BPL 2014/2015: Season Prediction

Leave a Comment
kredit pic: bleacherreport.com & stanley chow

Sebagai peminat, selepas berehat dari segala aksi selama 3 bulan, kini masanya telah tiba untuk musim baru bermula malam ini. Saya pun memang tak sabar, dah pun "booking" masa tengok TV dalam famili hari Ahad ini. Tak siapa pun boleh kacau dan tengok rancangan lain. hahaha...

Apakah persoalan untuk musim baru ini?

Manchester City: Bolehkah mereka mengulangi kejayaan musim lepas?

Chelsea: Dapatkah Mourinho menyambar kejuaraan liga selepas berbelanja besar untuk memperbaiki kelemahan skuadnya?

Manchester United: Adakah Luis van Gaal boleh mengembalikan maruah dan kedudukan MU?

Arsenal: Arsenal kembali sebagai pencabar kejuaraan, bukan sekadar memburu tempat ke-4?

Liverpool: Dapatkah pasukan ini mengekalkan prestasi musim lalu tanpa Suarez?

Rest of the teams: Siapakah yang bakal disingkir di hujung musim? Dan banyak lagi...

Segala persoalan ini bakal mula terjawab mulai hari ini dan bakal berterusan sehingga akhir musim ini. Jangkakan banyak lagi drama, insiden, kecelaruan, berita panas dan lain-lain lagi sepanjang 380 perlawanan, 38 pusingan liga dan 281 hari pertandingan.

Membuat predictions adalah sudah pasti sukar, walaupun anda seorang yang pakar dalam EPL ini. Tak guna lagi untuk tengok perlawanan bola, jika anda dah tahu siapa juaranya, kan? Namun, sebagai penaik semangat dan cabaran minda untuk semua peminat bolasepak EPL, kita tetap akan buat predictions sebagai menguji untuk tahap pengetahuan kita dalam subjek ini.

Apakah pula yang boleh kita jangkakan untuk musim 2014/2015?

Kejuaraan liga: Favourite musim ini sudah pasti antara Chelsea dan Manchester City. Arsenal hanya perlu sedikit lagi penambahbaikan dalam skuad untuk masuk dalam kumpulan favourite ini.

Pemain yang bakal mengegar: Eden Hazard (Chelsea), Raheem Sterling (Liverpool), Juan Mata & Wayne Rooney (Man. United) Aaron Ramsey (Arsenal), Erik Lamela (Totthenham).

Pemain baru (dari luar EPL): Antara yang bakal menyerlah ialah Alexis Sanchez (Arsenal), Lazar Markovic (Liverpool), Diego Costa (Chelsea), Remy Cabella (Newcastle), Bojan Krkic (Stoke).

"Surprise package" team: Totthenham, Newcastle, Stoke & Liverpool [again??] (beraksi lebih baik dan berada lebih tinggi di liga dari ramalan awal).

Teams that will struggle: Crystal Palace, West Brom, Burnley & Leicester.

Formasi & taktikal: Lebih banyak pasukan akan bermain dengan menyerang. formasi 3-5-2 lebih banyak digunakan oleh pasukan.

Jumlah gol: Musim lepas kita disajikan dengan banyak jaringan, dan musim ini dijangka keadaan ini tidak akan berubah.

Perdictions kedudukan liga saya di akhir musim ini:
  1. Chelsea
  2. Arsenal
  3. Manchester City
  4. Manchester United
  5. Liverpool (oh-tidak)
  6. Totthenham
  7. Newcastle
  8. Everton
  9. Stoke
  10. Hull
  11. Aston Villa
  12. Southamton
  13. QPR
  14. Swansea
  15. Sunderland
  16. West Ham
  17. Crystal Palace
  18. Leicester
  19. West Bromwich Albion
  20. Burnley
Feel free to comment dan jangan lupa saksikan aksi EPL musim 2014/2015 malam ini!!
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com