Getting serious in blogging!!!

Leave a Comment

Tajuk gempak aje.. harap menjadilah kali ini.

Dalam beberapa bulan ni, Abang Long memang malas sikit nak tulis post baru yang asli, bukan just copy paste dari sumber tempat lain. Kalau nak buat macam tu pun, paling tidak Abang Long akan olah balik dengan gaya bahasa dan penulisan sendiri (walaupun tidak sehebat mana..). Originaliti & keunikan mesti ada dalam blog kita.

Kalau nak bagi blog hit naik cepat, cukup mudah, tulis saja post mengenai politik. Dalam sebulan dua ni cerita bab politik memang popular, kalau kena gaya memang blog boleh naik. Walaupun sekarang ni dah kira pasca PRU13, cerita politik masih panas lagi. Apapun, bab politik bukanlah subjek yang Abang Long suka sangat, lagipun Abang Long duduk atas pagar aje.

Buat masa sekarang ini kepala Abang Long tengah fikir nak cari duit lebih. Tambah raya pun nak dekat, kalau nak berniaga dah boleh mula rancang dari sekarang. Selepas raya kemungkinan besar nak pindah rumah sewa baru pula, duit lagi tu (deposit + sewa lori.. adoii..). Pening kepala memikirkannya. 

Jadi pendek kata, Abang Long kena lebih fokus dalam apa yang Abang Long nak buat. Paling penting, setiap apa yang dirancang mesti ada tindakan. Disiplin pun penting dan usaha kena berterusan, termasuklah dalam hal ber-blogging ni. Insya-allah. 

Semoga Abang Long lebih kaya dan berjaya!! AMIN!!  
(macam biasa dengar kan.. hehehe..)


p/s: nak cari dan berkawan orang yang sama minat..
  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com