Selamat Hari Buruh 2013

Leave a Comment
  
As-salam,

Pertama sekali, Abang Long nak ucapkan selamat hari perkerja (atau hari buruh) kepada semua warga pekerja di seluruh Malaysia, tak kiralah kerja makan gaji ataupun kerja sendiri, orang Malaysia mahupun dari luar negara. Hari ini juga adalah hari cuti umum, jadi boleh kita sama-sama luangkan masa dengan keluarga.

INFO: Setiap tahun kerajaan akan tetapkan tema untuk hari pekerja, bagi tahun ini temanya adalah "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara". Tema ini boleh Abang Long gambarkan kerajaan nak menekankan bahawa warga pekerja adalah komponen penting dalam transformasi negara dalam menuju status negara maju. Yelah, kalau pekerja malas dan kurang produktif macam mana negara nak maju.

Abang Long kalau nak kira tahun, baru 6 tahun bergelar pekerja. Sumbangan pun takdalah banyak mana sangat. Namun begitu Abang Long nak teruskan usaha memberi yang terbaik dalam bidang kerja Abang Long. Ada peluang Abang Long nak kerja sendiri, jadi bos pula.

Apapun, hari ini hari khas untuk kita. Yang penting, boleh cuti, rehat-rehat kat rumah dan release tension. Esok OK sikit nak sambung kerja lagi.

Tahniah untuk anda semua!!!


  
  

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com