Tahniah Untuk Pasukan Piala Dunia 2014 Malaysia

Leave a Comment
MALAYSIA BOLEH!!!

Tahniah atas kemenangan pasukan negara menewaskan Taiwan dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam. Malaysia menang dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan pertama tu.

Sayang skit sebab Bro tak dapat nak tengok match tu semalam. Tengok replay je la kat Astro nanti, sure ade punya.

Daripada review kat newspaper hari ini, nampaknya persembahan Malaysia belum betul-betul mantap lagi. Perlawanan kedua nanti kat Taipei pastinya satu cabaran berbeza, dan jurulatih Datuk K. Rajagobal kenalah guna taktik yg terbaik untuk pertahan kelebihan kita tu. Taiwan berjaya dapat jaring satu "away" gol, jadi mereka menang 1-0 pun dah cukup untuk layak ke pusingan kedua.

Kita doakan kejayaan untuk pasukan Malaysia hari ahad ni. Malaysia boleh menang jika pemain kita percaya pada diri sendiri dan bermain bermati-matian demi negara hingga minit terakhir perlawanan.

Jom Tengok Transformer 3 Malam ni

Leave a Comment
Malam ni Bro akan tengok sequel terbaru movie Transformer kat panggung wayang - Transformer 3 - Dark of the Moon. Join Bro tengok bersama movie ni adalah isteri Bro yg tercinta & ahli keluarga yg lain. Ini adalah malam kedua movie ni ditayangkan kat cinema di Malaysia, semalam just untuk tayangan tengah malam je.

Hopefully cerita dia gempak la, lebih best dari 2 siri yg sebelum ni.
Apepun, kita tengok dulu, pastu bagi review skit kemudian. Nantikan review post pasni ek.




Saya suka BOLASEPAK… LIVERPOOL forever…

Leave a Comment

Tahun ni memang best sebab pasukan favourite aku, Liverpool, datang Malaysia buat freindly match dgn pasukan Malaysia. Tarikhnya 16 Jun, kat Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebagai peminat setia sejak lebih 20 tahun, sure kena beli tiket dan enjoy the match. Walaupun just friendly, tapi ini satu peluang untuk semua peminat Liverpool untuk lihat pasukan kesayangan diorang dari dekat. 



Dengar cerita,  dah 48,000 tiket dah abis dijual setakat hari ni, tinggal dalam lebih kurang 30,000 je lagi, itu pun khabarnya hanya tinggal tiket RM58 (tengok dari belakang gol) & Grandstand saja tinggal. Hmm.. kena cepat nih… bila lah gaji nak kuar ni… huhuhuhu…

Tahun lepas pergi tengok Manchester Utd punya game, takkan team fevret taknak tengok kot.

Anyway, barangsiapa nak check pasal tiket, bleh la lawat laman web TicketPro untuk maklumat lanjut.Cepat jangan terlambat, menyesal karang.

Pengenalan diri untuk semua

Leave a Comment
Assalamualaikum semua..
Tuan punya blog nak kenalkan diri dulu serba sedikit.
Nama saya Haizal, bleh panggil Haizal, abang ke atau ape-apa yg sopan.
Sekarang tinggal kat Batu Caves, Selangor.
Umur saya pun masuk 3-series dah pun [dah tua gak la.. huhuhuhu], mempunyai seorang anak yg amat comel [will be more post for my spesel boy later.. tunggu...].
Saya nak jadikan blog ni sebagai satu representasi diri aya kat dunia maya ni.
Apa yg saya tulis di sini akan menggambarkan diri saya, perjalanan hidup, minat, hobi dan lain-lain lagi. Hopefully, post yg akan datang akan menberi manfaat dan berguna untuk semua.
Saya amat alu-alukan sebarang komen dari semua di luar sana, untuk kebaikan blog ni dan juga semua.
Enough for now, jumpa lagi yer selepas ni.. :)


My First Post

Leave a Comment
Hi all...
just starting to blogging..
totally new to this thingy...
hope this will be long lasting..
hehehehe...
Next PostNewer Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com