Inilah Abang Long

a.k.a Haizal Hashim, Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq and Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids.

author

Time to take action!!

Leave a Comment
Hello dan apa khabar semua.

Lamanya tak menulis di blog ini. Memang benar cabaran paling sukar adalah nak cari masa untuk menulis.

Menulis bukanlah kekuatan saya, sepanjang masa ni saya cuba meluang masa untuk belajar teknik-teknik untuk menjadi penulis yang baik.
Sukarnya selepas itu adalah untuk take action untuk mula menulis.

Jangan ada alasan HAIZAL!!
Anda boleh BERJAYA!!

Saya harap blog ini akan hidup semula dan dapat followers.

In sha Allah.

I'm Back! (After Quite Awhile)

Leave a Comment
Salam sejahtera & apa khabar semua!

Agak lama saya tinggal blog ini dan menulis artikel berkenaan bola sepak.

Sepanjang masa 'menghilang' ini, saya cuba belajar buat blog dengan webhosting berbayar dan guna wordpress. Jadi blog baru guna domain sendiri dan dah tak ada "blogspot" lagi kat web address. Kalau ada masa boleh melawat ke "haizalhashim.com".

Untuk musim lepas, saya masih main lagi fantasy football, tapi buka lagi dari StadiumAstro.
Sama ada pihak Astro dah tak sambung atau company yang urus sebelum ini dah tarik diri dari mengurus kan website game itu.

Dalam mencari tempat baru untuk main fantasy football, jumpa satu game fantasy football yang dianjurkan sendiri oleh penganjur English Premier League (EPL). Game ini sebenarnya kerjasama EPL dengan EA Sport, yang mana platform game ini dibina sepenuhnya oleh syarikat EA Sport.

Kepada yang belum tahu, EA Sport ni adalah developer untuk game simulation bolasepak legend - "FIFA", yang sekarang ini versi terbaru game tu untuk tahun 2017 dinamakan "FIFA 18".

Tahun lepas, saya masuk dan main lebih kepada nak belajar selok belok game ini. Biasakan diri dengan rules dan strategi untuk gameplay yang berbeza dari game dari Astro. Satu benda yang saya kagum dengan game dari EA Sport ni, database pemain memang lengkap dan up-to-date. Platform pun mantap dan tak ada banyak bug, dan sistem permainan yg lancar. Jadi game ini lebih kredibilitinya dari game sebelum ini.

Satu lagi yang mengujakan saya adalah peluang nak compete dengan pemain dari seluruh dunia!!

Ok, jom sama-sama kita main dan bersaing dalam game ini.
Mungkin kita boleh buat liga kita sendiri dan siapa 'manager' terbaik.

Adios dulu!!

BPL 2015/16: Game Week 06 Preview

4 comments
 Hai, apa khabar.

Bertemu semula untuk review bagi minggu ke-6 (GW06). Kita tinjau beberapa perkara yang menarik perhatian saya menjelang aksi GW06.

1. Liga Juara-Juara dan Liga Europa

Tengah minggu lepas, aksi liga-liga peringkat Eropah telah bermula dengan aksi pertama peringkat kumpulan. Terdapat 6 pasukan terbaik musim lepas bermain dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Kita dapati kesemua pasukan ini telah melakukan "rotation" dalam perlawanan pertama meraka di Eropah. Dijangka pemain utama yang direhatkan akan diturunkan semula untuk liga EPL.

2. Perlawanan tumpuan

Perlawanan pertama minggu ini adalah perlawanan paling menarik, antara Chelsea vs Arsenal. Chelsea bermula dengan buruk musim ini dan sekarang berada di tangga 17. Arsenal pula di tangga ke 5 liga dengan rekod 3-1-1. Walaupun goyah, saya jangka Chelsea bakal menang tipis dalam perlawanan ini.

Perlawanan lain menarik untuk ditonton adalah Manchester City vs West Ham dan Southampton vs Manchester United. 

3. Kecederaan Pemain

Minggu lepas (GW05) kita dikejutkan dengan beberapa pemain yang tak disenaraikan langsung dalam kesebelasan utama dan juga simpanan. Raheem Sterling dan David Silva tiba-tiba 'ghaib', dan beberapa lagi pemain seperti Wayne Rooney dan Thibaut Cortois.

Selesai perlawanan GW05 dan aski liga Eropah, banyak lagi pemain yang cedera. Antara pemain utama yang cedera ialah Sergio Aguero, Pedro, Jack Wilshere, Jason Puncheon, Seamus Coleman, Tom Cleverly, Christian Eriksen, Vincent Kompany, dan Luke Shaw.

Banyak kan?
Jadi berhati-hati memilih pemain dalam pasukan fantasi anda.


Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini dan prediction keputusan perlawanan:

Sabtu (19 September)
Chelsea vs Arsenal (7.45pm) Prediction: 1-0
Aston Villa vs West Brom (10pm) Prediction: 1-0
Bournemouth vs Sunderland (10pm) Prediction: 2-0
Newcastle vs Watford (10pm) Prediction: 0-1
Stoke City vs Leicester City (10pm) Prediction: 2-1
Swansea City vs Everton (10pm) Prediction: 1-1
Manchester City vs West Ham (12.30am) Prediction: 2-0

Ahad (20 September)
Tottenham vs Crystal Palace (8.30pm) Prediction: 0-0
Liverpool vs Norwich (11pm) Prediction: 3-1
Southampton vs Manchester United (11pm) Prediction: 0-1


Fantasy Football Tips (untuk MYeg StadiumAstro Fantasy BPL 2015/2016)

Fantasy team pick of Gameweek 6 (formation 3-4-3):

Goalkeeper: Artur Buroc.
Defender: Jordan Amavi, Nathaniel Clyne, Nyom.
Midfield: Phillipe Coutinho, Yaya Toure, Ross Barkley, Oscar.
Striker: Christian Benteke, Callum Wilson, Sergio Aguero.
Substitute: Joe Hart, Simon Francis, Xherdan Shakiri, Diego Costa.
Euro Code pick: Cristiano Ronaldo.


**Ada sebarang komen dan pandangan, sila share yer!!

P/S: Bonus code dan Euro Code untuk minggu ini adalah SHELVEY14 dan MANE72.

 

BPL 2015/16: Game Week 05 Preview

Leave a Comment

Hai, apa khabar.

Kita bertemu semula selepas berehat 2 minggu kerana aksi perlawanan antarabangsa.

Banyak yang berlaku sepanjang 2 minggu ini. England layak ke Euro 2016, Belanda kalah 2 perlawanan kelayakan dan dalam krisis besar.

Di halaman sendiri, pasukan bolasepak negara kita juga mencetuskan huru-hara besar. Bermula dengan kekalahan besar 10-0 dan kemudian dengan kekacauan penonton di Shah Alam. Kita tengok sahaja apa yang bakal berlaku selepas ini.

Aksi BPL pula akan masuk minggu ke-5 (GW05). Saya harap anda gunakan 2 transfer minggu lepas dan satu bonus transfer untuk buat sikit adjustment untuk pasukan anda.

Melihat senarai perlawanan minggu ini, perlawanan paling mendapat tumpuan semestinya Manchester United vs Liverpool. Sebagai peminat Liverpool, saya harap Liverpool dapat keputusan yang positif. Lagipun, Liverpool akan tanpa kelibat Phillipe Coutinho.

Perlawanan lain yang menarik saya adalah Crystal Palace vs Manchester City dan Everton vs Chelsea. Perlawanan menarik untuk aksi menarik bolasepak, tapi mungkin sumbang mata yang kecil dalam fantasi. Buat keputusan yang bijak dalam dua perlawanan ini, saya pasti ramai yang ada 3 pemain Man City dalam pasukan anda.

Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini dan saya punya ramalan keputusan:

Sabtu (12 September 2015)
Everton vs Chelsea (7.45pm) Prediction: 0-1
Crystal Palace vs Manchester City (10pm) Prediction: 0-2
Arsenal vs Stoke City (10pm) Prediction: 3-1
Watford vs Swansea City (10pm) Prediction: 1-3
West Brom vs Southampton (10pm) Prediction:1-0
Norwich City vs Bournemouth (10pm) Prediction: 2-1
Manchester United vs Liverpool (12.30am) Prediction: 2-2

Ahad (13 September 2015)
Sunderland vs Tothenham (8.30pm) Prediction: 0-1
Leicester City vs Aston Villa (11pm) Prediction: 2-1

Isnin (14 September 2015)
West Ham vs Nescastle United (3am pagi Selasa) Prediction: 0-0


Pasukan fantasi pilihan GW05:
Penjaga Gol: Petr Cech
Pertahanan: Aaron Cresswell, Alexander Kolarov, Kyle Noughton.
Tengah: Riyad Mahrez, Pedro, Nacer Chadli, Alexis Sanchez.
Penyerang: Befetembi Gomis, Sergio Aguero, Diafra Sakho.
Simpanan: Hugo Lloris, Luke Shaw, Andre Ayew, Callum Wilson.


P/S: Bonus code dan Euro Code untuk minggu ini adalah SHAW94 dan MANE72.

Review Pemain Terbaik Selepas GW04

Leave a Comment

Apa khabar,

Minta maaf tak sempat nak buat review untuk gameweek 4 (GW04) dan share bonus code untuk minggu itu.

