World Cup 2014: Juara Bertahan Tersingkir

Leave a Comment
  
kredit pic: www.capolista.info

Sudah 7 hari berlalu dan 20 daripada 64 perlawanan berlangsung. Kita dah pun disajikan dengan beberapa keputusan mengejutkan, terutama sekali dari juara bertahan edisi 2010: Sepanyol.

Tak cukup dengan kekalahan memalukan 1-5 kepada Belanda pada perlawanan pertama, Sepanyol mengesahkan diri sebagai juara bertahan pertama tersingkir selepas hanya 2 perlawanan kumpulan selepas tewas 0-2 kepada Chile. Ini adalah sejarah dalam Piala Dunia.

Tahun ini kita bakal ada juara dunia baru. Itu sudah pasti.

Dalam post sebelum ini, saya memilih Brazil untuk JUARA dan saya masih lagi memilih Brazil, walaupun persembahan mereka biasa-biasa saja. Menang perlawanan dengan Croatia dan kemudian seri dengan Mexico, menunjukkan mereka perlu lebih dari pemain utama mereka; Neymar. Selain Neymar, kelebihan besar mereka adalah bermain di tempat sendiri dan di hadapan penyokong sendiri. Adalah penting Brazil tidak hilang sokongan dari penyokong sendiri akibat persembahan yang kurang mantap.

Siapa lagi yang setakat ini menyerlah dan ada harapan untuk juara?

Jika mengikut keputusan semasa, Jerman dan Belanda adalah yang paling menyerlah dalam perlawanan awal. Jerman dengan mudah menewaskan Portugal dan Belanda juga menang mudah dengan Sepanyol, tapi sedikit berhempas-pulas menewaskan Australia. Dari aksi awal, peluang kedua-dua pasukan nampak cerah.

Selain itu, Perancis, Argentina dan Itali; saya anggap 'darkhorse' setakat aksi awal ini. Ketiga-tiga pasukan bermain dengan taktik yang efektif untuk menang perlawanan pertama. Faktor tidak diletakkan pasukan pilihan utama untuk juara,jadi tekanan sedikit kurang untuk pemain mereka.

Bagi saya, yang penting adalah pasukan yang nak jadi juara perlu dapat form tepat pada masanya. Ada pasukan yang 'lambat panas', tapi bila masuk quater final, mereka dah serasi dan dapat sesuaikan diri dan rentak permainan. Tak guna jika bermain baik dalam peringkat kumpulan tapi hilang steam bila masuk peringkat kalah mati.

Saya jangkakan salah satu pasukan ke Final adalah pasukan yang jenis ini. Lawan pasukan ini adalah pasukan yang paling konsisten dalam pertandingan. Kalau ini berlaku, ada harapan perlawanan akhir akan jadi satu perlawanan yang menarik.

Harap-harap macam tu lah. Stay tune to watch next game!!!

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com