Sayangi kekasih anda setiap waktu dan ketika

Leave a Comment
.
Post kali bukanlah nak promote Hari kekasih a.k.a Valentine Day yang jatuh setiap hari ke-14 bulan Februari tu, tetapi untuk promote kepada semua pembaca untuk menyayangi dan memperingati "kekasih" anda pada setiap waktu dan ketika yang anda boleh.

Perkataan "kekasih" atas tu sengaja saya letak apostrophes, sebab bagi saya kekasih bukan saja hanya untuk isteri ataupun orang yang anda cintai, tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang kita sayang dalam hidup kita. Ini termasuklah ibu bapa, saudara mara dan juga sahabat rapat kita.
Adalah lebih baik dan seronok kalau kita tak sempitkan pemikiran dan luaskan skop untuk kita memperingati kekasih.

Macam biasa, bila saja tiba tarikh ini, pelbagai isu yang timbul, ada yang menyokong dan ada juga yang menyaran orang ramai agak terikut-ikut dengan trend orang masa kini ini. Sebagai umat Islam, kita dinasihatkan agar mengkaji dan memikir sedalamnya kenapa hari ini disambut oleh orang barat. Apakah maksud sebenar ianya dicanang-canang dan adakah wajar kita menyambutnya.Kalau kita tengok sekarang inu, ianya telah diberi satu nilai budaya yang kuat, sehinggakan sesiapa saja yang tidak menyokong diibaratkan sebagai kolot dan menentang hak asasi seorang manusia.

Jadi isu sebenarnya, jangan mudah terikut-ikut dengan budaya orang lain, kita kena selidik dan mengkaji secara mendalam manafaatnya, jika tidak salah dari segi hukum agama, bolehlah kita bersama menyambutnya.
Kebimbangan yang paling besar sesetengah orang, adalah merebaknya masalah-masalah sosial di kalangan orang-orang yang memilih untuk menjadi hari itu untuk membuktikan cinta kepada kekasih mereka.
Jangan nanti dah timbul masalah, barulah nak pening kepala dan menyesal tak sudah.

Apapun, ingati "cinta hati" anda sepenuhnya dan setiap masa, berikan mereka perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi.

Kepada cinta hati saya, isteriku yang tercintai, terima kasih tak terhingga kerana mencintaiku.



P/S: siapakah cinta hati anda?
.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com