Bila dah ulangkaji dengan baik dan yakin dengan jawapan sendiri semasa menjawab soalan tu, patutnya dah boleh agak apa keputusan yang akan dapat.

Esok juga masa ke sekolah, selain pergi ambil slip keputusan SPM, inilah peluang nak jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan sepejuangan yang dah lama tak jumpa tu. Teringat saya semasa dulu, sebab sekolah pun kat sekolah asrama, masa inilah nak paling ditunggu untuk bertemu dan bertanya khabar dengan kawan-kawan. Sebab dulu tak ada kemudahan dan teknologi telefon macam sekarang, semua pun balik ke kampung halaman di seluruh Malaysia.

Apapun, bagi yang takut nak ke sekolah untuk menghadapi kenyataan, boleh guna perkhidmatan periksa keputusan melalui SMS. 


Selamat berjaya dan tahniah pada semua yang mendapat keputusan yang cemerlang.

P/S: doakan yang terbaik ya...

Liverpool ke Wembley sekali lagi

Leave a Comment

Liverpool meneruskan persembahan baik dalam pertandingan kalah mati, kali ini dengan melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir Piala FA Inggeris dengan mengalahkan Stoke City 2-1. Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh penyerang sensasi Luis Suarez dan Stewart Downing. Semantara bekas pemain Liverpool, Peter Crouch menjaringkan gol tunggal untuk Stoke.

Walaupun kedudukan di dalam liga kurang memuaskan dan mengecewakan, tapi penyokong Liverpool dapat mengubati kekecewaan dengan aksi menarik dan bersemangat dalam pertandingan kalah mati untuk musim 2011/2012 ini. Dengan League Cup dah dalam tangan, tumpuan minggu ini adalah untuk memastikan satu lagi piala menjadi milik Liverpool – FA CUP.

Selepas perlawanan malam tadi impian final masih diteruskan, dengan musuh tradisi setempat Everton atau Sunderland mungkin menjadi lawan di peringkat Separuh Akhir bulan depan di Stadium Wembley. Chelsea atau Tothenham Hotspur/Bolton pula adalah lawan bagi satu lagi perlawanan separuh akhir, dan pemenang menjadi halangan terakhir untuk menjulang piala FA di Final nanti.

Namun begitu, aksi suku akhir minggu ini suram dan dikejutkan dengan berita pemain Bolton Wanderer, Fabrice Muamba (23 tahun), rebah dan mengalami masalah jantung ketika beraksi bertemu Tothenham di Stadium White Hart Line. Perlawanan suku akhir ini dibatalkan setelah 41 minit perlawanan berlangsung akibat peristiwa tak terduga ini. Muamba ketika ini dalam keadaan kritikal dan semoga beliau akan selamat dan pulih nanti.

Lineup vs Stoke City: Reina, Kelly (Coartes), Carragher, Skrtel, Enrique, Spearing, Gerrard [C], Maxi (Kuyt), Downing, Suarez (Henderson), Carroll.


P/S: PRAY FOR MUAMBA….

Jom cuba teka lagu kat Sinar FM

Leave a Comment

Hari ini saya nak berkongsi tentang peraduan teka tajuk lagu yang baru saja bermula hari ini sampai 13 April di stesen radio popular - Sinar FM. Bagi yang selalu dengar Sinar FM ni, mungkin pernah tahu tentang peraduan teka lagu yang pernah dianjurkan sebelum ini. Untuk peraduan kali ini, ianya dipanggil - "Mak Neng Ha! Pening di SINAR bersama Great Eastern". Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

Kali terakhir Sinar FM buat peraduan macam ini, diorang minta pemanggil terpantas memberikan perkataan pertama bagi lagu yang diperdengarkan secara ringkas. Tapi untuk kali ini, pemanggil kena beri tajuk lagu, yang kena diteka dari serangkap dua lirik pertama lagu itu yang dibacakan oleh deejay Sinar FM Salih Yaacob, yang membawa watak seorang nenek tua - Mak Neng.

Menarik juga kan, bagi mereka yang selalu dengar dan boleh hafal lagu-lagu lama dan popular, bolehlah mencuba nasib. Kalau berjaya teka, pemenang akan memenangi hadiah wang tunai RM300 dan paling best, wang hadiah itu akan dikumpul untuk soalan yang berikutnya kalau pemanggil gagal menjawab. Lagi ramai pemanggil gagal jawab, lagi banyaklah wang hadiah untuk soalan yang berikutnya. Lagi menarik dan lainnya dari sebelumnya, kalau anda bertuah menjadi pemanggil pada jam bonus dan berjaya memberikan kata laluan yang tepat, berpeluang untuk memenangi RM1000 dengan serta-merta sebelum cuba meneka lagu tersebut! WOW!!

