Movie - Coming Soon: The Avengers

Leave a Comment
  
As-salam,

Sebagai seorang peminat wayang (atau orang kata kaki wayang), kali ini saya nak war-warkan cerita wayang yang akan ditayangkan kat panggung wayang di seluruh Malaysia dalam masa terdekat ini. Tambah lagi "summer season" dah nak mula dalam hujung bulan ini, yang biasanya dikhaskan untuk filem-filem besar Hollywood (blockbuster movie).

credit utk pic - Marvel
Sebagai pembuka filem-filem musim panas Hollywood, filem pertama yang akan ditayangkan adalah "The Avengers", bermula 27 April ini (hari Jumaat). Kalau nak tengok show leat malam (midnite), cubalah tengok-tengok jadual hari Khamis. Seperti kebanyakan filem Hollywood sekarang ini, filem The Avengers juga mempunyai versi 3D untuk sesiapa yang suka menonton filem versi 3D.

Promo dan cerita untuk filem ini sebenarnya telah bermula sejak filem "Iroman" keluar suatu ketika dulu. Pihak penerbit filem dan juga syarikat komik Marvel telah merancang mengeluarkan filem ini, yang akan menggabungkan banyak superhero terkenal berganding bahu menentang musuh yang cuba menawan bumi. Tetapi sebelum nak keluar filem ini, mereka kenalah keluar filem superhero ini tersendiri terlebih dahulu. Jadi dalam masa beberapa tahun ini, filem-filem seperti "Thor", "Hulk", "Captain America", selain 2 filem "Ironman", dah pun ditayangkan kepada penonton, sekaligus sebagai 'build-up' untuk filem ini. Kalau anda perasan (dan rajin tunggu lama sikit selepas credit untuk filem-filrm ini abis), ada spoiler trailer untuk filem The Avengers ini,

Secara ringkas, The Avengers mengisahkan satu pertubuhan rahsia yang berperanan menjaga bumi dari ancaman musuh - S.H.I.E.L.D. yang diketuai oleh Nick Fury, yang telah merekrut beberapa superhero-superhero terkenal (Ironman, the Hulk, Thor, captain America, Blackwidow, the Sharpshooter) untuk menentang musuh licik Loki dan konco-konconya dari mengambil alih bumi. Mudah saja konsep ceritanya, tapi apa yang menarik perhatian ramai nanti adalah apakah plot cerita dan kesan khas yang akan disajikan oleh pengarah filem ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, anda boleh lawat beberapa laman web kat bawah ini:

Marvel - site khas untuk filem ini dari penerbit komik asal, macam-macam ada.
Wikipedia - boleh tahu lebih lanjut tentang filem ini.
MTV UK - awas, ada spoiler kat sini.
Youtube - tengok trailer filem ini.



P/S: untuk pengetahuan, kat UK, filem ni terpaksa ditukar nama kepada "The Avengers Assemble" untuk membezakannya dari satu filem lama UK yang mempunyai sama nama.

FA CUP Final: Liverpool bertemu Chelsea

Leave a Comment
 


Sudah pasti kini, final Piala FA Inggeris tahun 2011/2012 akan menemukan pasukan Liverpool dan Chelsea. Pertemuan antara dua pasukan gergasi England ini pasti akan menarik perhatian ramai dan sekaligus menepati prestij perlawanan akhir tahun ini.

Tahniah kepada pasukan Liverpool yang layak ke perlawanan akhir dengan mengalahkan pasukan musuh setemmpat Everton dengan jaringan 2-1 (seperti yang diduga oleh saya dalam preview). Manakala Chelsea pula menewaskan pasukan Tothenham dengan jaringan besar 5-1 (dibantu oleh gol hantu). 

Dalam perlawanan separuh akhir hari Sabtu itu, Liverpool tak menunjukkan persembahan yang menyakinkan pada separuh masa pertama, dan ketinggalan dengan jaringan Nikica Jelavic pada minit ke 24. Gol yang dijaringkan hasil kesilapan pertahanan Liverpool yang pada mulanya teragak-agak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Namun Everton melakukan kesilapan tersendiri, apabila pemain pertahanannya, Sylvian Distin melakukan hantaran belakang yang pendek dan sekaligus disambar oleh Luis Suarez untuk menjaringkan gol penyamaan. dari gol itu Liverpool mendapat rentak dan berjaya menjaringkan gol kemenangan hasil tandukan Andy Carroll 4 minit sebelum tamat perlawanan.

Pastinya cabaran lebih besar menanti Liverpool untuk melengkapkan "cup double" tahun ini. Chelsea pastinya memberikan tentangan yang lebih sengit berbanding Everton di perlawanan akhir nanti.
Apapun, Liverpool beraksi di luar jangkaan pada pertandingan kalah mati tahun ini, harapan masih ada dan dari segi kemampuan memang Liverpool mampu meraih piala ini dengan usaha sendiri dan bukan nasib.

Preview FA Cup Semi Final : Liverpool vs Everton

Leave a Comment
  
Hari ini akan berlangsung separuh akhir pertama Piala FA Inggeris antara Liverpool dan Everton (jam 7.25 malam waktu Malaysia). Perlawanan ini dijangka akan menarik kerana kedua pasukan ini adalah musuh tradisi setempat, apatah lagi setiap pertemuan kedua pasukan ini dipanggil “Merseyside derby” kerana kedua pasukan ini berasal dari bandar yang sama – Liverpool.

Kalau nak dilihat dari prestasi semasa, Everton nampak jauh lebih baik dari Liverpool. Everton telah menang dalam 5 perlawanan terakhir liga mereka, manakala Liverpool hanya menang 2 kali dari 9 perlawanan liga terakhir mereka. Everton juga telah berjaya memintas Liverpool dalam kedudukan liga dalam 2 perlawanan terakhir, kini mendahului 1 mata di hadapan dengan menduduki tempat ke-7.

