BPL 2015/16: Game Week 06 Preview

4 comments
 Hai, apa khabar.

Bertemu semula untuk review bagi minggu ke-6 (GW06). Kita tinjau beberapa perkara yang menarik perhatian saya menjelang aksi GW06.

1. Liga Juara-Juara dan Liga Europa

Tengah minggu lepas, aksi liga-liga peringkat Eropah telah bermula dengan aksi pertama peringkat kumpulan. Terdapat 6 pasukan terbaik musim lepas bermain dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Kita dapati kesemua pasukan ini telah melakukan "rotation" dalam perlawanan pertama meraka di Eropah. Dijangka pemain utama yang direhatkan akan diturunkan semula untuk liga EPL.

2. Perlawanan tumpuan

Perlawanan pertama minggu ini adalah perlawanan paling menarik, antara Chelsea vs Arsenal. Chelsea bermula dengan buruk musim ini dan sekarang berada di tangga 17. Arsenal pula di tangga ke 5 liga dengan rekod 3-1-1. Walaupun goyah, saya jangka Chelsea bakal menang tipis dalam perlawanan ini.

Perlawanan lain menarik untuk ditonton adalah Manchester City vs West Ham dan Southampton vs Manchester United. 

3. Kecederaan Pemain

Minggu lepas (GW05) kita dikejutkan dengan beberapa pemain yang tak disenaraikan langsung dalam kesebelasan utama dan juga simpanan. Raheem Sterling dan David Silva tiba-tiba 'ghaib', dan beberapa lagi pemain seperti Wayne Rooney dan Thibaut Cortois.

Selesai perlawanan GW05 dan aski liga Eropah, banyak lagi pemain yang cedera. Antara pemain utama yang cedera ialah Sergio Aguero, Pedro, Jack Wilshere, Jason Puncheon, Seamus Coleman, Tom Cleverly, Christian Eriksen, Vincent Kompany, dan Luke Shaw.

Banyak kan?
Jadi berhati-hati memilih pemain dalam pasukan fantasi anda.


Berikut adalah senarai perlawanan minggu ini dan prediction keputusan perlawanan:

Sabtu (19 September)
Chelsea vs Arsenal (7.45pm) Prediction: 1-0
Aston Villa vs West Brom (10pm) Prediction: 1-0
Bournemouth vs Sunderland (10pm) Prediction: 2-0
Newcastle vs Watford (10pm) Prediction: 0-1
Stoke City vs Leicester City (10pm) Prediction: 2-1
Swansea City vs Everton (10pm) Prediction: 1-1
Manchester City vs West Ham (12.30am) Prediction: 2-0

Ahad (20 September)
Tottenham vs Crystal Palace (8.30pm) Prediction: 0-0
Liverpool vs Norwich (11pm) Prediction: 3-1
Southampton vs Manchester United (11pm) Prediction: 0-1


Fantasy Football Tips (untuk MYeg StadiumAstro Fantasy BPL 2015/2016)

Fantasy team pick of Gameweek 6 (formation 3-4-3):

Goalkeeper: Artur Buroc.
Defender: Jordan Amavi, Nathaniel Clyne, Nyom.
Midfield: Phillipe Coutinho, Yaya Toure, Ross Barkley, Oscar.
Striker: Christian Benteke, Callum Wilson, Sergio Aguero.
Substitute: Joe Hart, Simon Francis, Xherdan Shakiri, Diego Costa.
Euro Code pick: Cristiano Ronaldo.


**Ada sebarang komen dan pandangan, sila share yer!!

P/S: Bonus code dan Euro Code untuk minggu ini adalah SHELVEY14 dan MANE72.

 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com