Liverpool FC: Review musim 2013-2014

Leave a Comment
kredit pic: albertgfx deviantart

Saya memang dah lama tak buat post tentang pasukan Liverpool dalam blog ini, kalau anda perasan lah. Bukan sebab apa, takut terkena 'nasib malang' atau terlebih tulis tentang peluang Liverpool menang liga musim ini.

Sori tentang part nasib malang tu, dah masuk superstitious-lah pula, haram tu. Sebenarnya Liverpool jarang bebenar dalam saingan untuk kejuaraan liga sampai tahap 2-3 game terakhir ni. Kalau terlebih yakin nanti, at the end kecewa-nya pun lebih juga, baik abang long low profile, senyap-senyap masih lagi excited tentang peluang Liverpool.

Musim EPL 2013-2014 kali ini memang paling diingati (memorable) bagi semua penyokong pasukan Liverpool. Bukan saja Liverpool terlibat dari awal dengan cabaran kejuaraan liga, tapi juga menunjukkan kebangkitan semula sebagai pasukan utama di liga Inggeris sepertimana 30-40 tahun dahulu.

Namun begitu, impian untuk melihat Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan 24 tahun masih belum tercapai. Dijangka dengan beberapa pemain baru yang hebat, musim depan impian ini boleh dikabulkan. Apapun, salah satu impian, iaitu untuk beraksi di Liga Juara-Juara (Champion League) telah berjaya digapai.

Ini semua telah dicapai dengan usaha keras pemain-pemain Liverpool, dengan mempamerkan aksi mantap dan usaha yang keras. Siapa boleh lupa momen-momen suspens dalam beberapa perlawanan yang Liverpool menang hanya pada minit-minit akhir. Itu belum masuk perlawanan yang Liverpool begitu baik hati bagi lawan score 2-3 gol, lepas itu balas balik dengan jaring 4-5 gol.

Anyway, aksi mendebarkan bak roller-coaster (roller-coaster ride) Liverpool tahun ini diakhiri dengan keputusan yang membanggakan. Keputusan dalam 3 perlawanan terakhir yang kurang memberangsangkan, menyebabkan Liverpool 'hanya' dapat tempat ke-2. Manchester City akhirnya confirm menjuarai liga dengan 86 mata (2 mata di depan Liverpool) pada hari terakhir dan sementara Chelsea dapat tempat ke-3 dengan 84 mata. Rata-rata berpendapat Kejuaraan musim ini diakui ramai adalah yang paling menarik sepanjang sejarah English Premier League (EPL).

Banyak improvement dalam prestasi pasukan jika dibandingkan dengan tahun lepas. Selain lonjakan dari tempat ke-7 liga ke tempat ke-2 liga, musim ini juga menyaksikan Liverpool menjadi free-scoring team dengan 101 gol dijaringkan. Taktikal keseluruhan pasukan juga banyak berubah dan lebih mantap dengan pemain dapat memberi aksi baik walaupun dalam apa jua formasi.

Jika dikekalkan kelebihan yang ada musim ini dan diperbaiki beberapa kelemahan ketara, seperti masalah di bahagian pertahanan, saya rasa Liverpool bakal menjadi pasukan yang lebih digeruni musim depan. Untuk menguatkan lagi kekuatan pasukan, beberapa pemain berkualiti dijangka dibeli dalam masa perpindahan musim panas nanti.

Oklah, setakat ini saja abang nak komen tentang musim 2013-2014 pasukan Liverpool. Sekarang nak rehat kejap minda dan otak menunggu Piala Dunia 2014 pula. Macam inilah hidup seorang peminat bolasepak tegar. hehehe..

 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com