Persiapan Menghadapai Bulan Ramadhan @ Puasa

Leave a Comment
  
As-salam,

Apa khabar semua?
Agak lama abang long tak update blog ni, kepala masuk jerebu kot. hehehe...
 
Sekarang ini tengah mood nak pindah tak lama lagi. Sambil tu ada juga mood nak masuk bulan puasa. Ye la, dah tak lama lagi kan, dalam kurang 2 minggu lagi. Rasanya, puasa tahun ini akan jatuh pada 10 Julai nanti.

Jadi macam mana persiapan anda? Adakah anda tak sabar-sabar nak sambut bulan puasa ni macam abang long?

Untuk post kali ini, abang long nak kongsi tips-tips untuk persediaan menghadapi bulan puasa.

Kita adalah digalakkan untuk melakukan persediaan menjelang dua atau sebulan menjelang puasa. Antara sebabnya supaya badan kita tak rasa "terkejut" dengan perubahan drastik bila kita mula berpuasa nanti.

Ini dilakukan oleh nabi junjungan besar kita sendiri. Baginda biasanya buat persediaan sejak bulan Rejab lagi iaitu dengan mula berpuasa penuh sehinggalah ke bulan Ramadhan. 

Bagaimana dengan kita pula? Adakah kita bersiap untuk puasa atau untuk raya?

Apapun, berikut adalah tips-tips persediaan untuk bulan Ramadhan:

- Lakukan "warm-up" berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

- Ulangkaji dan juga tambah ilmu tentang amalan puasa. bagi yang dah lupa niat puasa, baik buka buku balik. Bagi orang-orang dah bersedia, tambah lagi ilmu untuk jadikan puasa tahun ini lebih baik dan mantap.

- Banyakkan bersedekah, memberi sumbangan kepada orang memerlukan. Jika ada kemampuan lebih, buat sponsor jamuan moreh kat surau dan masjid.

-  Lakukan perubahan diri untuk berpuasa seperti latih diri untuk bangun lebih awal.

- Mendekati diri dengan amalan-amalan untuk menambah pahala dalam bulan puasa. Antaranya adalah banyakkan membaca dan mendengar al-quran, berzikir, solat sunat, quamullail, dan lain-lain lagi.

- Luangkan masa dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai desekiling anda untuk berbincang dan berkongi tentang Ramadhan yang bakal tiba, harapan dan persediaan, dan sebagainya.

Semoga dengan sedikit ilmu ini akan menjadikan Ramadhan kita tahun ini lebih HEBAT. INSYA-ALLAH!!



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com