Update hujung minggu LIVERPOOL FC

Leave a Comment


Walaupun sedang berpuasa di bulan Ramadhan, pastinya tak boleh lupa nak ambil tahu perkembangan pasukan kesayangan ini. Musim baru pun dah makin dekat tiba, pastinya pemain-pemain pun semakin rancak melakukan persiapan yang sepatutnya.


Mungkin ramai yang tahu, sejak Selasa lalu, pasukan Liverpool sekarang sedang berada di benua Amerika Utara untuk menjalani latihan pra-musim. Berikut antara yang berlaku dalam beberapa hari ini:

  • Brendan Rodgers memulakan perlawanan pertama sebagai pengurus Liverpool dengan menentang pasukan Toronto FC dari Kanada. Apapun, ini cuma perlawanan persahabatan awal musim saja, jadi keputusan bukanlah paling penting. Dalam perlawanan ini Liverpool hanya mampu seri 1-1. Harap-harap Rodgers dapat input bermakna dalam perlawanan ini untuk musim baru nanti. 
  • Liverpool telah memulakan lawatan pra-musim di benua Amerika Utara dengan tiba di Amerika Syarikat pada hari Selasa lalu. Sesi latihan awal telah dilakukan di padang latihan di Universiti Harvard. 
  • Clint Dempsey telah disahkan dirisik oleh pasukan Liverpool. Pemain Fulham ini dah berusia 29 tahun dan beraksi di posisi penyerang. Mungkin Liverpool ingin melengkapkan gandingan trio barisan depan – Borini+Suarez+Dempsey? 
  • Lucas Leiva, antara pemain terbaik Liverpool musim lepas (walaupun beraksi sampai bulan November sahaja), telah turun beraksi semula dalam perlawanan persahabatan hari Sabtu lalu. Lucas berjaya pulih dari kecerderaan dua bula lebih awal dari jangkaan.
Minggu ini pemain-pemain Liverpool yang mewakili England di EURO 2012 akan menyertai kem latihan. Mereka ini mungkin berpeluang dipilih dalam 2 lagi perlawanan persahabatan menentang AS Roma dan Tothenham Hotspurs. Pepe Reina, bermain untuk Sepanyol di Euro, hanya akan kembali ke sesi latihan munggu depan. Manakala Suarez dan Coates mewakili Uruguay dalam sukan Olimpik. 
  
pic credit: thekop.liverpoolfc.com



   
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com