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu bonus code kan??

Anyway, kali ini saya nak buat review pemain terbaik untuk EPL setakat 4 perlawanan minggu ini. 

Honestly memang sukar nak jangka dan pilih pemain yang akan benar-benar akan score big points secara konsisten setiap minggu. Liga EPL kali ini memang lebih sukar dijangka dari musim lepas.

Pemain-pemain Chelsea seperti Eden Hazard dan Cesc Fabregas, antara pengutip mata terbanyak musim lepas, tak sumbang apa-apa gol dan assist langsung.

Bukan itu saja, pemain-pemain "star" fantasi musim lepas tak dapat form lagi dan ada yang cedera serta tak cergas sepenuhnya. Antaranya Harry Kane, Wayne Rooney, Alexis Sanchez, Raheem Sterling dan pemain favourite ramai, Sergio Aguero.

Apapun, saya jangka pemain-pemain ini akan recover form mereka semula tak lama lagi.

Siapa pula "top performer" musim ini setakat 4 perlawanan ini?

Ada pemain yang dapat kita jangka dan ada yang kita tak jangka. Ada juga pemain kembali bermain baik selepas merosot musim lepas (see Yaya Toure).

Di dalam bermain liga fantasi, untuk memilih pasukan dengan bajet yang terhad, adalah penting kita pandai 'blend' team kita dengan campuran pemain mahal dan pemain bajet. Jadi pemilihan pemain bajet adalah amat penting kerana kita tak nak pemain ini setakat memenuh kouta pasukan sahaja tapi untuk menyumbang mata.

Saya harap review saya ini membantu anda membuat pilihan terbaik. Lagipun kita ada kouta 2 transfer minggu ini, gunakan untuk tukar pemain apa yang patut.

Untuk makluman, tiada bonus kod untuk minggu ini. 

Berikut adalah senarai pemain dan manager terbaik setakat GW04:

Penjaga Gol: 
Joe Hart (20mata - 6.5 juta - Man City)
Sergio Romero (15 mata - 6.1 juta - Man Utd)

Pertahanan: 
Vincent Kompany (24mata - Man City), 
Luke Shaw (15 mata - 5.9 juta - Man Utd)
Alexander Kolarov (22 mata - 5.7 juta - Man City)
Scott Dann (14 mata - 4.7 juta - C.Palace)
Aaron Cresswell (16 mata - 4.7 juta - W.Ham)
Cheikou Kouyate (22 mata - 4.4 juta - W.Ham)
Miguel Layun (16 mata - 2.2 juta - Watford

Midfield:
David Silva (29 mata - 12.8 juta - Man City)
Raheem Sterling (20 mata - 12.2 juta - Man City)
Yaya Toure (24 mata - 12.1 juta - Man City)
Juan Mata (17 mata - 11.4 juta - Man Utd)
Nacer Chadli (15 mata - 10.2 juta - Spurs)
Sadio Mane (17 mata - 9.6 juta - So'ton)
Dario Tadic (19 mata - 9.6 juta - So'ton)
Ross Barkley  (21 mata - 9.0 juta - Everton)
Dimitri Payet 18 mata - 9.0 juta - W.Ham)
Fernandinho (16 mata - 8.6 juta - Man City)
Bakary Sako (17 mata - 8.2 juta - C.Palace)
Nathan Redmond (21 mata - 8.2 juta - Norwich)
Wes Hoolahan (17 mata - 7.8 juta - Norwich)
James Morrison (17 mata - 7.7 juta - W.Brom)
Riyad Mahrez (27 mata - 7.5 juta - Leicester)

Forward:
Diego Costa (15 mata - 15.0 juta - Chelsea)
Romelu Lukaku (18 mata - 12.0 juta - Everton)
Graziona Pelle (14 mata - 10.7 juta - So'ton)
Befetembi Gomis (24 mata - 9.5 juta - Swansea)
Andre Ayew (19 mata - 9.0 juta - Swansea)
James Vardy (15 mata - 8.5 juta - Leicester)
Callum Wilson (29 mata - 8.2 juta - B'mouth)
 
Pengurus:
Manuel Pellegrini (20 mata - 10.0 juta - Man City)
Alan Pardew (13 mata - 8.0 juta - C.Palace)
Claudio Ranieri (14 mata - 7.0 juta - Leicester)
Gary Monk - 7.5 juta - Swansea)

P/S: Perasan atau tidak, jika kita tengok bahagian statistik pemain, ada pemain yang direkod dah main 5 kali, walhal liga EPL baru masuk 5 game. Saya syak sistem game ini adalah masalah sikit dan dah inform pihak penganjur. Harap-harap diorang cepat-cepat perbaiki, kalau tak tak syok la...

Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com