Abang Long, Bola dan Piala Dunia

Leave a Comment

kredit pic: babaklix.com

Saya memang minat tengok orang main bola, tak boleh dinafikan lagi. Biasanya bila kita cakap kita minat bola, nanti akan ada cakap: “tengok aje ke, main takda pun”. Ayat biasa orang yang berapa nak minat tentang bola ataupun kecewa tak boleh nak tengok rancangan kegemaran dia masa ada live game kat TV.

Jawapan saya bagi senang saja: itulah minat saya dan tak semestinya kena buat apa yang kita minat. Contoh lain cuba fikir sendiri, masing-masing ada minat yang tersendiri, yang minat tengok cerita bersiri, takkan kena berlakon juga kan. Yang penting, minat kita itu tak ada menyalahi undang-undang dan “free” dari dosa.

Berkenaan Piala Dunia tahun ini, bagi yang belum tahu, acara ini hanya ada sekali setiap 4 tahun. Jadi mula dari sekitar bulan pertengahan bulan Jun sampailah lebih kurang 35 hari berikutnya, inilah berita utama di muka belakang setiap surat khabar.  Dalam 7 hari lagi, akan ada sindrom “demam” bola, yang pastinya saya akan terjangkit dan isteri saya pula kena tempiasnya (hehehe..).

Semenjak berminat dengan bola ini (dah lebih 20 tahun juga rasanya), memang ada impian untuk pergi tengok live di stadium. Nak rasa macam mana dapat berhimpun dengan jutaan peminat lain yang datang dari serata dunia menyokong pasukan masing-masing. Yang bezanya, saya di sana hanya sokong negara “angkat” dan bukan negara sendiri.

Alangkah best-nya kalau negara sendiri dapat masuk Piala Dunia, kan.

Apa yang menariknya Piala Dunia ni pada peminat yang negaranya tak bertanding? Lain sangatkah dari pertandingan yang lain?

Pastilah lain dari yang lain, kerana yang bertanding adalah pasukan negara, jadi kita akan dapat lihat semangat patriotik pada setiap pemain. Kalau pertandingan kelab, pemain bersaing sebab duit dan glamour, serta karier. Walaupun memang ada ganjaran kewangan dari negara sendiri, itu adalah perkara kedua. Pemain pastinya akan bermain dengan sepenuh hati, kalah menang cerita lain.

Di Blog Abang Long, akan ada lebih banyak post berkenaan Piala Dunia ini (In Sha Allah) sampailah habis pertandingan nanti. Blog ini akan jadi niche bola dalam masa sebulan dua ini. Niatnya memang ada nak buat niche bola ini sebagai niche utama, cuma takut tak ramai pembacanya pula. Kita tengoklah macam mana nanti.

Sebagai prediction, saya jangkakan JUARA tahun ini akan jatuh di tangan tuah rumah, BRAZIL.

Anda pula, pasukan apa yang anda jangka juara??

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com