BPL GW28 Fantasy Football Tips Dan Preview

19 comments

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15. 

Salam sejahtera dan apa khabar!!

Terlebih dahulu, tahniah kepada pasukan Chelsea dengan kemenangan dalam Final Piala Capital menewaskan Tottenham dengan jaringan 2-0. Selepas keputusan dalam GW27 yang menyaksikan Manchester City kalah, kini mereka jadi favourite untuk julang liga BPL.

Dengan jarak 5 mata dan satu perlawanan dalam tangan untuk baki 11 perlawanan lagi, tambah pula prestasi Manchester City yang naik turun kurang konsisten, Chelsea perlu paling kurang menang 7-8 perlawanan untuk julang piala liga.

Minggu ini lawan Chelsea adalah West Ham yang kini tanpa menang dalam 4 perlawanan terakhir. Chelsea mungkin melakukan rotation untuk perlawanan ini, namun begitu saya rasa mudah untuk mereka kutip 3 mata lagi minggu ini.

Pasukan paling on-form ketika ini, Liverpool, akan melawan pasukan ketiga terbawah liga. Nampak mudah dan macam boleh menang mudah, tapi kalau pemain Liverpool tak fokus dan main tak seperti lawan Man City, kejutan boleh berlaku.


Untuk tumpuan mata liga fantasi, saya jangka kita boleh tumpu kepada perlawanan QPR-Arsenal. Mungkin Arsenal boleh menang besar jika kena strateginya. Kita juga boleh tumpu kepada perlawanan untuk pasukan Tottenham yang melawan Swansea. Saya jangka Harry Kane akan sambung kembali tambah kutipan golnya.

Ok, berikut adalah senarai perlawanan untuk GW28:
[termasuk kedudukan terkini, rekod perlawanan semasa dan waktu perlawanan]

Selasa (3 Mac)
[15] Hull City (6-8-13) vs [16] Sunderland (4-13-10) 3.45am
[6] Southampton (14-4-9) vs [12] Crystal palace (7-9-11) 3.45am
[19] Aston Villa (5-7-15) vs [13] West Brom (7-9-11) 3.45am

 Rabu (4 Mac)
[2] Manchester City (16-7-4) vs [20] Leicester City (4-6-16) 3.45am
[10] Stoke City (11-6-10) vs [14] Everton (6-10-11) 3.45am
[9] West Ham (10-9-8) vs [1] Chelsea (18-6-2) 3.45am
[7] Tottenham (13-5-8) vs [8] Swansea City (11-7-9) 3.45am
[11] Newcastle (9-8-10) vs [4] Manchester United (14-8-5) 3.45am
[17] QPR (6-4-16) vs [3] Arsenal (15-6-6) 3.45am
[5] Liverpool (14-6-7) vs [18] Burnley (4-10-13) 4.00am


TIPS untuk GW28:

Pemain On-Form ketika ini: 
Wayne Rooney, Man Utd (2 gol dalam perlawanan terakhir, mungkinkah berterusan)
Sergio Aguero, Man City (3 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
Mesut Ozil, Arsenal (2 gol dan 4 assist dalam 5 perlawanan terakhir) 
Edin Dzeko, Man City (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Olivier Giroud, Arsenal (4 gol dan 2 assist dalam 6 perlawanan terakhir) 
Phillipe Coutinho, Liverpool (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)
Saido Berahino, West Brom (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir) 
Raheem Sterling, Liverpool (1 gol dan 2 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 
Harry Kane, Man City (7 gol dan dalam 9 perlawanan terakhir) 
Papis Cisse, Nescastle (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir) 
Ben Foster, West Brom (3 cleansheet dalam 3 perlawanan terakhir)

Awas, Untuk Perhatian!!

Angel di Maria, Man Utd (semakin buruk prestasi pemain ini, gol terakhir dalam liga adalah pada Oct 5. Di GW27, dia ditukarkan pada masa rehat separuh masa pertama)

Graziano Pelle, Southampton (terus kemarau gol dalam 9 perlawanan terakhir)

Gylfi Sigurdsson, Swansea (seorang lagi pemain yang tiba-tiba hilang form dalam tahun 2015 ini. Dilaporkan cedera untuk GW27)


Pasukan pilihan untuk GW28 (untuk pemain EPL sahaja): Formasi 1-3-4-3

Penjaga Gol: Steve Mignolet (Ben Foster)
Pertahanan: Branislav Ivanovic, Martin Skrtel, Pablo Zabaleta (Danny Rose)
Midfield: David Silva, Phillipe Coutinho, Mezut Ozil, Harry Kane (Jason Puncheon)
Penyerang: Wayne Rooney, Sergio Aguero, Diego Costa (Dame N'Doye)
Kapten disyorkan: David Silva, Sergio Aguero, Diego Costa, Harry Kane, Mesut Ozil, Wayne Rooney.

GOOD LUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!!

**Sila share pandangan dan pendapat anda jika ada di ruangan komen. 

P/S: Bonus transfer code untuk GW28 adalah 6MARCELO9 dan euro code adalah 3LAPORTE00.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com