Liverpool Juara Carling Cup 2012!!

Leave a Comment
 

Akhirnya pasukan Liverpool berjaya menamatkan kemarau kemenangan dengan menjuarai Piala Carling atau Piala Liga Inggeris malam tadi. Kali terakhir Liverpool menang sesuatu pertandingan adalah pada 6 tahun yang lepas, sebagai juara Piala FA dengan menumpaskan Manchester United.

Tapi kemenangan kali ini bukan senang dicapai, Liverpool terpaksa berkerja keras dan pemenang hanya dapat ditentukan selepas sepakan penalti. Tahniah kepada Liverpool kerana kemenangan ini, tapi pujian juga harus diberikan kepada pasukan Cardiff City, mereka memberi tentangan dan saingan sehingga ke saat-saat akhir perlawanan.

Final tahun ini mempunyai satu perasaan yang berbelah bagi dan istimewa pada diri aku, dan mungkin juga pada peminat-peminat di Malaysia ini. Sebabnya, sebahagian dari diri pastinya nak Liverpool menang, tapi kalau Cardiff City menang pun tak kisah juga, sebab pasukan ini ada kena mengena dengan orang Malaysia. Paling ‘best’ dan bangga tengok di baju pemain Cardiff City ini, ada letak nama negara “MALAYSIA” kat bahagian tengah jersi yang biasanya diletak logo penaja. Bayangkan satu dunia yang tengok perlawanan malam tadi dapat lihat nama negara, sekaligus jadi promosi yang bermakna kepada negara kita ini.

Apapun, perlawanan antara dua pasukan ini amat mendebarkan, Liverpool tidak berada di tahap yang terbaik dari segi mencipta gerakan terbaik untuk mencipta peluang gol. Lawan pula dengan pemain Cardiff City yang bermain bermati-matian dengan penuh semangat. Gol pertama Cardiff City memberi harapan pada pasukan underdog ini untuk mencipta kejutan besar, tapi Liverpool berjaya menyamakan kedudukan.

Pada masa tambahan, Liverpool lebih menguasai perlawanan, sepertimana dalam masa 90 minit awal, dan mendapat gol yang seakan-akan gol penentu juara. Cardiff City tak luntur semangat dan terus menyerang, akhirnya berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti. Kita boleh lihat pemain nampak nervous semasa mengambil sepakan penalti, ditambah dengan keletihan fizikal dan mental. Takdir tuhan telah meletakkan pasukan Liverpool untuk menjulang piala itu untuk tahun ini.

Harapan selepas ini, adalah nak lihat Liverpool sekali lagi bertandang ke Stadium Wembley bulan May nanti, untuk Final FA Cup pula. This is my double cups dream – rasanya penyokong Liverpool lain pun mimpikan macam aku ini.


   
   
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com