Aduhh, sakitnya telinga aku

Leave a Comment
  
As-salam, Agak lama tak update blog, hari ini abang long nak kongsi sedikit cerita..

Sakit telinga

Dah masuk 4 hari telinga kanan abang long tak berapa dengar sebab lubangnya macam di-block oleh sesuatu. Semalam sampai hampir tak boleh dengar langsung. 

Sebab dah risau dan suspect telinga ada infection, terpaksalah ambil cuti kelmarin dan pergi klinik untuk periksa. Hasilnya, memang keadaannya dah teruk, kerana ada bengkak kemungkinan sebab jangkitan. 

Dulu abang long ada share pasal penyakit jangkitan mata, kali ini kena pula jangkitan di telinga. Meh sama-sama kita tambah ilmu tentang penyakit jangkitan telinga dari link yang abang ada cari.

WebMD: http://www.webmd.com/cold-and-flu/ear-infection/default.htm
Better Health Channel: http://www.webmd.com/cold-and-flu/ear-infection/default.htm
Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=uFwz1aCUozE


16 Ramadhan

Hari masuk hari ke-16 kita berpuasa. Semoga setakat 15 hari ini kita semua mendapat sebanyak mungkin kebaikan yang kita usahakan.

Bagi Abang Long pula, separuh memasuki bulan penuh rahmat dan penuh dengan offer pahala ini, masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi amalan dan penghayatan. Kena ambil sebanyak mungkin pahala ini. In Sha ALLAH!!

Lagu raya pun dah mula dimainkan kat corong-corong radio. Tambahlah lagi tarikan untuk umat Islam bersiap untuk meraikan Aidilfitri. Walhal ada 2 minggu lagi puasa.

Apapun, ambil yang positif dan elakkan dari yang negatif ya. Ingat lagu raya sekadar hiburan saja.


Ops mencari kawan masa belajar

Memang nostalgia dan tak boleh elak dari terkenang kembali kenangan silam zaman masa belajar bila tengok tengok gambar lama. Tengok muka sendiri pun "nerd" aja, nak tergelak pun ada.

Lantas terlintas dalam kepala nak cari semula kawan-kawan lama masa sekolah (SPM terutamanya), Pra-U, UKM, dan juga JMTi. Jadi tempat yang abang fikir sesuai nak cari diorang ini adalah dalam Facebook. Sure ramai yang ada akaun FB punya.

Kalau dapat jumpa best juga kalau buat re-union, boleh juga tahu khabar berita, cerita-cerita, dan tengok rupa diorang sekarang ini (menarik kan.. hahaha..).


Bola: Liverpool dan Luis Suarez

Sedikit berita pasal bola, tak boleh lari punya. hehehe..

Liverpool menang dua lagi perlawanan persahabatan awal musim baru-baru ini. Dua-duanya menang dengan jaringan 2-0, menewaskan pasukan pilihan Indonesia dan pasukan kelab Melbourne Victory. Pasni, Liverpool akan jumpa pasukan pilihan Thailand pula.

Antara yang menarik perhatian ramai dalam perlawanan persahabatan ini adalah kemunculan kembali Luis Suarez dengan muka "tunjuk perasaannya" ke latihan awal musim ini. Memang dia dah tekad sangat-sangat nak keluar dari pasukan Liverpool ini. Bagi abang long: Biarkanlah si Luncai dengan labu-labunya.


Bola: Malaysia dan Ranking

Prsiden FAM telak letak target untuk capai 100 pasukan terbaik dunia untuk pasukan Malaysia. Tinggi betul anagan-angan tu, tak salah tapi banyak usaha perlu dilakukan.

Potensi memang ada, pemain pun banyak yang berbakat. Yang perlu adalah menbentuk sekumpulan pemian (100-150 pemain) yang berprestasi tinggi dan ada kualiti lebih baik dari yang ada sekarang. Kumpulan inilah yang akan Malaysia gunakan untuk mewakili negara.

Pada abang long, pemain Malaysia perlu betul-betul fokus dan professional dalam usaha mereka nak jadi pemain yang terbaik. Jaga pemakanan, fitness, dan berlatih dengan konsisten perlu ada. Cuba ambil contoh dedikasi pemain terbaik dunia sekarang ni - Cristiano Ronaldo. Mana ada dia berehat sekejap pun, maintain saja prestasi sepanjang masa.

Harapan abang long memang tinggi untuk pasukan Harimau Malaya ini.


Liverpool FC update - July 15 2013

Leave a Comment

  
Haha.. Lama juga tak update tentang pasukan Liverpool ni.

Buat yang belum tahu, abang long adalah penyokong tegar dan setia pasukan Liverpool. Jatuh ke, naik ke, saya akan terus menyokong pasukan ini.

Anyway, tak lama lagi musim baru 2013/2014 akan bermula. Abang long memang tak sabar-sabar lagi nak tunggu hari perlawanan pertama. Sebabnya, abang long dapat rasakan musim ini Liverpool akan memberi tandingan yang lebih baik cari beberapa tahun kebelakangan ini dan jadi 4 pasukan terbaik liga.

OK, sila set-kan 17 Ogos 2013 sebagai tarikh penting anda: perlawanan pertama Liga Perdana English (BPL). Pasukan Stoke FC, kendalian Mark Hughes, adalah lawan sulung Liverpool. 

Berikut ringkasan update terkini pasukan LIVERPOOL FC setakat hari ini:

Pemain Baru 

Hingga sekarang, Liverpool telah membeli 4 pemain baru untuk musim baru ini. Mereka adalah: Kolo Toure (percuma), Iago Aspas (7.7 juta pound), Luis Alberto (8 juta pound) dan Simon Mignolet (9 juga pound).

kredit pic: http:thisisanfield.com

Pemain Dijual

Andy Carroll telah dijual kepada pasukan West Ham dengan harga 15 juta pound. Rugi banyak jugalah sebab Carroll dibeli 2 tahun lepas dengan harga 35 juta pound.


Perlawanan Persahabatan

Pada Sabtu lepas (13 Julai), Liverpool telah menewaskan pasukan Preston North End FC di Deepdale dengan kemenangan 4-0. Ini adalah perlawanan pertama dalam siri perlawanan persahabatan yang akan dilalui oleh pasukan.

Perlawanan itu juga sempena trophy Shankly Shield (bagi mengenang bekas pengurus Bill Shankly), telah menyaksikan Phillipe Coutinho, Jordon Ibe, Raheem Sterling dan Iago Aspas menjaringkan gol-gol pasukan.

Seterusnya, Liverpool akan berangkat ke Indonesia untuk memulakan siri perlawanan jelajah Asia. Liverpool akan menentang pasukan Pilihan Indonesia (20 Julai), Pilihan Thailand (24 Julai) dan Melbourne (28 Julai).



Selamat menyambut Ramadhan 1434H

Leave a Comment
  
Abang Long nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada semua pembaca dan pengunjung lama blog abang long ini.



Semoga amal ibadat anda semua diterima dan diberi ganjaran yang besar oleh ALLAH SWT.



AMINN… 




  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com