Persedian ke Audition RM Sejuta Money Drop musim ke-2

1 comment
  

Harinya dah hampir tiba kawan-kawan semua, sudah bersediakah anda?

Actually, audition dah pun mula sejak 1hb September di 3 tempat yang berlainan, Pulau Pinang, Terengganu dan Johor. Audition kat Kuala Lumpur ini (15 & 16 September) adalah yang terakhir, kalau terlepas maka tak ada peluang lagilah. Sebab lebih dekat dan tinggal kat area KL, jadi sekali lagi pilih ke auditon di KL. Audition musim pertama hari tu di SACC Shah Alam, musim kedua ini dibuat kat Garden Hotel, tak jauh dari Midvalley Megamall.

Dari posting kat facebook page Money Drop,  musim baru ini nampaknya lebih meriah lagi. Lebih ramai orang yang datang audition dan lebih susah peluang untuk terpilih ke pentas sebenar nanti. Sebabnya bila lagi ramai yang lepas peringkat auditon, yang terbaik dan paling menarik perhatian pihak penerbit yang akan dipanggil.

Yang beruntung sikit percubaan kami kali ini adalah kerana ada pengalaman dari audition pertama dulu. Imbas kembali kenangan masa audition, ada banyak kekurangan sana dan sini. Tambah selepas tengok peserta yang terpilih dan naik ke pentas permainan, kami lebih faham dengan apa yang dicari oleh pihak penerbit. 

Azam kami kali ini untuk buat yang lebih baik dan sekaligus berjaya menarik perhatian penerbit rancangan Money Drop ini. Kami teringin nak uji kemampuan sebenar kat pentas sebenar. Nak tengok sejauh mana boleh pergi, dan ada rezeki ke tak menang wang yang ada. Harap-harap ada rezeki untuk anak musim kedua ini.

Oklah, bagi yang nak pergi audition, make sure anda bersedia dan tenang sentiasa. Ini adalah tips yang paling utama dan terpenting. Sebab bila masuk bilik jawab soalan, takut lupa apa yang sebelum ini selalu ingat. Lagi penting bila lulus ujian jawab soalan, kena berlakon depan kamera pula, yang ini lagi mencabar bagi yang ada darah gemuruh.

Friendly reminder!! sebelum keluar rumah ke Garden Hotel hujung minggu ini, pastikan anda siapkan apa-apa yang diperlukan masa pendaftaran nanti. Sebagai ingatan untuk semua dan diri sendiri, berikut adalah benda penting yang kena ada masa mendaftar nanti:

  • salinan kad pengenalan
  • sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
  • umur 18 tahun ke atas
  • datang dengan berpasangan
  • bawa mood ceria dan gembira (kalau tengah ada masalah tak usah masuk.. hehehe)
Semoga berjumpa disana dan selamat berjaya!!!!



p/s: adoi, harap wife ok masa audition nanti, dahlah tengah 'mabuk' mengandung sekarang ni...
  


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com