Update Piala Liga Inggeris 2012/13

Leave a Comment

Liverpool FC Mara ke Pusingan ke-4

Lama dah tak update pasal pasukan Liverpool FC ini, sebab rasa tertekan dan kecewa dengan kedudukan semasa di Liga EPL. Jadi kita low profile sikitlah buat masa sekarang.

Namun begitu, apa terjadi saya tetap sokong pasukan kegemaran saya sejak lebih 20 tahun ini. Walaupun memang berada di kelompok bawahan (3 pasukan terbawah), tapi persembahan pasukan Liverpool sebenarnya bukanlah terlalu membimbangkan. Setiap perlawanan kita boleh nampak ada peningkatan.

Malam semalam, Liverpool mencatat kemenangan di dalam kejohanan Piala Liga Inggeris dengan menewaskan West Bromwich Albion (WBA) 2-1. Buat sesiapa yang terlupa, Liverpool adalah juara bertahan piala ini. Kemenangan ini juga membalas denda kekalahan kepada WBA pada perlawanan pertama EPL yang lalu.

Pengurus Brendan Rodgers menukar kesemua pemain yang telah turun dalam perlawanan menentang Manchester Utd hari Ahad lepas. Bukan kerana kecewa dengan persembahan pemain itu, tapi lebih kepada cuba memberi peluang pemain yang kurang diturunkan serta pemain muda yang lain.

Sama seperti mana dalam Piala Europa, Rodgers memberi beberapa pemain muda peluang menunjukkan kemampuan. Setakat ini, strategi ini membawa 5 kemenangan dalam 6 perlawanan piala yang disertai dalam musim ini.


Nuri Sahin menjadi wira dengan menjaringkan kedua-dua gol pasukan. Pemain pinjaman dari Real Madrid ini menunjukkan persembahan menarik dan harap-harap bakal menggantikan Jonjo Shelvey dalam perlawanan EPL menentang Norwich hujung minggu ini.

Untuk pusingan ke-4 nanti, Liverpool akan bertemu dengan pasukan lama Rodgers, Swansea FC di Anfield.
Perlawanan itu akan dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober nanti. Berikut adalah jadual semua perlawanan untuk pusingan ke-4 Piala Liga Inggeris 2012/13:






Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com