YEAY!! Liverpool FC, top of the table!!

Leave a Comment
  
Barclay EPL musim 2013/14 setakat ini terus menerus memberi kegembiraan dan kejutan kepada penyokong Liverpool FC.

Apatah lagi buat kali pertama dalam 5 tahun, Liverpool kini berada di persada teratas liga memasuki musim Krismas. Kalau tak silap, 4 juara liga yang terakhir, juga berada di kedudukan teratas pada menjelang musim Krismas. Mungkinkah musim kali ini Liverpool akan meneruskan tradisi (atau kebetulan) ini.

Semestinya semua orang nak Liverpool jadi juara musim ini, bukan?

Apapun, perjalanan liga masih panjang dan berliku, banyak lagi perlawanan perlu dilalui (21 perlawanan lagi secara tepatnya). Kalau nak jadi juara, pemain-pemain perlu konsisten dalam setiap perlawanan dan menang sebahagian besar perlawanan.

Hakikatnya cakap dan merancang memang mudah, tapi realitinya atas padang adalah satu cabaran yang sukar buat Liverpool berdasarkan kekuatan pasukan sekarang. Setakat 17 perlawanan ini, serta diambil kira faktor luaran dan konsistensi pasukan lain, jika ini berterusan, tak mustahil Liverpool boleh jadi JUARA.

Sebagai gambaran terdekat, dua perlawanan berikutnya boleh dijadikan kayu ukur kemampuan Liverpool  meneruskan cabaran untuk berada di tangga teratas liga. Manchester City dan Chelsea adalah lawan Liverpool seterusnya semasa musim Krismas ini, ditambah pula bermain di tempat lawan.

Setakat ini kedua-dua pasukan kini berada di kelompok 4 teratas liga dan mempunyai rekod cemerlang di stadium sendiri. Manchester City (tempat ke-3) paling hebat, menang semua 8 perlawanan di Etihad setakat ini, dengan menjaringkan 35 gol (average 4.3 gol). Chelsea (di tempat ke-4) pula menang 7 dan seri sekali di Stamford Bridge.

Adakah Liverpool akan tersungkur di kedua-dua stadium ini nanti?

Hanya pemain-pemain yang akan member jawapan sebenarnya nanti dengan aksi mereka. Kalau yang turun bermain bermain dengan yakin dan tanpa rasa gentar, pastinya mereka layak dapat keputusan yang baik.

Jika dilihat dalam 4 perlawanan terakhir Liverpool, pemain-pemain kesebelasan utama kini berada dalam tahap keyakinan yang tinggi dan bermain dengan sepenuh hati. Mereka hanya perlu bermain seperti biasa dan paling penting mengikut strategi yang betul. Dua pasukan ini bukan calang-calang pasukan, kesilapan bakal dihukum dengan gol.

Andainya selepas 2 perlawanan ini Liverpool masih berada di tempat pertama liga, ini adalah hadiah hari jadi saya dan tahun baru 2014 yang amat bermakna!! hehehe...

Apapun, sementara Liverpool di kedudukan pertama ini, enjoy and rejoice yourself while it last.

HAPPY HOLIDAY FOLKS. 


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com