EBOLA: Info Penyebaran dan Pencegahan

Leave a Comment


**Info serius ini dibawa oleh khas dari Blog Abang Long. Harap-harap perkongsian ini memberi manafaat dan sedikit sebanyak ilmu tentang penyakit berjangkit ini.

EBOLA, adalah satu penyakit berjangkit yang dah pun menular dari luar benua asal penyakit ini mula dikesan. Mulanya, ia hanya di sekitar benua Afrika, dan kini sudah pun banyak kes di banyak negara di bunua-benua lain.

Terbaru penyakit ini dah dikesan di Eropah, bila seorang jururawat di Sepanyol telah terkena jangkitan. Dia difahamkan telah terjangkit ketika memberi rawatan ke atas pesakit yang disyaki mempunyai penyakit Ebola.

Syukur di Malaysia belum ada berita tentang penularan penyakit ini lagi. Dari berita, menteri kesihatan kita dah memberi jaminan yang persediaan telah dibuat dengan yang secukupnya sekiranya ia merebak di negara ini.

Dari segi kepercayaan, memang saya yakin pihak berkuasa dari Jabatan Kesihatan akan cukup kompeten dan boleh menangani keadaan jika Ebola merebak ke negara ini.

Cuma saya harap pihak berkuasa dapat membuat lebih sebaran maklumat tentang penyakit ini kepada orang ramai. Saya percaya jika ditanya tentang Ebola, ramai yang masih belum tahu. 


Jom kita kongsi sikit sebanyak fakta tentang penyebaran dan pengawalan penyakit Ebola ini (berdasarkan info dari WHO - World Health Organization).

Bagaimana infeksi berlaku?
Setiap pesakit yang dijangkiti virus Ebola akan serta merta berpotensi menyebarkan virus kepada orang lain sejurus mereka menunjukkan simptom-simpton penyakit; seperti demam, sakit otot, keletihan, sakit kepala dan sakit tekak.
   Namun begitu, di masa seseorang itu baru dijangkiti, virus tidak akan merebak semasa di dalam fasa inkubasi dalam tubuh pesakit. Jangka masa inkubasi adalah antara 2 hingga 21 hari.

Apakah medium pengantaraan virus?
Medium paling infectious dalam penyebaran virus Ebola adalah darah, tahi dan sisa muntah dari pesakitnya. Tambah lagi, virus juga dikatakan ditemui dalam susu ibu, air kencing dan air mani (boleh bertahan selama 70 hari! pula tu). 
   Di peringkat lanjut jangkitan penyakit ini, virus juga dikatakan bleh ditemui dalam air liur pesakit.

Bagaimana virus ini tersebar?
Virus Ebola memasuki badan manusia melalui themucous membrane, contohnya seperti di dalam mulut dan mata. Luka dan kulit rosak (broken skin) juga boleh menjadi laluan masuk virus ini.
   Selain dari jangkitan terus dari sumber cecair badan manusia, kita juga boleh terjangkit virus Ebola melalui sumber tercemar lain seperti pakaian dan sarung tangan.

Adakah virus Ebola bawaan udara?
Setakat yang diketahui dari wabak jangkitan sebelum ini, tiada jangkitan dari bawaan udara telah direkodkan. Tetapi WHO mengatakan secara teori, jangkitan boleh berlaku dari droplet besar dari jarak yang dekat hasil dari muntah pesakit.

Bagaimana melindungi diri dari jangkitan?
Kalau kita mengembara atau melakukan perjalanan keluar masuk ke negara yang terjejas, risikonya dikatakan rendah untuk mendapat jangkitan. Tapi kenalah berhati-hati supaya tak tersentuh dengan orang yang menunjukkan simptom awal penyakit, lagi-lagilah yang sudah berada dalam peringkat lanjutan jangkitan.
   Oleh itu, jika anda berada dalam situasi ini, rajin-rajin ambil langkah-langkah kebersihan dan pencegahan seperti kerap membasuh tangan dengan alkohol dan sabun.

Untuk pembacaan lanjut, boleh layari website berikut:
 1. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs103/en/
 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Ebola_virus 
 3. http://www.cdc.gov/vhf/ebola/
 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com