Jom Ikuti Seminar Percuma Dr Azizan - "Berani Berniaga 2013"

1 comment

As-salam,

Seronok betul akhirnya pendaftaran Abang Long ke Seminar Berani Berniaga 2013 di Menara PGRM pada 23 March nanti dah disahkan, dapatlah belajar ilmu yang berguna dari pakar marketing terkenal, Dr Azizan Othman. Yang paling penting: seminar ini PERCUMA, bukan untuk 2-3 jam tapi untuk 1 hari pula tu!!!


Abang Long dapat berita tentang seminar ini pun agak lewat, takut tempat dah penuh untuk seminar 23 March tu. Nasib baik dalam masa kurang 12 jam, pihak penganjur dah confirm pendaftaran dah berjaya. Seminar di Menara PGRM ini adalah yang pertama dalam siri seminar, selain itu seminar akan dianjurkan di 8 tempat lain sehingga 7 April nanti. Apapun, seminar yang 23 March inilah yang paling sesuai dan dekat dengan Abang Long.


Insya-allah, adik Abang Long dan isterinya akan join seminar ini nanti. Sayang sekali isteri Abang Long tak dapat pergi sekali, sebab dah tengah sarat mengandung dan kesihatan pun tak mengizinkan.

Di sini juga Abang Long nak menyeru anda semua kalau ada kelapangan dan minat, jomlah sertai seminar anjuran Richworks International Sdn. Bhd. ini. Terutama sekali yang ada bisnes sendiri sekarang ini tapi masih kurang maju atau berkembang.

Dalam seminar ini nanti, banyak ilmu akan diberikan dan kita akan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah berjaya dalam perniagaan. Antara ilmu yang boleh kita belajar melalui seminar ini adalah:

  • Bagaimana Untuk Meningkatkan Jualan & Pendapatan Anda Lebih 400%?
  • Bagaimana Untuk Menarik "Ramai Gila" Pelanggan Mencari Anda Untuk Mendapatkan Produk Atau Perkhidmatan Anda?
  • Apa Yang Anda Perlukan Untuk Membina Perniagaan Yang Berjaya?
  • Strategi-strategi Pemasaran atau Pengiklanan Yang Tidak Pernah Gagal (Melainkan Anda Yang Tidak Buat).
  • Adakah Anda Ada Ilmu & Sistem Yang Berjaya Yang Diperlukan Untuk Membina Perniagaan Yang Berjaya?
  • Teknik P.O.W.E.R yang diasaskan oleh Dr Azizan Osman yang telah membuatkan usahawan menjadi lebih kaya dan berjaya!

Kalau tak ada bisnes pun lagi pun tak apa, boleh join juga (macam Abang Long ni..). Mana tahu selepas ini, ada peluang nak buka bisnes sendiri, dah ada ilmu untuk diguna. Betul tak?

OK-lah, kita jumpa nanti di Menara PGRM!!! 

SELAMAT BELAJAR DAN MENIMBA ILMU!!!!!




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com