Liga Fantasi: Uji Pengetahuan anda dalam bolasepak

2 comments

As-salam & salam sejahtera,

Ini lagi satu post tentang bola, tapi lain sikit. Sebabnya, kali ini saya nak ajak anda (kalau fikir anda pakar dan banyak pengetahuan dalam bolasepak) untuk join liga fantasy. Taklah hanya tengok aje bola kat TV, kan.

Untuk musim 2014/2015 ini, ada 2 liga fantasi tempatan yang boleh kita sertai. Keduanya dianjurkan oleh pihak Astro dan yang penting, ada hadiah yang ditawarkan. Ha, sambil join "for fun", boleh juga dapat hadiah (wang tunai lagi tu) kalau berjaya. 

Jangan risau, pendaftarannya adalah mudah dan tak ada apa-apa bayaran (free!!).

Berikut review saya tentang 2 liga fantasi ini.

AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15

Barclay Premier League (BPL - Liga Inggeris) mungkin yang paling menarik dan saya jangka bakal disertai oleh ramai peminat EPL nanti. Setakat post ini ditulis, dah seramai 4,400 pasukan dah didaftar. Saya ramal akan ada hampir 10,000 pasukan akan wujud sebelum big kick-off sabtu ini.

Dari design game, konsepnya sama dengan liga fantasi yang dianjurkan tahun/musim lepas (mungkin dari syarikat sama). Dulunya dianjurkan oleh Star Online, tapi kali ini Astro pula ambil alih. Ada banyak upgrade sebenarnya untuk musim baru ini, dan ini menambah daya tarikan dan cabaran pesertanya.

Berikut adalah konsep permainan dan feature baru yang ditambah untuk musim 2014/15:
  • Pilih 11 orang pemain utama bedasarkan formasi pilihan, dan 4 pemain simpanan (Baru!!)
  • Pilih seorang Pengurus untuk pasukan anda (Baru!!) yang akan juga skor mata.
  • Pilih satu stadium pilihan anda (Baru!!). Stadium ini akan menjana pendapatan untuk anda berdasarkan jumlah kehadiran sebenar penonton di perlawanan sebenar. Boleh upgrade lagi stadium untuk tambah pendapatan!
  • Semua pemilihan ini (pemain, pengurus & stadium) perlu dibuat dalam bajet $165 juta (Baru!)
  • sistem transfer baru, setiap minggu akan dapat 2 kredit transfer.
  • Pemain dan pengurus akan dapat point berdasarkan prestasi semasa dalam perlawanan setiap minggu.
Mudah dan simple saja kan?

Tapi yang mencabarnya, jika anda tetapkan azam nak letak pasukan anda di carta 20 terbaik, adalah untuk memilih pemain yang mendapat point tertinggi setiap minggu. Jadi kita perlu alert jika pemain itu tak dipilih, sama ada sebab form atau kecederaan, dan perlu tukar (transfer) pemain dengan yang baru.
Pendek kata, joint the game then baru anda tahu apa yang perlu untuk berada antara pasukan terbaik.

Untuk lihat game rules dan lain-lainnya, boleh klik di link ini.

Tak lupa, hadiah ditawarkan adalah lebih RM50,000. Nak tahu apa hadiahnya, sila klik link ini pula.

Saya dah pun join, kali ini bagi satu pendaftaran boleh create satu team saja. Yang lepas kita boleh buat 2 pasukan untuk satu pendaftaran. Apapun, nak beradu kepandaian dengan saya jomlah. Kalau nak ajak saya buat mini league pun boleh. Jangan tunggu lagi untuk mendaftar!!!


Astro Piala Malaysia Fantasy 2014

Ini pun tak kurang menariknya, tapi saya agak kurang info tentang pemain dan statistik pemain tempatan. Jadi memang mencabar nak pilih pemain terbaik. Mungkin anda lebih pandai dari saya dalam liga ini.

Untuk liga fantasi Piala Malaysia, ianya dah pun bermula malam tadi. Berbanding BPL Fantasy, permainan Piala Malaysia Fantasy adalah lebih pendek jamgkamasanya, hanya sampai perlawanan Final pada 8 November nanti. 

Hadiahnya adalah lebih sedikit dari BPL, hanya RM15,000 jumlahnya. Tetap berbaloi sebab jangka masanya yang pendek, dan hadiahnya pula hanya wang tunai!. Sila klik di link ini untuk senarai hadiahnya.

Peraturan permainan adalah lebih ringkas (hampir sama dengan liga fantasy EPL Star Online). Peserta perlu pilih 11 pemain dengan bajet sebanyak 100 juta berdasarkan formasi pilihan anda. Ada transfer setiap pusingan perlawanan dan mata akan dikutip berdasarkan prestasi semasa dalam perlawanan.

Untuk senarai penuh peraturan permainan, anda boleh rujuk di link ini.

Setakat tadi dah ada 17,000 lebih pasukan dah didaftar. Banyak juga peminatnya dan pasukan saya hanya berada di kedudukan 3484 dengan 32 mata dari 5 perlawanan di pusingan pertama semalam. Not bad, hahahaha.

Jadi, boleh juga join liga fantasi berdasarkan liga tempatan jika anda berminat. Tak rugi pun, selain menambah pengetahuan anda, kan. Untuk daftar, boleh ke link ini.


P.S: Selepas ini, saya akan kongsi tips dan hint untuk bermain liga fantasi ini berdasarkan pengalaman saya. Stay tuned!!


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com