Hari terakhir di JJVC Uptown 2

Leave a Comment

Waktunya dah tiba akhirnya. Bermacam perasaan bercampur baur rasanya hari ini. Terkenang banyak peristiwa pahit manis ketika berada di sini. Tambah lagi hari ini adalah hari terakhir berkerja di pejabat Johnson & Johnson Vision Care (JJVC).

Sejak diterima berkerja di Visualogic Resources Sdn Bhd, inilah tempat pertama saya ditugaskan (posting). Itupun baru 1 bulan kerja dan belum pun habis training, bermula dari bulan Jun tahun 2008. Awalnya tak jangka berapa lama nak posting sini, sebabnya ikut kontrak. Alih-alih dah 5 tahun 11 bulan kerja kat sini.

Banyaklah cerita dan kenangan sepanjang berada di sini. Sebagai kerja seorang IT system support, tugas saya kebanyakannya kena melayan aduan dan masalah pelanggan tentang application. Bermacam-macam orang dah jumpa, mostly orang dari luar negara. Kerenah pun banyak, ada yang sporting dan senang nak urus, ada juga yang cerewet. Tapi itulah asam garam kerja ini.

Disinilah saya berjumpa ramai orang dan belajar dari banyak pengalaman kerja. Rakan-rakan sama posting pun ramai yang datang dan pergi. Rasanya saya adalah batch pertama yang awal ditugaskan yang masih kekal. Bukan nak tunjuk hebat ke apa, tapi memang saya dapat bertahan sampai hari ini. Alhamdulillah.

Selepas ini saya akan balik ke pejabat HQ, dah tunggu posting baru. Dari situ bermula kembali cabaran baru untuk saya. Semoga ianya akan lebih baik dan memberi saya banyak pengalaman baru yang berguna.

Selamat tinggal JJVC, kenangan di sini tak akan dilupakan.

Ruang masuk depan
Pantry tempat makan
Ruang kerja bahagian IT
Meja kerja aku
Selfie hari terakhir. thanks JJVC!!


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com