Nampak mudah saja, dail dan jawab soalan, kemudian menang wang tunai. Tapi part yang paling susahnya adalah untuk menembusi talian dan menjadi pemanggil terpantas. Selepas itu, ikut nasib kalau dapat jawab soalan atau tak. Saya pun dah cuba banyak kali, tapi belum pernah berjaya lagi menjdi pemanggil terpantas. Harap-harap ada rezeki untuk kali ini dan menang wang tunai besar (aminn..).


P/S: adakah aku tembus talian kali ini... hmm... kena cuba dan terus mencuba... insya-allah...
  

Header pertama untuk blog

Leave a Comment
 
As-Salam,

Hari ini setelah sekian lama, akhirnya blog ini dah ada header pertamanya ciptaan sendiri oleh tuan punya blog (saya la tu.. hehe..). Simple dan biasa-biasa saja rekaannya, maklumlah saya ini kurang skil dalam hal-hal merekabentuk ini. Insyaallah, kalau ada masa nanti, saya akan buat header yang lebih "gempak" lagi, tak pun saya tempah dari orang lain.

Selama beberapa minggu ini, banyak saya meninjau-ninjau blog-blog orang mencari ilham, apa yang patut ada pada header untuk menambah tarikan dan "seri" pada blog. Bila jumpa blog header yang menarik, terasa jealous gak nak buat design macam tu, tapi saya rasa blog ini perlu ada header yang memberi imej tersendiri tentang blog ini.

Apapun, buat masa sekarang, saya paus hati dengan header yang pertama ini. Harap-harap ianya akan terus menjadikan blog saya ini lebih cantik di pandangan mata semua dan sumber inspirasi untuk terus ber-blogging.

8 Mac - Hari Wanita Sedunia

Leave a Comment
 
Selamat Hari Wanita pada semua wanita-wanita seluruh dunia di luar sana.

Hari ini seluruh dunia menyambut satu hari untuk mengikhtiraf peranan besar semua wanita. Sebagai wanita, ianya adalah kurniaan dari tuhan dan semua wanita ada keistimewaan tersendiri berbanding dengan seorang lelaki.

Saya pun tidak berapa ingat sebenarnya event jatuh setiap tarikh ini. Masa memandu ke tempat kerja, dengar satu segment khas dalam siaran radio kegemaran saya khas untuk wanita, baru lah saya tahu.
Jadi saya menyokong penuh wujudnya satu hari khas untuk menghargai peranan wanita di seluruh dunia. Pasti kita pernah tahu ada banyak tokoh-tokoh utama dalam sejarah, dari kaum wanita, yang telah mencorak dan mengubah tamadun dan kehidupan manusia.

Di sekeliling kita juga, jika kita kenang kembali, ada ramai wanita yang beri pengaruh besar dan berjasa pada kita: emak, kakak, adik, saudara-mara, jiran mahupun kawan-kawan. Hargai dan berilah perhormatan yang tinggi kepada semua yang ada tercatat nama dalam perjalanan sejarah hidup kita ini.

Realiti dalam hidup ini, setiap lelaki dan wanita adalah saling memerlukan.

P/S: pernah dengar tak ungkapan ni - 
"Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita yang dibelakangnya. Di sebalik kehebatan seorang suami, ada seorang isteri disampingnya."
 

Minggu terakhir RM1 Juta Money Drop

Leave a Comment

Akhirnya sampai juga ke minggu terakhir untuk RM 1 Juta Money Drop Edisi Malaysia musim pertama ini.

Ramai pasangan dah berjaya menang wang tunai besar dalam rancangan ini, tahniah saya ucapkan pada pasangan yang berjaya. Segala usaha keras dan penat lelah berfikir mendapat hasil yang cukup berbaloi. Terasa jealous juga bila tengok ada pasangan menang sampai RM240,000.

Saya berharap Endemol terbuka hati untuk menyambung ke musim kedua gameshow ini pada masa terdekat ini. Selama 13 minggu bersiaran kat ASTRO RIA saluran 104, rasanya rancangan ini dah semakin mendapat perhatian penonton, faktor paling utama adalah kerana hadiah wang tunai lumayan yang ditawarkan. Siapa yang tak nak untuk mencuba nasib betul tak.

Posting pasal "Money Drop" dalam blog ini juga adalah paling banyak mendapat view, terutamanya tentang audition yang saya lalui tempoh hari. Mungkin ramai yang tercari-cari maklumat macam mana nak masuk bertanding dalam gameshow ini. Saya dapat jangkakan kalau Endemol buat audition untuk musim kedua nanti, pasti ramai yang akan datang, termasuklah saya sekali lagi.

P/S: tak payah lah audition untuk musim kedua nanti ya encik Endemol.. guna je yang list audition pertama dulu, ramai lagi yang belum dapat naik pentas lagi tu… hehehe…


 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com