Tips untuk Azam Tahun Baru

Leave a Comment
picture credit to 123newyear.com

3 hari lagi tahun baru 2012 akan tiba, sudah siap ke azam tahun 2012 anda?

Saya pun tengah merangka azam untuk tahun hadapan sekarang ni, sedikit masa lagi saya akan share dengan anda semua dalam blog ini. Azam saya lebih kepada target dan resolusi untuk saya capai untuk tahun 2012 nanti, secara objektifnya untuk cuba membuang segala perangai buruk, mengubah diri kepada yang lebih baik dan memulakan perancangan untuk hidup yang lebih baik dan selesa.

Bagaimana pula dengan anda?
Macam mana nak buat suatu azam yang berkesan untuk diri kita?

Bila tiba tahun baru, selalunya kebanyakan dari kita buat azam baru, tapi biasanya kita lakukan itu semua lebih kepada kebiasaan (ataupun dengan kata lain: adat - sebab bila tiba tahun baru saja ramai orang akan cakap dan tanya pasal azam tahun baru) dan bukan kepada satu perancangan yang sebenar. Dan juga, sesetengah orang juga malas nak fikir lebih mendalam tentang apa yg dia nak capai pada tahun itu, jadi dia membuat azam secara umum saja, tidak ada langkah-langkah teliti untuk mencapainya. Oleh sebab itu, kebarangkalian seseorang itu berjaya mencapai apa yang di-azamkan adalah kecil dan tipis sekali.

Semoga tips-tips di bawah ini berguna untuk anda dalam membuat azam tahun 2012 anda:

Tetapkan prioriti anda: Apa yang paling penting untuk anda? Apa yang hendak anda capai dalam jangka masa terdekat? Apabila kita tetapkan prioriti yang hendak dicapai, ia akan membantu dalam usaha kita menetapkan azam tahun baru yang lebih baik.

Buat azam yang realistik: Biasanya bila ditanya apa yang kita nak capai, kita nak capai yang besar-besar, yang selalunya sukar untuk berjaya. Kita sepatutnya buat azam yang realistik, yang mempunyai kebarangkalian untuk anda berjaya capai adalah tinggi (disertai dengan perancangan yang betul). Contohnya, kita berazam nak beli rumah, jika kemampuan kewangan kecil, jangan berangan nak beli banglo, tapi cuba tumpu pada rumah teres dulu.

Optimistik dengan azam: Dalam mencapai sesuatu azam, kita kena optimis dan positif, abaikan aspek yang negatif. Jika kita nak jadi seorang yang lebih menepati masa, janji dalam diri - "aku akan tiba tepat pada masanya", dari "saya tak akan lambat lagi", ia dengar lebih positif betul tak.

Tetapkan langkah untuk mencapai azam besar: Jika anda ada azam yang besar untuk dicapai, lagi baik kalau anda huraikan langkah-langkah untuk mencapainya. Contohnya, anda ingin mengurangkan berat badan, bagaimana nak mencapainya? Antara yang boleh anda rancang adalah; join gym, berjogging 3 kali seminggu, tukar diet pemakanan , dan sebagainya. Dengan merangka perancangan sebegini, ianya membantu mencapai target besar itu secara keseluruhan.

Cari dan bina perangai (habit) yang baru: Kita tahu sesetengah perangai (yang buruk) tu memang susah nak dibuang. Oleh itu, cara yang terbaik untuk buang perangai itu ialah dengan melibatkan diri dalam satu aktiviti atau kegemaran yang baru. Contohnya, jika anda buat azam nak berhenti merokok, jadi cuba cari aktiviti yang akan boleh buat diri kita relaks dan mengalihkan minda kita dari keinginan untuk rokok.

Mesti diingat !!: Azam yang dibuat itu mestilah suatu penting untuk diri kita, bukan kerana apa yang anda fikir anda patut buat atau sesuatu yang orang lain inginkan untuk diri anda.


P/S: setiap orang boleh berjaya dalam hidup, yang penting kita jujur dan tahu serta minat apa yang kita lakukan.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com