Argentina Layak ke Final Piala Dunia 2014

Leave a Comment


Argentina akan bertemu Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Belanda dalam penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas 120 minit perlawanan.

Perlawanan separuh akhir kedua ini amat berbeza dengan perlawanan separuh akhir pertama semalam. Berbanding dengan pesta gol dalam perlawanan pertama, kita disajikan dengan taktik berhati-hati oleh kedua-dua pasukan. Ini menghasilkan hanya sedikit percubaan tepat ke arah gol, selain peluang jaringan yang terhad.

Ramai yang memberi komen yang negatif tentang keputusan perlawanan. "Kehilangan" gol amat-amat dirasai, yang mana saya berpendapat jika mana-mana satu pasukan dapat jaring gol, pasti aksi akan lebih terbuka dan rancak.

Saya tertarik dengan satu artikel dari laman ESPN yang mengumpul reaksi orang ramai sepanjang perlawanan ini. Sila tekan link ini untuk membaca artikel tersebut.

Sedikit fakta: Argentina dan Jerman bertemu 2 kali di Final Piala Dunia iaitu pada tahun 1986 dan 1990. Argentina menang pada tahun 1986 manakala Jerman menang pada tahun 1990.


Analisis ringkas perlawanan separuh akhir kedua ini:

1. Dua tonggak utama kedua-dua pasukan; Lionel Messi dan Arjen Robben, berjaya dikunci dengan baik di sepanjang perlawanan. Terutama di separuh masa pertama, kedua-dua pemain hanya dapat sentuh bola beberapa kali sahaja. Di separun masa kedua, Robben lebih banyak mendapat bola, dan hasilnya 2 kali dia mencipta peluang gol untuk Belanda.

2. Lionel Messi pula memberikan aksi yang paling buruk setakat ini. Dijangkakan dikawal ketat, pemain sebaik Messi sepatutnya menaikkan lagi permainannya untuk membebaskan diri dari cengkaman marker-nya. Sebaliknya dia kelihatan semakin tenggelam semakin lama perlawanan berlangsung. Faktor keletihan mungkin juga penyebab persembahan buruknya ini.

3. Pujian harus diberikan kepada persembahan benteng pertahanan kedua-dua pasukan. Dengan kedua-dua jurulatih pasukan mengutamakan pendekatan "safety-first", pemain pertahanan berjaya menyekat penyerang daripada mendapat bola serta secara efektif mematahkan setiap gerakan serangan.

4. Jurulatih kedua-dua pasukan; Alejandro Sabella dan Loius vian Gaal, kali ini tidak mampu untuk melakukan petukaran pemain yang dapat mengubah keputusan perlawanan. Dilihat dari perlawanan sebelum ini, van Gaal terbukti menggunakan pertukaran pemain sebagai satu cara untuk menang dalam perlawanan tapi kali ini dia kelihatan kekeringan idea.

5. Pemain terbaik perlawanan kedua pasukan: Javier Mascherano bagi Argentina dan Ron Vlaar bagi Belanda.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com