I'm Back! (After Quite Awhile)

Leave a Comment
Salam sejahtera & apa khabar semua!

Agak lama saya tinggal blog ini dan menulis artikel berkenaan bola sepak.

Sepanjang masa 'menghilang' ini, saya cuba belajar buat blog dengan webhosting berbayar dan guna wordpress. Jadi blog baru guna domain sendiri dan dah tak ada "blogspot" lagi kat web address. Kalau ada masa boleh melawat ke "haizalhashim.com".

Untuk musim lepas, saya masih main lagi fantasy football, tapi buka lagi dari StadiumAstro.
Sama ada pihak Astro dah tak sambung atau company yang urus sebelum ini dah tarik diri dari mengurus kan website game itu.

Dalam mencari tempat baru untuk main fantasy football, jumpa satu game fantasy football yang dianjurkan sendiri oleh penganjur English Premier League (EPL). Game ini sebenarnya kerjasama EPL dengan EA Sport, yang mana platform game ini dibina sepenuhnya oleh syarikat EA Sport.

Kepada yang belum tahu, EA Sport ni adalah developer untuk game simulation bolasepak legend - "FIFA", yang sekarang ini versi terbaru game tu untuk tahun 2017 dinamakan "FIFA 18".

Tahun lepas, saya masuk dan main lebih kepada nak belajar selok belok game ini. Biasakan diri dengan rules dan strategi untuk gameplay yang berbeza dari game dari Astro. Satu benda yang saya kagum dengan game dari EA Sport ni, database pemain memang lengkap dan up-to-date. Platform pun mantap dan tak ada banyak bug, dan sistem permainan yg lancar. Jadi game ini lebih kredibilitinya dari game sebelum ini.

Satu lagi yang mengujakan saya adalah peluang nak compete dengan pemain dari seluruh dunia!!

Ok, jom sama-sama kita main dan bersaing dalam game ini.
Mungkin kita boleh buat liga kita sendiri dan siapa 'manager' terbaik.

Adios dulu!!

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com