Sudah tentu tekanan yang lebih besar pasti dilihat lebih kepada pasukan Liverpool, dengan pemain diharap dapat memperbaiki persembahan hambar dan tidak konsisten mereka sejak akhir-akhir ini. Tapi oleh sebab keputusan dalam pertandingan kalah mati ini sukar untuk diduga, pemerhati lebih menjangkakan Liverpool akan berjaya layak ke perlawanan akhir untuk kali kedua musim ini.

Saya juga mengharapkan Liverpool dapat member persembahan bersungguh-sungguh dalam perlawanan separuh akhir ini, untuk peminat mereka seluruh dunia. Ini juga untuk membuktikan kemenangan League Cup bulan Mac lalu tidak sekadar nasib sahaja. Dan sudah pasti Piala FA ini adalah lebih besar berbanding dengan Piala Liga yang dimenangi sebelum ini.

Liverpool akan kehilangan 2 penjaga gol utama mereka dalam perlawanan ini, jadi Brad Jones akan diturunkan. Selain kecederaan kepada Lucas dan Charlie Adam, Martin Kelly mungkin masih belum pulih sepenuhnya. Gerrand, Suarez dan beberapa pemain lain yang direhatkan dalam perlawanan dengan Blackburn, dijangka akan diturunkan semula.

Barisan Kemungkinan LIVERPOOL FC : Jones, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Spearing, Gerrard, Henderson, Downing, Kuyt, Suarez. Sub: Gulacsi, Coates, Shelvey, Maxi, Aurelio, Carragher, Carroll.

My Prediction: Liverpool 2 Everton 1
  
Untuk ESPN preview boleh klik di sini.
  

Bekerja dan buat bisnes sendiri – mampukah?

Leave a Comment

  

Ini persoalan yang menarik untuk kita tanya pada semua orang yang berkerja.

Ramai yang nak buat bisnes sendiri walaupun pada masa yang sama berkerja makan gaji dengan orang lain. Alasannya berbagai bagi setiap orang, tapi yang paling utama sekali ialah nak menambah pendapatan. Antara alasan lain:

“lambat la nak naik gaji atau pangkat”
“dah lama saya makan gaji, sekarang saya nak buka bisnes sendiri pula”
“bosan dengan kerja setiap hari, buat benda sama saja ulang-ulang”
“duit moda dah ada, cukup rasanya nak bisnes”
“saya nampak ada peluang baik buat bisnes ni”

Tapi sebelum nak mulakan bisnes sendiri, adakah anda tanya pada diri anda soalan ini pula:

Bolehkah kita mengagihkan masa dan usaha dalam menguruskan kedua-duanya?
Adakah mengusahakan bisnes sendiri ini dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?
Adakah tuan puan sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi dunia kerja sendiri?
Sudah cukupkah ilmu dan pengetahuan asas dalam perniagaan ini?

Tidak ada halangan untuk kita buat bisnes sendiri, janji anda tidak mengabaikan tugasan asal di tempat kerja. Jangan biarkan prestasi kerja anda terganggu and merosot pula. Lagi baik kita buat kajian dan tambah pengetahuan dulu sebelum mengambil tindakan pertama memulakan bisnes. Lepas itu, bila dah mula langkah berbisnes sendiri ini, tabahkan hati dan jangan cepat mengalah. Biasalah dalam berniaga sendiri ini ada banyak naik turunnya.

Bagi yang nak mencari sumber dan idea dalam memulakan bisnes sendiri ini, bolehlah cari buku-buku kat kedai buku ataupun online, macam kat kedai buku online PTS ini.

SELAMAT BERJAYA.
  

Teringin nak jadi terkenal

Leave a Comment
April datang lagi, masuk bulan ke-4 dah dalam tahun 2012, rasanya macam kejap saja masa berlalu. Datuk Seri Najib pun dah genap 3 tahun jadi Perdana Menteri Malaysia, saya pula hampir genap 4 tahun kerja kat tempat kerja sekarang ini. Pejam celik sudah lama saya duduk kat tempat yang sama, petak yang sama, kerusi yang sama, di pejabat Johnson & Johnson Vision Care ini.

Terkadang terfikir macam mana nak majukan lagi hidup yang serba biasa ini. Teringin nak jadi terkenal macam PM tu, orang tengok muka saja dah kenal dan berebut nak salam dengan kita (hahaha…). Tapi ini cuma angan-angan besar saya, tidaklah sampai terbawa-bawa dan termimpi-mimpi dalam tidur, cuma kadang-kala terbayang apa akan terjadi kalau aku ini “feymes”.

Bukan mudah nak jadi terkenal ini, kita kena jadi seorang yang istimewa dan unik dari orang lain. Kadang-kadang untuk jadi terkenal kita kena mencapai kejayaan yang orang lain hanya boleh mimpi dan ingin tiru. Untuk saya, saya mendapat inspirasi dan ingin berjaya dalam dunia blogging ini, dan juga dalam dunia media sosial yang lain juga.

Inilah tranformasi diri yang ingin saya nak capai. PM Najib pun dah berjaya membuat perubahan dalam beberapa aspek dalam pelan transformasi negara yang dirancangnya 3 tahun lalu. Saya pula hanya perlu kerja keras sikit dan fokus untuk capai apa yang dalam hajatkan dalam dunia ber-blogging ini. Sekaligus membantu untuk memajukan diri dan kehidupan keluarga saya menjadi lebih baik. INSYAALLAH.




P/S: perlu usaha lebih keras untuk memajukan diri…. chaiyok…..
  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com