Harga petrol RON95 naik 20sen hari ini!!!

Leave a Comment


Kerajaan semalam umumkan yang harga minyak akan dinaikkan sebanyak 20 sen untuk setiap liter bagi petrol RON95 dan diesel.

Kenaikan kali ini memang akan memberi kesan besar pada orang awam sebab ramai yang guna petrol RON95. Dijangkakan juga harga barangan akan naik lepas ini atas alasan kesan kenaikan kos petrol dan juga diesel. 

Jadi bersiap sedialah dengan apa juga yang bakal terjadi lepas ini. Yang pasti dalam media sosial hari ini penuh dengan komen (mostly negatif) pasal kenaikan harga petrol ini.

Abang long pula memang dah jangka yang harga petrol akan naik. Sebab dah lama sangat harga dia tak naik, last sekali pada tahun 2010. Mungkin sebab suasana politik semenjak tahun itu kurang baik untuk pihak kerajaan, harga petrol RON95 diorang tak berani usik langsung. Kalau naik, sure jadi isu panas yang boleh merubahkeputusan PRU13.

Mahu atau tidak, kebanyakan kita yang orang biasa dan berpendapatan rendah dan sederhana ini, kenalah adjust sikit bajet bulanan, serta lebih peka harga barangan semasa. Hidup kena lebih fleksibel dan perlu serasi dengan keadaan semasa. Kalau tak memang tak boleh buat apa-apa sangat, kenalah buat perubahan.


P/S: mungkin dah tiba masa untuk serius untuk buat bisnes sendiri..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com