BPL 2015/16: Game Week 02 Preview

Leave a Comment
Apa khabar semua!!

Minggu kedua dah masuk. Nampaknya ramalan saya minggu lepas ada yang kena dan ada yang tak tepak langsung. Saya harap anda tak tengok ramalan jaringannya, sebab memang tak ada yang tepat. At least ramalan saya siapa yang bakal menang dan perlawanan yang seri ada yang betul juga.

Ini terus membuktikan liga EPL musim ini bakal meneruskan pola "unpredictibility"nya sepertimana musim lepas. Ada yang kita jangka akan menang mudah, alih-alih seri atau takpun kalah mengejut (see Arsenal-West Ham).

Untuk minggu ini pula, semalam sebenarnya ada satu perlawanan, yang mana Manchester United telah menewaskan Aston Villa dengan 1-0 (jaringan Adnan Januzaj, assist oleh Juan Mata). Saya agak tak ramai yang dapat mata besar dengan pilih dua pemain itu. Betul tak?

Jangan risau, Man United belum dapat rentak lagi tu. 

Berikut adalah prebiu dan ramalan saya untuk minggu kedua ini:

Sabtu (15 Ogos 2015)

Southampton vs Everton (7.45pm)
Kedua pasukan saya boleh katakan dikejutkan dan mengecewakan minggu lepas. Saya jangka boleh menang dengan lawan masing-masing, tapi seri saja. Minggu ini boleh saya jangka seri juga. Everton dijangka akan tanpa Leighton Baines untuk 3 bulan.
Prediction: Southampton 2 Everton 2
Fantasy Team Pick: Graziano Pelle, Cedric Soares, Dusan Tadic, Seamus Coleman, Ross Barkley.

Watford vs West Brom (10.00pm)
Perlawanan ini mungkin tidak menarik perhatian ramai peminat EPL. Watford bermain baik untuk seri dengan Everton minggu lepas manakala West Brom tewas kepada Man City. Jadi perlawanan ini sesuai untuk sesiapa yang nak pilih pilih pemain bajet rendah yang berpotensi sumbang mata baik.
Prediction: Watford 2 West Brom 1
Fantasy Team Pick: Allan Nyom, Miguel Layun, Troy Deeney, Rickie Lambert, Chris Brunt, James Morrison.

Sunderland vs Norwich (10.00pm)
Satu lagi perlawanan kurang tumpuan, sesuai untuk masukkan beberapa pemain bajet dalam pasukan anda. Sunderland berpeluang besar kutip mata pertama musim ini.
Prediction: Sunderland 3 Norwich 1
Fantasy Team Pick: Jermain Defoe, Jeremain Lens, Nathan Redmond, Alan Tettey.

Tottenham vs Stoke City (10.00pm)
Dua pasukan yang beraksi baik minggu lepas tapi tak dapat apa-apa. Saya jangka minggu ini salah satu pasukan akan putih mata juga. Stoke berpotensi melakukan kejutan minggu ini.
Prediction: Tottenham 2 Stoke 3
Fantasy Team Pick: Harry Kane, Christian  Eriksen, Danny Rose, Glen Johnson, Mame Biram Diouf, Charlie Adam.

West Ham vs Leicester City (10.00pm)
Perlawanan ini pula akan membabitkan 2 pasukan yang melakukan kejutan terbesar di GW01. West Ham terbaik dengan menewaskan Arsenal di tempat lawan, Leicester pula menang dengan dengan jaringan besar. Kali ini saya jangka West Ham akan teruskan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos.
Prediction: West Ham 2 Leicester 0
Fantasy Team Pick: Dimitri Payet, Carl Jenkinson, Cedric Kouyate, Adrian, Riyad Mahrez, Mark Abrighton.

Swansea City vs Newcastle United (10.00pm)
Kedua pasukan ini akan meneruskan rentak low profile mereka dan bermain dengan baik untuk sekurangnya satu mata lagi minggu ini. Masing-masing baik di bahagian serangan dan ada sedikit goyah di bahagian pertahanan. Siapa yang buat kesilapan bakal terima nasib buruk.
Perdiction: Swansea 1 Newcastle 1
Fantasy Team Pick: Befetembi Gomis, Jonjo Shelvey, Gylfi Sigurdsson, Giorginio Wijnaldum, Daryl Janmaat.

Ahad (16 Ogos 2015)

Crystal Palace vs Arsenal (8.30pm)
Arsenal bakal diuji lagi dengan ujian pasukan yang sukar dijangka. Palace kebal di tempat sendiri dengan pertahanan yang baik. Barisan serangan Palace juga banyak improve dengan adanya Johan Cabaye. Alexis Sanchez pula tak dapat nak rehat lebih dan perlu turun untuk menyelamatkan Arsenal daripada dimalukan lagi. 
Prediction: Crystal Palace 1 Arsenal 1
Fantasy Team Pick: Yohan Cabaye, Jason Puncheon, Alexis Sanchez, Thoe Walcott

Manchester City vs Chelsea (11.00pm)
'BIG GAME' minggu ini!!! Semua saya pasti akan tengok perlawanan ini. Seperti yang saya jangka, Chelsea masih struggle nak cari rentak permainan. Man City pula agak mantap dalam perlawanan pertama. Dijangka Man City bakal beri Chelsea kekalahan pertama musim ini.
Prediction: Man City 2 Chelsea 1
Fantasy Team Pick: Yaya Toure, Davis Silva, Sergio Aguero, Cesc Fabregas, Eden Hazard.

Isnin (17 Ogos 2015)

Liverpool vs Bournemouth (3.00am *pagi Selasa)
Liverpool kena menang perlawanan ini untuk cover perlawanan akan datang yang akan sukar. Masih tercari barisan terbaik namun ada sikit hint dari last 25 minit dari perlawanan minggu lepas. Bournemouth tak diberikan harapan besar, tapi jangan pandang rendah sangat, takut nanti dapat kejutan besar.
Prediction: Liverpool 3 Bournemouth 0
Fantasy Team Pick: Phillippe Coutinho, Roberto Firmino, Joe Gomez, Matt Ritchie, Max Gradel.

**Ada sebarang komen dan pandangan, sila share yer!!

P/S: Bonus code dan Euro Code untuk minggu ini adalah ROONEY99 dan LUKAKU38.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com