BPL Fantasy Football Review: GW19

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 


Sama isu dengan GW17 yang lepas, saya terlepas juga buat review untuk GW19 sebelum sepak mula untuk perlawanan pertama. Untuk itu, bagi GW19 kita tengok rumusan apa yang berlaku bagi perlawanan-perlawanan pada minggu itu. 

Dengan berakhirnya GW19, maka musim 2014/2015 berada di pertengahan jalan ketika ini. tinggal lagi 19 perlawanan untuk menentukan siapa juara musim ini. Chelsea masih lagi bagi saya favourite dengan dua kelab dari Manchester saya agak pencabar yang paling rapat.

Berikut adalah keputusan untuk GW19 (dengan kedudukan dan rekod semasa dalam kurungan):

Ahad (28 Disember) 
[7] Tottenham (9-4-6) 0-0 [3] Manchester United (10-6-3)
[4] Southampton (10-3-6) 1-1 [1] Chelsea (14-4-1)
[6] West Ham (9-4-6) 1-2 [5] Arsenal (9-6-4)
[11] Stoke (7-4-8) 2-0 [16] West Brom (4-5-10)
[15] QPR (5-3-11) 0-0 [18] Crystal Palace (3-7-9)
[2] Manchester City (13-4-2) 2-2 [19] Burnley (3-7-9)
[17] Hull City (3-7-9) 0-1 [20] Leicester (3-4-12)
[13] Aston Villa (5-6-8) 0-0 [14] Sunderland (3-11-5)
[10] Newcastle (7-5-7) 3-2 [12] Everton (5-6-8)
Isnin (29 Disember)  
[8] Liverpool (8-4-7) 4-1 [9] Swansea City (8-4-7)


Rumusan GW19

Pemain terbaik GW19: 
Adam Lallana, Liverpool (jaringkan 2 gol minggu ini menentang Swansea City, menjadikan dia merekodkan 2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir).

Mame Diouf, Stoke City (Wira Stoke yang menewaskan WBA dengan menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan itu. Ini jaringan pertamanya selepas 8 perlawanan. Awas! akan tidak beraksi dalam EPL untuk wakili negaranya ke ANC mulai Jan 17).

Pemain on form ketika ini: 

Eden Hazard, Chelsea (2 gol dan 3 assist dalam 4 perlawanan terakhir)
Cesc Fabregas, Chelsea (1 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
David Silva, Man City (4 gol dalam 3 perlawanan terahkir)
Santi Cazorla, Arsenal (4 gol dan 1 assist dalam 5 perlawanan terahir)
Gylfi Sigurdsson, Swansea City (2 gol dalam 2 perlawanan terahkir)
Phillipe Coutinho, Liverpool (1 gol dan 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir)
Kevin Mirallas, Everton (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Sadia Mane, Southampton (2 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir) 
Ashley Barnes, Burnley (3 gol dalam 4 perlawanan terakhir) 

Gol pertama untuk musim ini:
Jack Colback, Newcastle.
Riyad Mahrez, Leicester.
Cheikhou Kouyate, West Ham.
Fernandinho, Manchester City.
Arouna Kone, Everton.
Martin Skrtel,  Liverpool.
John Terry, Chelsea.

Awas, untuk perhatian!!
Pasukan Everton (kekalahan ketiga berturut-turut dalam EPL dan bolos 12 gol dalam 7 GW terakhir, tiada cleansheet sejak Nov 1. Romelu Lukaku juga off form ketika ini, tiada gol dalam 5 perlawanan terakhir)

Yaya Toure, Man City (pemain popular, tanpa dijangka ramai, 'direhatkan' oleh jurulatih City menentang Burnley. Harap-harap tak ada yang serius berlaku kepada pemain ini).


Papiss Cisse, Newcastle (menjaringkan satu gol menentang Everton, merekodkan 2 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Tapi menghadapi masalah apabila pihak FA mendakwa dia menyiku Seamus Coleman dalam perlawanan itu. Kemungkinan besar akan digantung perlawanan).

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com