Wang kertas RM20 Malaysia dikeluarkan semula

Leave a Comment


Isnin ini Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengedarkan semula wang kertas not RM20 dengan rekabentuk yang baru. Wang kertas not RM20 kali pertama dikeluarkan pada tahun 1982 dan telah ditamatkan penggunaannya sejak 1998.
 


wang kertas lama RM20

Selain not RM20, BNM juga akan mengeluarkan wang kertas dengan rekabentuk baru bagi not-not RM1, RM5, RM10 and RM100. Bagi wang kertas RM50 pula, akan terus guna keluaran tahun 2007.

sumber pic: thestar

Wang kertas rekabentuk baru ini akan mempunyai grafik yang berbeza dari sebelumnya, mengambil ilham dari keunikan dan kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi di Malaysia. Untuk wang kertas RM20, ia akan mepaparkan dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita

Selain itu, paling penting, wang kertas baru ini akan menggunakan teknologi baru bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatannya. Tak senang lah selepas ini, penyangak duit kertas nak buat yang palsu.

Untuk yang ada masalah penglihatan, wang kertas baru juga ada tanda pengenalan khas bagi membantu golongan ini membezakan antara nilai not-not wang kertas.

 
  
Nak maklumat lebih lanjut, boleh lawat website BNM di www.bnm.gov.my.
  
P/S: harap-harap takda masalah nak guna not baru ni kat auto-kiosk mesin.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com