LFC: Welcome (back) Rickie Lambert

Leave a Comment



Sekarang sudah sah yang Rickie Lambert adalah pemain Liverpool. Ini diumumkan di laman web rasmi kelab isnin lepas.

Dia juga adalah yang dijangka antara beberapa lagi pemain yang bakal dibeli oleh Liverpool Football Club (LFC) dalam jendela perpindahan pemain musim panas kali ini. Khabarnya Lambert telah dibeli dengan harga 4 juta pound (plus addon) dari pasukan Southamton FC (SFC).

Sebenarnya perpindahan ini mengejutkan ramai peminat yang rata-rata (termasuklah saya) tidak menyangka LFC berminat dengan Lambert. Sebelum itu, banyak gosip mengaitkan LFC dengan pemain SFC yang lain iaitu Adam Lallana. Alih-alih Lambert jadi pemain LFC, cepat dan pantas betul urusan jual beli dilakukan. Tahniah LFC!!!

Bagi saya, Lambert walaupun usianya dah 32 tahun, adalah pemain yang terbukti (proven) dalam EPL. Dia ada pengalaman dalam EPL sebanyak 2 musim dengan SFC, rekod pun memang baik. Musim lepas dia menjaringkan 13 gol dalam 37 perlawanan.

Jangkaan untuk Lambert musim depan adalah untuk menjadi penyerang (striker) ke-3 LFC di belakang gandingan SaS, Suarez dan Sturridge. Inilah sebab utama LFC cari Lambert saya rasa, sebab susah nak cari pemain berkualiti lain yang sanggup ambil peranan ini.

Perasan tak saya letak "(back)" dekat tajuk utama?

Sebabnya, Lambert adalah bekas pemain LFC tapi telah dilepaskan semasa dia berumur 15 tahun. Mungkin masa itu pengurusan LFC menjangkakan Lambert tiada haapan boleh berjaya. Entahlah, namun Lambert telah membina kembali kariernya dari bawah dan kembali ke kelab di mana dia bermula.

Tahniah kepada Rickie Lambert!!!


Saya memang gembira dengan first signing ni, walaupun bukan seorang pemain berkelas dunia. Tapi ia menyelesaikan masalah backup striker untuk musim depan yang mana LFC akan bersaing dalam 4 pertandingan dan menambah squad depth yang baik dalam bahagian forward. Tumpuan sekarang adalah untuk memperbaiki dan menguatkan di bahagian lain pula (pertahanan dan midfield).

Apapun, semoga Rickie Lambert berjaya menjadi salah seorang LEGEND dalam sejarah LFC.

YNWA!!!


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com