BPL GW31 Fantasy Football Tips Dan Preview

2 comments

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Salam sejahtera dan apa khabar semua.

Kali ini saya terlewat untuk sediakan post untuk GW31, harap-harap anda jumpa post minggu ini dan masih dapat something dari review kali ini.

Saya juga nak minta maaf banyak-banyak kepada pengunjung yang datang ke blog saya untuk cari info dan tips (dan juga bonus code) untuk GW30 yang lepas, tapi tak jumpa apa-apa entry pun untuk minggu berkenaan. 

Saya tak dapat menulis minggu itu kerana berada di kampung saya untuk perkahwinan adik saya. Tambah lagi dengan rumah parent tak ada talian internet dan signal broadband pun tak berapa bagus, melepaslah peluang untuk buat apa-apa. 

OK, kembali ke saingan liga EPL, serta 3 liga lain yang ada pemain yang boleh anda pilih. 

Tinggal saja 8 game untuk tamat musim 2014/2015. Saingan lebih tertumpu kepada perebutan tiga slot ke Liga Juara-Juara (Champion League). Enam pasukan dari kedudukan ke-2 hingga ke-7 liga masih lagi ada peluang untuk raih 4 tempat teratas yang sekarang ini diisi oleh Man City, Arsenal dan Man United.

Tiga pasukan ini ketika ini favourite untuk 3 slot ini dengan jurang 5 mata antara tempat ke-4 dan tiga pasukan di belakang mereka - Liverpool, Southampton dan Tottenham. Namun dengan baki 8 game lagi saya yakin apa-apa pun boleh berlaku.

Perlawanan paling menarik minggu ini adalah antara Arsenal dan Liverpool. Siapa menang akan bertambah lagi peluang untuk ke Liga Juara-Juara. Liverpool berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Boleh dikatakan perlawanan minggu ini ada penentu peluang mereka untuk 4 tempat teratas. Sejak kalah dengan Man United di GW30, kekalahan kali ini akan menjauhkan lagi jurang dari tempat ke-4 sekaligus meranap semangat pemain nak terus berjuang untuk baki 7 lagi game selepas itu.

Diingatkan untuk semua yang Aston Villa dan QPR akan bermain 2 kali minggu ini. Dan juga Liga Sepanyol (La Liga) akan ada perlawanan midweek. Jadi sesiapa yang mata lebih untuk kapten, boleh pilih pemain dari pasukan-pasukan ini.

Mungkin anda telah sedia tahu yang minggu lepas adalah minggu perlawanan antarabangsa. Oleh itu ada baik untuk anda ada update paling terkini atas pemain-pemain yang bermain untuk pasukan kebangsaan mereka. Saya perasan ramai juga yang cedera ketika bermain minggu lepas dan ada juga yang menarik diri sebelum masuk ke kem latihan.

Better be update and make neccessary change if needed, OK!

Berikut adalah senarai perlawanan untuk minggu ini:
[termasuk kedudukan terkini, rekod perlawanan semasa dan waktu perlawanan]

Sabtu (4 April)
[3] Arsenal (6-9-11) vs [20] Liverpool (4-10-12) 7.45pm
[4] Leicester City (
4-10-12) vs [9] West Ham (14-4-8) 10.00pm
[10] Swansea City
(6-9-11) vs [9] Hull City (6-8-12) 10.00pm
[4] Manchester United (13-8-5) vs [16] Aston Villa (5-7-14) 10.00pm
[10] West Brom (6-9-11) vs [9] QPR (4-10-12) 10.00pm
[19]
Everton (4-10-12) vs [7] Southampton (14-4-8) 10.00pm
[1] Chelsea (13-6-7) vs [15] Stoke City (10-6-10) 12.30am
La Liga: [20] Cordoba (3-9-16) vs [4] Atletico Madrid (18-5-5) 12.00am
La Liga: [2] Real Madrid (21-1-6) vs [19] Granada (4-11-13) 6.00am 
Serie A: [2] Roma (14-11-3) vs [5] Napoli (13-8-7) 6.30pm
Serie A: [1] Juventus (20-7-1) vs [13] Empoli (6-15-7) 3.00am
Bundesliga: [10] B. Dortmund (9-6-11) vs [1] Bayern Munich (20-4-2) 12.30am

Ahad (5 April)
[19] Burnley (4-10-12) vs [6] Tottenham (4-13-9) 8.30pm
[4] Sunderland (4-13-9) vs [12] Newcastle (6-10-10) 11.00pm
La Liga: [11] Celta Vigo (9-8-11) vs [1] Barcelona (22-2-4) 3.00am

Isnin (6 April)
[6] Crystal Palace (13-6-7) vs [2] Manchester City (5-7-14) 3.00am

Selasa (7 April)
[16] Aston Villa (5-7-14) vs [9] QPR (4-10-12) 2.45am
La Liga: [4] Atletico Madrid (18-5-5)vs [10] Real Sociedad (9-9-10) 2.00am

Rabu (8 April)
La Liga: [1] Barcelona (22-2-4) vs [17] Almeria (6-7-15) 2.00am
La Liga: [9] Rayo Vallecano (12-2-15) vs [2] Real Madrid (21-1-6) 4.00am 



Pasukan pilihan untuk GW31 (untuk pemain EPL sahaja): Formasi 1-3-4-3

Penjaga Gol: David de Gea (Micheal Vorm)
Pertahanan: Branislav Ivanovic,
Aaron Cresswell, Chris Smalling (Kyle Noughton)
Midfield: Santi Cazorla, Harry Kane, Juan Mata, Eden Hazard (Gylfi Sigurdson)
Penyerang: Wayne Rooney, David Costa,
Saido Berahino (Diafra Sahko)
Kapten disyorkan: Olivier Giroud, Sergio Aguero, Eden Hazard, Diego Costa, Harry Kane, Wayne Rooney.

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!!

**Sila share pandangan dan pendapat anda jika ada di ruangan komen. Nak tanya apa-apa pun boleh.

P/S: Bonus transfer code untuk GW31 adalah 10ROBBEN01 dan euro code adalah R00NEYWAYNE.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Abang long, nak yang GW35 punya. yang paling baru. saya boleh on sekali sekala je sebab saya budak RMC. bila on nak la jugak update team. bagi yang paling baru boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bro yg baru...GW37.....
      STURR1DGE10
      SAMIRN4SR1

      Delete

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com